Sunday 30 November 2014

AKHI DI SEMINAR MESIN DUIT

Bagi Akhi selagi usia dikandung badan, ilmu wajib dicari dan digali.

Sepatutnya dua minggu lalu akhi dah menghadirkan diri di Seminar 'Mesin Duit' di Pusat Belia Antarabangsa Cheras tetapi oleh kerana hari tersebut kebetulan adalah hari pernikahan cucu saudara akhi datuknya (abang akhi) telah meninggal dunia maka wajib bagi akhi sebagai datuk saudara menghadirinya. Dan hari ini apabila sekali lagi Seminar Mesin Duit itu diadakan di Hotel Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam akhi pun merancang untuk menghadirinya,

Bersama Sifu Tuan Faisal Abdullah
Pemudahcaranya adalah Tuan Faisal Abdullah, yang akhi baca dari media massa telah berjaya membimbing ramai peniaga-peniaga online dan mereka berjaya dengan impian mereka masing-masing kecuali yang tidak bersungguh-sungguh mempraktikkan ilmu yang mereka dapati dari seminar atau kursus yang dianjurkan oleh beliau.

Cerita perjalanan akhi nak ke seminar tersebut: Sepatutnya akhi naik komputer dari Batu Caves dan terus ke Shah Alam tetapi akhi tersilap naik, akhi naik LRT dari Taman Melati, kenalah transit di KL Sentral, dan stranded kat KL Sentral hampir sejam, waktu sampai ke KL Sentral tu lebih kurang jam 8.40 pagi sedangkan jam 9.30 pagi seminar akan bermula.

Masaalah fizikal yang terjejas di sebabkan strok pada Jun 2009 menjadikan pergerakan akhi agak sedikit terjejas terutama bila nak turun askilator - gayat dan pernah hampir terjatuh pada suatu ketika dulu, untuk melangkah turun dari tangga yang bergerak itu sebenarnya amat sukar bagi akhi. Jadi bila stesyen Komuter KTM di KL Sentral itu tiada kemudahan lif maka tentu saja untuk turun tangga yang tinggi itu menjadi satu masaalah dan mengambil masa kepada akhi.

Ok, kerana dah lambat, maka fikiran pun jadi tak menentu - berbolak balik - 'nak pergi ke tidak'. Itu yang bermain di fikiran akhi, apatah lagi seminar ini berbayar, walaupun tak mahal tetapi bagi akhi yang sudah sedia ada masaalah kewangan, segalanya kena diambilkira. Akhirnya akhi mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan menuju ke Hotel Laman Seri, Shah Alam itu.

Sampai ke stesyen KTM Shah Alam jam sudah hampir 10.30 pagi, dah lewat satu jam. Belum masuk masa nak ke lokasi seminar lagi yang akan pula mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit. Maknanya kalau pun akhi nak teruskan juga menyertai seminar itu, jam 11.00 pagi baru akhi akan ada dalam seminar itu. Yang teksi pulak pemandunya seorang wanita India, yang agak sukar untuk akhi berkomunikasi, dia berpusing-pusing mencari Hotel Laman Seri,... sedangkan akhi dah perasan, dia dah ambik jalan yang sama sampai dua kali tapi tak perasan hotel tu ada di situ. Akhirnya sampai jugalah akhi ke hotel berkenaan.

Sampai ke dewan seminar, crew pengelola sambut akhi dengan ramah sekali. Akhi terus bertanya, ok ke kalau saya masuk lewat sebegini.... dia kata "masih belum disentuh lagi perkara-perkara yang penting... terpulanglah pada encik", kata pegawai pendaftar seminar. Dan dengan pantas akhi mengambil keputusan untuk menerushadirkan diri ke dalam seminar Mesin Duit itu. Walau pun untuk menerushadir itu bermakna duit akhi akan terbang RM50 (belum masuk tambang lagi tu)... Tapi dalam hati kalau tak faham mungkin boleh dapatkan info dari penceramah selepas tamat seminar itu nanti atau pada bila-bila masa kemudian, yang penting hari ini dapat berkenalan dengan penceramah pun dah cukup bagi akhi... bila dah kenal senanglah nak berkomunikasi kemudian nanti.

