Sunday 30 November 2014

AKHI DI SEMINAR MESIN DUIT

Bagi Akhi selagi usia dikandung badan, ilmu wajib dicari dan digali.

Sepatutnya dua minggu lalu akhi dah menghadirkan diri di Seminar 'Mesin Duit' di Pusat Belia Antarabangsa Cheras tetapi oleh kerana hari tersebut kebetulan adalah hari pernikahan cucu saudara akhi datuknya (abang akhi) telah meninggal dunia maka wajib bagi akhi sebagai datuk saudara menghadirinya. Dan hari ini apabila sekali lagi Seminar Mesin Duit itu diadakan di Hotel Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam akhi pun merancang untuk menghadirinya,

Bersama Sifu Tuan Faisal Abdullah
Pemudahcaranya adalah Tuan Faisal Abdullah, yang akhi baca dari media massa telah berjaya membimbing ramai peniaga-peniaga online dan mereka berjaya dengan impian mereka masing-masing kecuali yang tidak bersungguh-sungguh mempraktikkan ilmu yang mereka dapati dari seminar atau kursus yang dianjurkan oleh beliau.

Cerita perjalanan akhi nak ke seminar tersebut: Sepatutnya akhi naik komputer dari Batu Caves dan terus ke Shah Alam tetapi akhi tersilap naik, akhi naik LRT dari Taman Melati, kenalah transit di KL Sentral, dan stranded kat KL Sentral hampir sejam, waktu sampai ke KL Sentral tu lebih kurang jam 8.40 pagi sedangkan jam 9.30 pagi seminar akan bermula.

Masaalah fizikal yang terjejas di sebabkan strok pada Jun 2009 menjadikan pergerakan akhi agak sedikit terjejas terutama bila nak turun askilator - gayat dan pernah hampir terjatuh pada suatu ketika dulu, untuk melangkah turun dari tangga yang bergerak itu sebenarnya amat sukar bagi akhi. Jadi bila stesyen Komuter KTM di KL Sentral itu tiada kemudahan lif maka tentu saja untuk turun tangga yang tinggi itu menjadi satu masaalah dan mengambil masa kepada akhi.

Ok, kerana dah lambat, maka fikiran pun jadi tak menentu - berbolak balik - 'nak pergi ke tidak'. Itu yang bermain di fikiran akhi, apatah lagi seminar ini berbayar, walaupun tak mahal tetapi bagi akhi yang sudah sedia ada masaalah kewangan, segalanya kena diambilkira. Akhirnya akhi mengambil keputusan untuk teruskan perjalanan menuju ke Hotel Laman Seri, Shah Alam itu.

Sampai ke stesyen KTM Shah Alam jam sudah hampir 10.30 pagi, dah lewat satu jam. Belum masuk masa nak ke lokasi seminar lagi yang akan pula mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit. Maknanya kalau pun akhi nak teruskan juga menyertai seminar itu, jam 11.00 pagi baru akhi akan ada dalam seminar itu. Yang teksi pulak pemandunya seorang wanita India, yang agak sukar untuk akhi berkomunikasi, dia berpusing-pusing mencari Hotel Laman Seri,... sedangkan akhi dah perasan, dia dah ambik jalan yang sama sampai dua kali tapi tak perasan hotel tu ada di situ. Akhirnya sampai jugalah akhi ke hotel berkenaan.

Sampai ke dewan seminar, crew pengelola sambut akhi dengan ramah sekali. Akhi terus bertanya, ok ke kalau saya masuk lewat sebegini.... dia kata "masih belum disentuh lagi perkara-perkara yang penting... terpulanglah pada encik", kata pegawai pendaftar seminar. Dan dengan pantas akhi mengambil keputusan untuk menerushadirkan diri ke dalam seminar Mesin Duit itu. Walau pun untuk menerushadir itu bermakna duit akhi akan terbang RM50 (belum masuk tambang lagi tu)... Tapi dalam hati kalau tak faham mungkin boleh dapatkan info dari penceramah selepas tamat seminar itu nanti atau pada bila-bila masa kemudian, yang penting hari ini dapat berkenalan dengan penceramah pun dah cukup bagi akhi... bila dah kenal senanglah nak berkomunikasi kemudian nanti.

Sebenarnya akhi belum bersarapan lagi. Tetapi walaupun lapar gila tetapi ceramah Tuan Faisal lebih menggamit untuk akhi terus berada dalam dewan. Crew terus membawa akhi ketempat duduk dihadapan sekali. Ini menyebabkan bukan saja satu dewan memandang kepada akhi tetapi juga Tuan Faisal sendiri nampak sedikit terpegun melihat akhi, maklumlah seorang yang sudah berusia senja, bertongkat dan berjalan pun tak berapa beres tetiba inter-up ketika semua peserta sedang asyik mendengar ceramah... pada akhi itu sudah merupakan sesuatu yang amat baik kerana pastinya selepas itu akhi akan segera dikenali oleh Tuan Faisal kemudian nanti....

