Friday 19 August 2016

DEDAK OH DEDAK



Aku berkarya lagi. Kali ini menghasilkan bait-bait pantun santai, di Majlis Baca Puisi yang bertemakan "Dedak Oh Dedak"  di Madrasah Seni Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2016 yang di anjurkan oleh PAKSI.

Pantun yang di hasilkan benar-benar terbit dari hati yang teramat kecewa kerana gejala rasuah atau lebih di kenali dengan istilah dedak agak berleluasa dalam kancah politik negara hari ini.

Sehinggakan Malaysia terkenal dengan skandal 1MDB dan menjadi sebutan di beberapa buah negara di dunia.

Yang lebih menyedihkan harta 1MDB di US yang bernilai berjuta-juta RM di rampas dan ianya melibatkan hak-hak rakyat. Ini jelas setelah DOJ menyaman beberapa pihak termasuk Malaysian Official One yang di sebut berkali-kali dalam saman berkenaan.

Soalnya siapakah Malaysian Official One itu? Ianya tidak dinyatakan dengan jelas dalam lapuran saman itu. Jadi ianya menjadi tandatanya kepada banyak pihak di negara ini. Sebagai usaha pro-aktif beberapa langkah telah di buat oleh beberapa pihak terutama pihak Mahasiswa dan Anak Muda yang menuntut pihak polis menangkap Malaysian Official 1 itu menerusi demonstrasi aman yang akan diadakan pada 27 Ogos datang ini.