Sebenarnya akhi belum bersarapan lagi. Tetapi walaupun lapar gila tetapi ceramah Tuan Faisal lebih menggamit untuk akhi terus berada dalam dewan. Crew terus membawa akhi ketempat duduk dihadapan sekali. Ini menyebabkan bukan saja satu dewan memandang kepada akhi tetapi juga Tuan Faisal sendiri nampak sedikit terpegun melihat akhi, maklumlah seorang yang sudah berusia senja, bertongkat dan berjalan pun tak berapa beres tetiba inter-up ketika semua peserta sedang asyik mendengar ceramah... pada akhi itu sudah merupakan sesuatu yang amat baik kerana pastinya selepas itu akhi akan segera dikenali oleh Tuan Faisal kemudian nanti....

Bercerita tentang seminar ini. Beliau banyak mencerita dan menekankan tentang Email sebagai senjata untuk melakukan pemasaran di Internet. Banyak kaedah Email di ceritakannya. Walaupun akhi pernah belajar dengan Abg Chob WebMaster dari Padang Serai, Kedah tentang Traficwave Autoresponder sewaktu akhi belajar membuat website pada awal 2012 dulu,  tetapi oleh kerana tidak di praktikkan maka ilmu autoresponder ini lenyap begitu saja dari minda akhi.

Bila topik yang sama di ceritakan maka senanglah akhi menangkap dan memahami apa yang dibicarakan oleh Tuan Faisal dan yang bagusnya 'detail' tentang menulis Email ini telah diterangkan dengan baik sekali walau pun secara seimbas lalu tetapi boleh difahami kalau kita sudah biasa melihat email yang dihantar berkali-kali ke email kita.....

Dan yang pentingnya kita juga akan dapat memahami betapa penting database bagi seorang peniaga atau usahawan tak kira sama ada yang berniaga online atau offline. Kepentingan database ini telah diceritakan dalam dua kisah yang berbeza.

Pertamanya, seorang peniaga buku di Shah Alam, yang kedainya nak diambil semula oleh pemilik kedai, maknanya tuan punya kedai buku itu kena tutup kedainya itu dan berpindah ke tempat lain. Maka tuan punya kedai itu telah bertanya melalui Email, apa dia perlu buat dalam situasi sebegitu kepada Tuan Faisal Abdullah.

Tuan Faisal bertanyabalas, adakah dia menyimpan database pelanggan. (Database bermaksud Nama dan Email dan seelok-eloknya ada nombor telefon dan alamat sekali setiap pelanggan kita). Tetapi tuan punya kedai itu tak ada database yang tersusun... dan Tuan Faizal menyarankan agar satu hebahan secara umum kena dibuat dengan menyatakan kedai ini akan ditutup dan akan berpindah ke kedai yang baru (maka sertakan sekali alamat kedai baru itu dalam hebahan itu), samaada melalui bannar, flyers, iklan di surat khabar atau makanisma yang lain.

Keduanya tentang sebuah keluarga mat saleh dari barat yang berniaga kedai makan. Kedai makan mereka terbakar. Tetapi oleh kerana mereka mepunyai database yang kemas tersusun, mereka boleh menghantar Email kepada pelanggan-pelangan mereka. Segala perkembangan, mereka emailkan lepada pelanggan mereka, Mereka bersihkan tapak yang terbakar mereka hantar email kepada pelanggan mereka, kemudian sewaktu cerucuk ditanam juga mereka ceritakan, selepas itu proses pembinaan semula kedai, mereka ceritakan juga melalui email kepada pelanggan-pelanggan mereka dan dari situ pelanggan mereka dapat mengikuti setiap kemajuan yang berlaku terhadap kedai yang terbakar itu hinggalah kedai itu siap. Akhirnya Email tentang tarikh pembukaan semula siap dengan menu makanan yang akan dihidangkan di kedai makan mereka siap dengan gambar kedai dan gambar makanannya sekali dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka. Tentu saudara-saudara dapat bayangkan apa akan jadi pada hari pembukaan semula kedai tersebut. Ya.... berderet-deretlah  pelanggan-pelanggan lama yang datang untuk menjamu selera di kedai tersebut.