Bercerita tentang seminar ini. Beliau banyak mencerita dan menekankan tentang Email sebagai senjata untuk melakukan pemasaran di Internet. Banyak kaedah Email di ceritakannya. Walaupun akhi pernah belajar dengan Abg Chob WebMaster dari Padang Serai, Kedah tentang Traficwave Autoresponder sewaktu akhi belajar membuat website pada awal 2012 dulu,  tetapi oleh kerana tidak di praktikkan maka ilmu autoresponder ini lenyap begitu saja dari minda akhi.

Bila topik yang sama di ceritakan maka senanglah akhi menangkap dan memahami apa yang dibicarakan oleh Tuan Faisal dan yang bagusnya 'detail' tentang menulis Email ini telah diterangkan dengan baik sekali walau pun secara seimbas lalu tetapi boleh difahami kalau kita sudah biasa melihat email yang dihantar berkali-kali ke email kita.....

Dan yang pentingnya kita juga akan dapat memahami betapa penting database bagi seorang peniaga atau usahawan tak kira sama ada yang berniaga online atau offline. Kepentingan database ini telah diceritakan dalam dua kisah yang berbeza.

Pertamanya, seorang peniaga buku di Shah Alam, yang kedainya nak diambil semula oleh pemilik kedai, maknanya tuan punya kedai buku itu kena tutup kedainya itu dan berpindah ke tempat lain. Maka tuan punya kedai itu telah bertanya melalui Email, apa dia perlu buat dalam situasi sebegitu kepada Tuan Faisal Abdullah.

Tuan Faisal bertanyabalas, adakah dia menyimpan database pelanggan. (Database bermaksud Nama dan Email dan seelok-eloknya ada nombor telefon dan alamat sekali setiap pelanggan kita). Tetapi tuan punya kedai itu tak ada database yang tersusun... dan Tuan Faizal menyarankan agar satu hebahan secara umum kena dibuat dengan menyatakan kedai ini akan ditutup dan akan berpindah ke kedai yang baru (maka sertakan sekali alamat kedai baru itu dalam hebahan itu), samaada melalui bannar, flyers, iklan di surat khabar atau makanisma yang lain.

Keduanya tentang sebuah keluarga mat saleh dari barat yang berniaga kedai makan. Kedai makan mereka terbakar. Tetapi oleh kerana mereka mepunyai database yang kemas tersusun, mereka boleh menghantar Email kepada pelanggan-pelangan mereka. Segala perkembangan, mereka emailkan lepada pelanggan mereka, Mereka bersihkan tapak yang terbakar mereka hantar email kepada pelanggan mereka, kemudian sewaktu cerucuk ditanam juga mereka ceritakan, selepas itu proses pembinaan semula kedai, mereka ceritakan juga melalui email kepada pelanggan-pelanggan mereka dan dari situ pelanggan mereka dapat mengikuti setiap kemajuan yang berlaku terhadap kedai yang terbakar itu hinggalah kedai itu siap. Akhirnya Email tentang tarikh pembukaan semula siap dengan menu makanan yang akan dihidangkan di kedai makan mereka siap dengan gambar kedai dan gambar makanannya sekali dihantar kepada pelanggan-pelanggan mereka. Tentu saudara-saudara dapat bayangkan apa akan jadi pada hari pembukaan semula kedai tersebut. Ya.... berderet-deretlah  pelanggan-pelanggan lama yang datang untuk menjamu selera di kedai tersebut.

Itu dua kisah yang berbeza yang dapat di perbandingkan antara peniaga yang memiliki database dan yang tak memiliki.

Menurut penceramah, autoresponder banyak ditawarkan di pasaran termasuk yang beliau gunakan iaitu Getresponse.com. Getresponse pada beliau mudah dan murah untuk di gunakan dan kebanyakan Syarikat Perkhidmatan Autoresponder memberikan tempoh sebulan secara percuma untuk membolehkan kita membiasakan diri menggunakannya.

Banyak lagi tip-tip yang telah diajar oleh Sifu Faisal Abdullah dalam seminar Mesin Duit ini. Dengan tip-tip yang diberikan itu, akhi sedar betapa selama ini banyak kesilapan yang telah akhi buat, untuk terus mengekalkan pelanggan agar terus setia dengan kita. Akhi yakin bukan akhi saja tetapi ramai lagi peniaga-peniaga yang ingin berjaya kena tau dan belajar bagaimana untuk terus mengikat pelanggan kita dengan tali kesetiaan hanya dengan menggunakan database dan email.

Sebenarnya RM50.00 bukan nilai untuk mempelajari teknik dan ilmu dalam menghasilkan mesin duit berterusan. Dengan RM50.00 yang akhi bayar itu kalau akhi gunakan dan  terus mendapatkan ilmu tambahan untuk dapat melangkah dan bertindak dengan yakin bagi menakluki pasaran untuk apa saja yang nak akhi pasarkan.

