Sejak kenal mama Asmira Suhadis di Kopi Sastera sebuah grup
FB, akhi mula tertarik padanya kerana kebetulan apa yang akhi minati, ada pada
mama, apa yang pernah akhi lalui pernah pula di lalui oleh mama Asmira, bezanya
akhi tidak segigih mama. Mama Asmira berjaya sepenuhnya tapi akhi hanya berjaya
sekitar suku persen saja – kerana tidak FOKUS.
Antara bidang yang akhi minati adalah penulisan fotografi,
puisi, lirik lagu, grafik dan skrip drama TV, kesemua bidang berjaya akhi
terokai tetapi sekadar suka-suka atau ikut mood, bila suka akhi tulis atau buat
lepas tu akhi tidak teruskan lagi, begitulah dalam semua bidang penulisan dan bidang kreatif itu,
samaada penulisan puisi, lirik maupun drama TV.
Mama pula menulis puisi, skrip drama dan juga menulis buku,
Itu yang akhi taulah, selain itu akhi tak berapa tau dan ternyata mama berhasil
hingga mendapat pengiktirafan oleh banyak penerbitan. Beliau banyak menerima
anugerah sementara akhi belum pernah mendapat sebarang anugerah. Itu sahaja
bezanya. Mama minat dan memberi tumpuan dan berjaya sementara akhi ada minat
dan ada bakat tapi tidak memberi tumpuan pada bidang-bidang berkenaan, itulah
perbezaan kami.
Dengan sebab itulah akhi lebih suka membuat adun grafik
untuk puisi-puisi mama Asmira dan lain-lain penyajak dan penulis seperti Rahmah
Saad, Zubir Osman, Shahriza Mahmud hingga akhi himpunkan dalam koleksi karya
kreatif, sebuah blog yang memuatkan himpunan puisi-puisi penulis yang akhi
minati. Dan akhi amat berminat untuk membukukannya satu hari nanti.
Kerana santainya, maka tulisan mama dalam Facebook sentiasa
menjadi perhatian akhi. Selalunya tulisan mama, mungkin kerana kebetulan apa
yang akhi suka, itu juga menjadi kesukaan mama Asmira amat menyentuh naluri
khalayak pembacanya, yang rata-rata adalah peminat-peminat mama yang akhi
kenali seperti Ezah Nor, Che Gayah Che Hak, Asmidar Bakar, Sabby Yusof, Teratai
Abadi dana beberapa nama lagi..
Yang akhi suka, mama dalam tulisannya secara jujur
mendedahkan apa saja yang dialaminya, tidak kira samaada baik atau buruk apa
yang dilakukannya, sampai dalam satu statusnya mama menceritakan dia minum
todi, sepanjang yang akhi ingat tidak ramai penulis yang mau menceritakan apa
yang buruk pernah mereka lakukan, ternyata mama lain dari yang lain.
Akhi tak pernah pun jumpa mama, dan sejak kenal mama, baru
akhi tau dia adalah isteri kepada Osman Bungsu yang pernah bersama akhi dalam
menerbitkan sebuah akhbar iaitu Suara Gerakan Belia 4B Malaysia – “Belia
Bergerak” satu ketika dulu. Osman Bungsu adalah orang yang mula-mula mengajar
akhi secara formal tentang membuat lay-out sebuah akbar tabloid yang
menggunakan typesetting, bromide (untuk gambar) dan kemudiannya dilekatkan
menggunakan cow gum untuk dijadikan dummy, dummy itu kemudian akan dibuat plate
untuk proses percetakan. Masa tu tidak ada lagi perisian komputer yang boleh
terus membuat lay-out di komputer.
Hari ini segalanya mudah, buat reka bentuk
atau layout di komputer, cetak atau save dalam CD kemudian hantar aje pada
pencetak. Lebih mudah dan menjimatkan masa, sedangkan dulu untuk buat reka
bentuk pun memakan masa, kadang-kadang untuk typesetting saja bila terdapat
kesalahan atau salah eja kena ulang buat. Masa tu buat pun bukan di pejabat
sendiri tetapi ada syarikat yang membuat typesetting yang khusus. Bayangkanlah kalau
ayat atau ejaan tak betul atau tak enak dibaca kena la pulak ulang semua proses
dari awal iaitu typesetting dan buat semula lay-outnya yang semuanya dilakukan
secara manual.
Sepatutnya dari dulu akhi dah kenal mama, kerana dia isteri seseorang
yang pernah menjadi rakan sepejabat
akhi. Mungkin juga saya dan mama pernah bersama dalam satu majlis, wallahualam.
Takdirnya baru sekarang akhi kenal mama
itu pun sekadar di Facebook saja. Dan kenal mama menjadi agak mesra pada akhi
kalau dibanding dengan kenalan-kenalan yang lain.
Dan yang peliknya lama juga akhi kenal Osman Bongsu tapi tak kenal isterinya.
Selain itu ramai juga kawan-kawan dan sahabat mama Asmira Suhadis akhi kenal
sejak dulu seperti Roslan Madun, Zaibo dan Shahriza Mahmud tetapi kenapa akhi
tidak pernah bertemu dengan mama. Itu semua adalah takdir dari Allah Yang Maha
Esa. Jodoh, pertemuan semuanya ditangan tuhan.
Memang akhi berhajat sangat nak jumpa mama tetapi belum
pernah ada peluang. Sebabnya akhi sekarang uzur dan tak boleh memandu, kalau
tidak dah lama akhi pergi ke Hulu Langat tempat tinggal mama, yang dulunya memang selalu akhi ke sana
bertemu kawan-kawan di Nanding dan kawasan sekitarnya. Tetapi sejak kena stroke
akhi tak pernah kesana lagi. Kalau ada pun hanya berbual melalui talefon dengan
sahabat-sahabat akhi disana. Insya –Allah akan akhi ushakan untuk dapat bertemu
mama, semoga Allah memperkenankan hasrat akhi itu.
PUISI-PUISI ASMIRA SUHADIS
No comments:
Post a Comment