Itu dua kisah yang berbeza yang dapat di perbandingkan antara peniaga yang memiliki database dan yang tak memiliki.

Menurut penceramah, autoresponder banyak ditawarkan di pasaran termasuk yang beliau gunakan iaitu Getresponse.com. Getresponse pada beliau mudah dan murah untuk di gunakan dan kebanyakan Syarikat Perkhidmatan Autoresponder memberikan tempoh sebulan secara percuma untuk membolehkan kita membiasakan diri menggunakannya.

Banyak lagi tip-tip yang telah diajar oleh Sifu Faisal Abdullah dalam seminar Mesin Duit ini. Dengan tip-tip yang diberikan itu, akhi sedar betapa selama ini banyak kesilapan yang telah akhi buat, untuk terus mengekalkan pelanggan agar terus setia dengan kita. Akhi yakin bukan akhi saja tetapi ramai lagi peniaga-peniaga yang ingin berjaya kena tau dan belajar bagaimana untuk terus mengikat pelanggan kita dengan tali kesetiaan hanya dengan menggunakan database dan email.

Sebenarnya RM50.00 bukan nilai untuk mempelajari teknik dan ilmu dalam menghasilkan mesin duit berterusan. Dengan RM50.00 yang akhi bayar itu kalau akhi gunakan dan  terus mendapatkan ilmu tambahan untuk dapat melangkah dan bertindak dengan yakin bagi menakluki pasaran untuk apa saja yang nak akhi pasarkan.

Walaupun Sifu Faisal Abdullah ada program lanjutan dalam pemasaran menggunakan Email ini yang dikenali sebagai SHOGUN EMAIL pada bulan Disember ini tetapi akhi rasa akhi belum mampu dari segi kewangan untuk mendaftar, Tetapi akhi akan FOKUS untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan untuk membayar wang pendaftaran itu, mungkin untuk SHOGUN EMAIL berikutnya.

So kepada Generasi Y, Akhi sarankan agar mendapatkan ilmu sebanyak mungkin, ilmu kemahiran seperti ini bukan boleh didapatkan melalui zaman persekolahan anda. Akhi bersyukur dalam usia remaja 60'an (maksudnya diawal usia 60'an) ini masih lagi mempunyai minat untuk belajar dan menimba ilmu. Itupun setelah stroke, akhi masih sanggup hadapi risiko untuk pergi kesorangan menemui Abg Chob Webmaster ke Padang Serai, Kedah (Kini sudahpun berpindah ke Sungai Petani) hanya kerana nak belajar bina website sedang ketika itu akhi masih tak berapa kuat lagi. Isteri akhi cukup risau bila akhi nak pergi juga walau pun dia amat-amat melarang. Begitu juga ke Shah Alam untuk menghadiri Seminar Mesin Duit. Akhi tetap mempunyai kekuatan semangat untuk menghadirinya. Terimakasih Allah kerana menemuikan akhi dengan Sifu-sifu Abg Chob dan Tuan Faisal Abdullah semoga kedua mereka diberikan rahmat atas ilmu yang telah dan akan melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya malah menjadi USAHAWAN JUTAWAN. Kini hampir 20 orang sudah mahir membina laman web dan blog hasil bimbingan akhi.

Inilah cara Abg Chob mengajar saya dan sahabat saya Shamsuddin dari Balik Pulau. Hanya 2 orang dalam satu kelas, dan kerana itu saya mampu untuk mengikuti apa yang diajar dengan pantas dan berkesan. Tetapi untuk lebih kesan pemahaman, saya selalu berhubung dengan Abg Chob dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk sekali lagi mendapatkan 'bimbingan personal' dari Abg Chob. Dari pertemuan kedua itu saya bukan sahaja telah dapat menguasai ilmu membina laman web sahaja tetapi juga berjaya menguasai cara untuk memasarkan produk dengan kaedah 'HANTU RAYA' belaan Abg Chob atau dalam bahasa ITnya dikenali sebagai AUTORESPONDER.