Walaupun Sifu Faisal Abdullah ada program lanjutan dalam pemasaran menggunakan Email ini yang dikenali sebagai SHOGUN EMAIL pada bulan Disember ini tetapi akhi rasa akhi belum mampu dari segi kewangan untuk mendaftar, Tetapi akhi akan FOKUS untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan untuk membayar wang pendaftaran itu, mungkin untuk SHOGUN EMAIL berikutnya.

So kepada Generasi Y, Akhi sarankan agar mendapatkan ilmu sebanyak mungkin, ilmu kemahiran seperti ini bukan boleh didapatkan melalui zaman persekolahan anda. Akhi bersyukur dalam usia remaja 60'an (maksudnya diawal usia 60'an) ini masih lagi mempunyai minat untuk belajar dan menimba ilmu. Itupun setelah stroke, akhi masih sanggup hadapi risiko untuk pergi kesorangan menemui Abg Chob Webmaster ke Padang Serai, Kedah (Kini sudahpun berpindah ke Sungai Petani) hanya kerana nak belajar bina website sedang ketika itu akhi masih tak berapa kuat lagi. Isteri akhi cukup risau bila akhi nak pergi juga walau pun dia amat-amat melarang. Begitu juga ke Shah Alam untuk menghadiri Seminar Mesin Duit. Akhi tetap mempunyai kekuatan semangat untuk menghadirinya. Terimakasih Allah kerana menemuikan akhi dengan Sifu-sifu Abg Chob dan Tuan Faisal Abdullah semoga kedua mereka diberikan rahmat atas ilmu yang telah dan akan melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya malah menjadi USAHAWAN JUTAWAN. Kini hampir 20 orang sudah mahir membina laman web dan blog hasil bimbingan akhi.

Inilah cara Abg Chob mengajar saya dan sahabat saya Shamsuddin dari Balik Pulau. Hanya 2 orang dalam satu kelas, dan kerana itu saya mampu untuk mengikuti apa yang diajar dengan pantas dan berkesan. Tetapi untuk lebih kesan pemahaman, saya selalu berhubung dengan Abg Chob dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk sekali lagi mendapatkan 'bimbingan personal' dari Abg Chob. Dari pertemuan kedua itu saya bukan sahaja telah dapat menguasai ilmu membina laman web sahaja tetapi juga berjaya menguasai cara untuk memasarkan produk dengan kaedah 'HANTU RAYA' belaan Abg Chob atau dalam bahasa ITnya dikenali sebagai AUTORESPONDER.




Friday 28 November 2014

KESAN SELEPAS BERHENTI MEROKOK

Hanya perokok tegar saja yang berdepan masalah untuk berhenti walaupun sedar terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti. Hanya golongan perokok tegar saja yang sanggup mengetepikan segala maklumat yang mereka ketahui mengenai bahayakan merokok kerana masing-masing sukar untuk berhenti



Walaupun pelbagai kenyataan sudah dibuat pihak berkuasa kesihatan mengenai bahayanya, semua buat pekak dan buta saja kerana hanya mereka saja tahu betapa susahnya untuk berhenti dan meninggalkan tabiat meng-hisap rokok dan kepuasan menghembuskan kepulan asap dari mulut.

Tapi Generasi Y ingin berkongsi satu fakta menarik mengenai kesan dan perubahan yang berlaku kepada kamu yang mencuba untuk berhenti. Kami lakukan secara berperingkat dan susun-kan perubahan yang berlaku secara terperinci untuk panduan kamu.

Selepas 20 minit kamu berhenti merokok yang terakhir, tekanan darah dan kadar denyutan nadi akan kembali pada paras normal, pengaliran oksigen meningkat dan aliran darah berjalan lancar. Baguskan? Lapan jam selepas berhenti merokok terakhir, kandungan karbon monoksida di dalam sistem tubuh kamu akan tersingkir 100 peratus dan digantikan dengan oksigen untuk darah berjalan seperti normal.

Seharian atau 24 jam selepas berhenti merokok terakhir, risiko kamu untuk diserang sakit jantung mula berkurangan malah kadar denyutan jantung, tekanan darah dan pengoksigenan darah juga kembali normal. Dalam tempoh dua hari atau 48 jam selepas berhenti merokok terakhir, saraf yang lemah akan kembali normal, deria hidu dan rasa juga akan kembali pulih seperti biasa.

Satu hingga sembilan bulan selepas berhenti merokok terakhir, kamu mula perasan anda sudah tidak lagi batuk. Masalah hidung tersumbat dan keletihan sudah tidak ada. Paru-paru menjadi aktif dan tidak lagi mengalami sakit dada.

Ini mungkin sukar tapi tak salah kita kongsikan sekiranya kamu berjaya berhenti merokok sepanjang tempoh setahun, risiko diserang sakit jantung berkurangan berbanding rakan kamu yang hanya merokok suka-suka. Lima hingga 15 tahun selepas berhenti merokok terakhir, kamu tidak perlu risau diserang strok.

Sepuluh tahun berhenti selepas merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan. Malah kanser lain seperti mulut, kerongkong, pundi, buah pinggang dan pankreas ternyata menurun.

Bergelar perokok tegar tapi sudah berhenti mungkin masih berisiko untuk mendapat kanser tetapi sekurang-kurangnya, tindakan kamu berhenti merokok sekarang mampu membantu menurunkan sedikit risiko pendek umur ini. Menakutkan bukan? Tapi itulah fakta dan realitinya.

Justeru apa kata gantikan rokok kamu dengan gula-gula kunyah lebih berbaloi selain boleh menjadikan muka awet muda.-hmetro

Read more: http://hmetroo.blogspot.com/2014/09/kesan-selepas-behenti-merokok-yang-anda.html#ixzz3KPkTBqmR

WANITA CANTIK MENYESAL DINIKAHKAN DENGAN SEORANG USTAZ

Seorang gadis yang terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorang suami yang 'ultra warak'. 

Dipendekkan cerita dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saja yang ingin menikahinya dengan syarat:
1) lelaki itu hendaklah berpuasa sepanjang tahun
2) lelaki itu juga kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada seorang pun lelaki sanggup nak terima ketiga-tiga syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut. Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya perempuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipunya Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat-syarat nikah yang isteri kamu letakkan?"

"Ingat, Yang Arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.


Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat pun?"

Pemuda tu selamba jawab, "saya buat Yang Ari."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat Yang Arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!

Hakim tidak puas hati, "Baik, hari ni kamu puasa tak?"

"Tak !!" kata si jejaka.

Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"


Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seseorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

Rasulullah bersabda sesiapa yang membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah-olahnya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. 
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah-olahnya dia telah beribadah sepanjang malam"


Dia terus menyambung,"Islam itu indah, Yang Arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. 


Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas.

* amalan 3 ini bukan hanya dikhususkan kpd lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah‬ Islam Itu Indah

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....


Read more: http://hmetroo.blogspot.com/2014/09/kisah-gadis-cantik-menyesal-berkahwin.html#ixzz3KNIfmIV3

Thursday 27 November 2014

SEKEPING FOTO DAPAT MENCERITAKAN BERIBU KISAH

Sebuah foto atau gambar adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Dari dulu sampai sekarang ianya masih terus relevan dan akan menjadi lebih penting pada saat-saat kita memerlukannya.
Saya biasa merasakan saat-saat yang amat terdesak, tertekan dan jadi tak tentu arah bila saya memerlukan foto atau sekeping gambar untuk suatu tujuan tertentu.

Kenapa begitu?
Kerana gambar berfungsi untuk menyokong apa juga fakta yang kita utarakan. 

Gambar juga menjadi dokumen penting dalam banyak hal. Kad Pengenalan dan Pasport memerlukan foto pemiliknya, mahkamah juga menggunakan foto untuk membuktikan apabila merujuk kepada sesuatu kes. Nak buat fitnah pun, foto dan gambar akan dijadikan faktor dan bukti penting. Kesimpulannya; foto dalam banyak hal adalah segalanya.

Bayangkan kalau kad pengenalan atau pasport tak ada foto pemiliknya. Apakah boleh disahkan bahawa pembawa kad pengenalan atau pasport itu benar-benar pemiliknya. Dalam banyak kes mahkamah juga, gambar menjadi faktor penting sehingga yang berbohong tak mampu berkata apa-apa lagi bila sekeping gambar dijadikan bukti.

Nah... itu fungsi sebuah foto kerana sebuah foto boleh menceritakan macam-macam.

Foto pemandangan boleh menceritakan betapa indahnya sebuah pantai atau gunung atau apa pun keadaan sesuatu tempat dimuka bumi ini. Foto juga mampu mengocak emosi kita.

Bila melihat foto seorang anak kecil yang memungut sesuatu dari tempat pembuangan sampah, apatah lagi yang dipungut itu adalah sisa makanan atau anak kecil yang usianya sekitar 8 tahun mengendong seorang bayi. Aduiiii, tak dapat kita bayangkan bagaimana 'rasa kita' bila melihat sebuah gambar yang 'hidup' dan 'menghidupkan naluri, yang dengan begitu halusnya menyentuh perasaan kita' serta mampu pula meraih simpati kita hingga tanpa disedari kita sudah menitiskan airmata. 
Begitulah kuatnya pengaruh dan pengaruh emosi sesekeping gambar.




Emosi anda pasti akan berkocak bila melihat gambar diatas. Dan pastinya pelbagai reaksi akan timbul bila anda melihat foto yang begitu trajis itu, sedih dan mahu membantu mungkin dan pasti ada juga merasa jijik. Itulah situasi bila kita melihat sekeping foto.


Hari ini untuk merakam apa juga foto tidak lagi menyulitkan bagi kebanyakan orang. Kalau dulu hanya yang mampu memiliki kamera saja yang boleh mengambil gambar tapi hari ini ianya lebih mudah kerana kebanyakan telefon bimbit dan gadget sudah siap sedia dengan kameranya. Jadi dimana-mana dan bila-bila masa pun kita sudah boleh merakamkan peristiwa atau objek yang dirasakan berguna.

Kalau dulu dalam proses mengambil gambar kita terpaksa membeli filemnya terlebih tapi kini semua sudah berubah. Dari filem kini berubah ke 'digital'.  

Dulu untuk sekeping foto kita melalui suatu proses yang rumit, tidak memadai dengan hanya memiliki sebuah kamera sahaja. Kena ada filemnya, kena hantar untuk proses 'develop' atau biasa kita sebut dengan istilah 'cuci gambar'.

Tapi dengan foto digital lebih mudah dengan syarat ada peralatannya seperti kamera, memory card dan card reader. Dan yang amat penting adalah sebuah komputer, kalau anda tidak memiliki komputer, boleh dihantar ke kedai foto yang ada perkhidmatan memproses foto digital.

Kenapa topik ini saya persembahkan kepada anda kali ini. Kerana saya mahu saya dan anda semua menghargai detik dan peristiwa, harta dan orang yang kita sayangi melalui foto @gambar. Bagi yang mampu memiliki, kamera video juga adalah perlu bagi merakamkan detik peristiwa atau harta benda dan orang yang tersayang.


Lihat sahaja gambar peristiwan Tsunami, kalau tidak ada foto diatas mungkin kita adan masyarakat dunia tidak akan percaya kalau sekadar bercakap sahaja tanpa bukti 'sekpeing gambar'.

Cukup untuk kali tapi  Insyaallah saya akan sambung lagi apa yang ada hubungkait dengan topik ini. Kali ini banyak lagi perkara yang menarik akan saya persembahkan termasuklah cara mengambil atau merakamkan gambar, bagaimana nak edit gambar, teknik super impose dan sebagainya.

Sunday 23 November 2014

PESANAN YUSUF AL QARDAWI TENTANG KES ANWAR

Berikut adalah tulisan Dr Yusuf al-Qaradhawi tentang Malaysia dan dakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya.

Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih 
sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari. Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara. Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya.
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As Saff ayat 4)

Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran.

Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini.

Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.

Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.

Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah tentang peristiwa "Hadith al-Ifk" yang bermaksud:-

"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta." (Surah An Nur ayat 12-13)

Aku menyeru kepada saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan saling bantu-membantu. Aku berharap saudara-saudara di Malaysia menjauhkan diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di sebaliknya, malah ianya memudaratkan, tidak memberi manfaat, menghancurkan, tidak membina, merosakkan dan tidak mendatangkan kebaikan.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


YUSUF AL-QARADHAWI Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam

Thursday 20 November 2014

KEAJAIBAN ALQURAN YANG PERLU KITA SEBARKAN



Al-Quran adalah peninggalan Rasullullah SAW kepada semua umatnya. Ada 2 perkara yang Rasullullah SAW tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan Sunnah untuk kita amalkan. Berapa kalikah anda membaca Al- Quran dalam sehari. Sekali... dua kali atau apabila waktu mengerjakan solat sahaja. 

Ingat, pahala paling mudah diperolehi adalah dengan membaca Al-Quran, setiap huruf diberikan 10 pahala dan Al-Quran adalah kalam Allah (Yang datangnya dari Allah bukan ciptaan manusia).

Tip yang hendak di kongsikan ini adalah cara untuk menghafal mukasurat setiap Juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan kaedah matematik ringkas, kita akan mengetahui mukasurat setiap juzuk Al-Quran.

Jom kita sama-sama belajar dan lihat keajaibannya:

Contoh 1:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di mukasurat ke berapa: Angka 5 merujuk kepada Juzuk 5 di tolak 1 5 - 1 = 4 ), 4 pula darabkan dengan 2 :4 x 2 = 8 )
Selepas jawapan itu (8) letakkan angka 2. Jawapan dihalaman mana Juzuk 5 adalah dihalaman 82.

Contoh 2:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 dihalaman ke berapa, sama juga kaedahnya
10 - 1 = 9, 9 pula didarab 2, (9 x 2 = 18) kemudian jawapannya (18) selepas angka jawapan itu di letakkan angka 2. Jadi Juz 10 ada dimukasurat 182.

Contoh 3:
Jika anda ingin nak tahu Juzuk 23 pula ada dihalaman ke berapa, masih sama kaedah saperti mencari Juzuk 5 dan 10 tadi; 23 di tolak 1 = 22, 22 x 2 = 44 ditambah angka 2 selepas jawapan itu maka mukasurat untuk Juzuk 23 adalah mukasurat 442.

Subhanallah, memang menakjubkan. Jadi sesamalah kita kongsikan dengan rakan-rakan kita, dengan sedara mara dan pastinya dengan famili kita yang kita sayangi. Sesamalah kita manfaatkan kaedah yang ajaib ini agar sesama pula mendapat pahalanya.

Untuk lebih bermanafaat sila panjangkan kaedah ini, agar diberikan kenikmatan pahala kepada anda yang menyampaikannya, Insha-Allah. Berkongsi ilmu adalah amat digalak dan dituntut dalam Islam walau pun sekadar satu ayat. Wallahhualam.

Wednesday 19 November 2014

SEMUA AHLI KELUARGA TINGGALKAN KITA SEMASA DIPADANG MAHSYAR, KENAPA?

Imam Muda Hassan Peserta Akhir
Program Imam Muda TV9
Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...
Dulu saya dapat 8A dalam PMR...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...
Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....
"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."
Kata mereka....
Tapi...
Pada suatu Subuh...
Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...
Saya bacakan surah Abasa...
Dan sebak ketika sampai ayat:
Yaumayafirrul mar'umin akhih.....
Wa ummihi...wa Abih....
Selesai solat, semasa perjalanan pulang...
Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?
Saya jelaskan....
Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...
Ibunya...
Ayahnya....
Isterinya...
Anak-anaknya...
Saya katakan...
Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...
Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...
Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......
Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...
Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...
Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...
Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?
Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....
"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."
Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...
Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....
Wahai hamba Allah...
Apa sebenarnya yang kalian kejar?
Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?
Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...
Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?
Wahai saudaraku...
Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?
Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?
*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....
Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."
Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...
Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"
sgt memberi keinsafan
Sebarknlah,xperlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.
Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri.











sumber:  RAHMAWATI JOHARI

SAKA : ADAKAH ANDA PEWARISNYA

Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya.
Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.
Apakah itu saka?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.
Di antara tanda-tandanya adalah:
1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.
Apa yang anda perlu buat?
  • Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.
  • Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.
  • Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.
  • Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
  • Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in hafeez).
  • Teruskan berusaha dengan mencari penawar dan bertawakkal kepada Allah. Insya-Allah.



*MAKLUMAN PENTING: Jika anda ingin bertanyakan tentang masalah anda berkenaan dengan saka, santau atau perubatan Islam secara lebih mendalam, hubungi Ustaz Sharhan di laman blognya iaitu http://ustazsharhanshafie.blogspot.com/ atau laman Facebooknya iaitu https://www.facebook.com/abehea atau https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Sharhan-Shafie-Original/470308789707178 . Terima kasih.

FAKTA ILMIAH : KENAPA PERLU MANDI....


DI DALAM agama Islam ada ajaran yang menggalakkan penggunanya (penganut agama Islam) mandi dan berwudhuk. Bahkan ada masanya wajib mandi.

Dari sudut ilmiah, ternyata mandi tidak cuma untuk menyegarkan badan, tetapi ada manfaat lain di balik itu. Baru-baru ini ada penelitian mengenai mandi yang dimana selain untuk membersihkan tubuh, ternyata mandi juga memiliki peranan dalm mening-katkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembukan masalah medis yang serius.


PERUBATAN
Beberapa penelitian dari segi perubatan dan kesihatan yang menunjukkan, mandi itu berkhasiat antara lain:

1. Penderita Diabetes
Untuk penderita diabetes, dengan setengah jam berendam dalam air panas dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13%. 

2. Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 mInit dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita. 

3. Eksema
Eksema adalah peradangan kronik kulit yang kering dan gatal. Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat menambahkan baking soda ke dalam bak mandi kerana berdasarkan penelitian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik. 

Caranya: Isi dengan air hangat, tambahkan kira-kira satu sudu baking soda dan adun sampai rata. Dianjurkan berendam selama 10-20 mInit. 

4. Infeksi
Untuk infeksi seperti sariawan dapat menambahkan pada air hangat iaitu tiga atau empat cuka dari sari buah apel dan berendamlah selama 15-20 mInit. Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asam. 

5. Flu dan Sakit Kepala

Untuk menyembuhkan flu dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air hangat. Masukan air hangat secukupnya dalam bak sampai menutupi kaki dan pergelangan kaki, tambahkan beberapa tetes minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai bilas dengan air sejuk. Lakukan selama 10-20 mInit. 

6. Insomnia
Untuk penderita insomnia atau yang memiliki masalah tidur dapat merendam kaki dalam air sejuk dingin. Masukan kaki sampai kaki merasa dingin. Pengubatan ini juga berguna bagi kaki lelah atau letih, pendarahan hidung, dan sembelit. 

7. Sirkulasi

Jika anda mengalami masalah sirkulasi maka cubalah dengan mulai merendam kaki selama satu atau dua minit dalam air hangat, kemudian 30 minit dalam air dingin. Cuba lakukan selama 15 minit kemudian diselesaikan dengan air dingin.





Manfaat dan petunjuk mandi yang sIhat
Mandi air hangat sekitar 32-35 derajat Celsius dapat membuka pori-pori yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana berfungi membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan selama 10-20 mInit. 
Ternyata mandi air dingin dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan, dan dianjurkan dengan temperatur sekitar 12-18 derajat celcius. Ianya lain dari air hangat, kerana akan mempersempit darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Oleh sebab itu untuk penderita diabetes tidak dianjurkan untuk mandi air dingin.

Apa Gunanya Parlimen Jika Tidak Berfungsi Sebenarnya?

Oleh Abu Hassan Adam 
Dari jauh aku terbaca artikel dalam Malaysiakini berjodol,’ MPs fume as TPPA queries go unanswered’ bertarikh 17 November 2014.

Sebagai rakyat yang perihatin, walau dari mana sekali pun hati ini tetap ‘berada’ di Malaysia dan pastinya mengikuti dengan teliti apa saja perkembangan yang berlaku dalam negara, terutama yang berkaitan dengan kesejahteraan bangsa dan Negara. Biar aku petik kenyataan Malaysiakini yang menyebabkan aku merasa tersentak. “Several Pakatan Rakyat MPs today were once again left frustrated after Deputy International Trade and Industries Minister Hamim Samuri refused to answer questions on the Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) in the Dewan Rakyat.” 

Membaca kenyataan di atas teringat pula aku tentang istilah “COP’ yang sering digunakan dalam permainan ketika kanak-kanak dulu. Rupa-rupanya di Parlimen Malaysia juga boleh digunpakai konsep ‘COP” sedemikian. Rupanya ‘dibenarkan’ sekiranya seseorang Menteri atau Timbalan Menteri tidak mahu menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil parlimen. Dan Timbalan Speaker pula membenarkan Timbalan Menteri berkenaan meneruskan tanpa menjawab soalan yang dikemukakan Ttidak hairanlah jikalau ramai yang menyesuaikan tindakan Timbalan Menteri berkenaan dan tindakan Speaker sebagai “Malaysia Boleh!!! "

Nampaknya ‘fenomena’ tidak menjawab soalan di parlimen sudah merupakan ‘penyakit’ yang berjangkit. Dan ‘wabak’ ini sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadikan Parlimen kita tidak berfungsi menepati erti kata sebenarnya. 

Di laporkan sebelum ini tentang Timbalan Menteri Kewangan YB Chua Tee Yong yang enggan menjawab soalan yang berkaitan dengan 1 Malaysia Development Berhad (MDB). “COP” lagi. Rakyat pastinya memerhatikan keadaan ini dengan penuh hairan.Tentu rakyat tertanya-tanya tentang ‘perubahan’ yang drastik yang berlaku dalam parlimen Malaysia khsuusnya dan di Negara kita amnya iaitu tugas dan peranan seorang Menteri dan Timbalan Menteri. Apakah tugas dan peranan seorang Menteri itu hanya untuk melawat kawasan banjir atau melawat rumah terbakar atau membuka rasmi sesuatu pesta sahaja? 

Atau apakah tugas seorang Menteri atau Timbalan Menteri itu hanya untuk pergi bercuti ke luar Negara apabila tiba bila bulan Disember atau waktu cuti sekolah. Aku merasakan bahawa keengganan Timbalan Menteri untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat adalah sesuatu yang amat malang bagi negara Malaysia yang tercinta. Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggung jawab dalam suasana apa sekalipun. Tidak ada jawapan yang boleh diketengahkan bagi mewajarkan tindakan sedemikian rupa. 

Dan rakyat seharusnya bertindak agar perbuatan sedmemikian dikutuk sekeras-kerasnya. Dan apakah perwakilan UMNO yang besidang tidak lama lagi akan merestui tindakan Timbalan Menteri ( dari UMNO) yang bersikap sedemikian rupa. Ahli UMNO turut mendapat malu dengan tindakan sebegitu. Pada kebiasaannya tindakan untuk mengelak dan tidak menjawab sesuatu soalan adalah disebabkan kebodohan atau kejahilan seseorang mengenai sesuatu isu. Apakah betul anggapan rakyat begitu terhadap Timbalan Menteri yang bersikap demikian? Maka jawapan yang patut dicadangkan kepada Timbalan Menteri sedemikian adalah untuk mengemukakan surat peletakan jawatan kepada YAB Perdana Menteri Rakyat amat kecewa tentunya dengan sikap Timbalan Menteri sedemikian. Memalukan. Bukan sahaja memalukan Parlimen Malaysia tetapi Negara Malaysia sendiri. 

Terlantiknya mereka sebagai Menteri atau Timbalan Menteri adalah untuk berkhidmat kepada Negara sepertimana yang ditugaskan kepada mereka. Dan salah satu tanggung-jawab yang diserahkan tentuya menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan masalah negara. Sekiranya mereka tidak dapat memberikan penjelasan mengenai sesuatu isu berkaitan dengan Negara demi kepentingan rakyat, maka tentulah kehadiran mereka di parlimen tidak memberikan apa-apa makna lagi. Dan yang anihnya pula ialah tentang sikap yang ditunjukkan oleh pihak Timbalan Speaker pula yang seolah-olah semacam ‘lepas tangan’ dalam menangani keadaan sedemikian. 

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini,’ Ismail also said that he had no powers to demand answers from the deputy minister” Sepatutnya Timbalan Speaker mendesak agar Timbalan Menteri memberikan jawapan sebagaimana yang dikatakan oleh YB Charles Santiago, wakil Klang, “…who stood up demanding that the speaker instruct the deputy minister to answer the questions” Malaysiakini 17 November 2014.

Melihatkan keadaan yang sebegini yang berlaku di parlimen Negara kita, tentulah amat jauh lagi ‘perjalanan’ kita untuk menggelarkan Negara sebagai negara maju yang bertaraf dunia. Apa yang kita lakukan ‘masih tak serupa orang…’ maknanya amat berbeza dengan keadaan di Negara maju seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom atau Negara-negara maju yang lain. Tak usahlah hendaknya kita mendabik dada mengatakan yang kita telah maju bertaraf dunia. Malu…. Rakyat Malaysia malu adalah disebabkan tindakan setengah pemimpinnya………

Copy anda paste by Akhi Nosa Iskandar

Monday 17 November 2014

SCALAR ENERGY DALAM KEHIDUPAN MANUSIA






Inilah ALTERNATIF kita?





















Kebaikan dan keistimewaan Jam Anti clock Wise atau Jam Tawaf ini adalah seperti berikut....



RAHSIA PUTARAN JARUM JAM

Hampir kesemua jam yang ada di dunia ini di cipta untuk berputar mengikut arah  Pusingan Jam yakni "Clokkwise". Adakah ianya menepati Fitrah Alam/Fitrah kejadian atau kah sebaliknya????... dan apakah pula kesannya terhadap diri kita  ?.

Firman Allah mengenai Kejadian Masa, Matahari & Bulan...
"Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadi malam dan siang, serta matahari dan bulan, tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing [yakni di angkasa lepas]" (Quran : Al Anbiya, 21:12)

Firman Allah Mengenai Kejadian Langit dan Bumi...
"ALLAH mencipta Langit dan Bumi dengan cara yang layak dan berhikmah; sesungguh yang demikian mengandungi satu tanda [yang membuktikan kebijaksanaan Allah] bagi orang yang beriman" (Quran : Al Ankabut 29:44)


Ayat-ayat di atas [ilmu sains angkasa] menerangkan rahsia kejadian malam dan siang yang pastinya hanya terjadi di sebabkan adanya putaran bumi [yang kemudiannya di ketahui oleh para ilmuan] mengelilingi matahari. Begitu juga pergerakan bulan, bintang, serta planet-planet lainnya yang beredar diatas paksinya masing-masing terapung di angkasa raya mengikut pusingan pergerakan Sunnatullah yakni Pergerakan Fitrah dalam satu arah yang di kenali sebagai Pusingan Arah Lawan Jam [ANTICLOCKWISE] atau Arah Pusingan TAWAF. Bahkan keseluruhan pergerakan Alam Semesta semenjak Allah mencipta sehingga hari kehancurannya [Kiamat] mengikut Hukum Alam (Cosmic Law)

Pergerakan Zarah atau 'Atom'
Tahukah anda bahawa ciptaan Allah SWT terhadap jisim iatu Zarah atau Atom yang hanya boleh di lihat dibawah Mikroskop Elektron { setelah dibesarkan ribuan kali juga di temui oleh para saintis bahawa ianya berpusing di atas paksinya sendiri.

Bahkan ajaibnya didalam atom tersebut mengelilingi Nukleus Atom mengikut pusingan TAWAF atau ANTICLOCKWISE.



PERGERAKAN TAWAF DI KAABAH

Sejak ribuan tahun umat Nabi Nabi dari Nabi Ibrahim (AS) sehingga Nabi Muhammad (SAW) di perintahkan oleh Allah SWT mengerjakan Tawaf di sekeliling Kaabah dalam Pusingan Arah Lawan Jam (ANTICLOCK WISE). Ketika mengerjakan Tawaf, posisi bahu kiri serta Jantung & Hati kita sentiasa dekat dengan Kaabah sehingga habis 7 pusingan dan pastinya ianya tidak tercapai sekiranya dilakukan dengan arah Pusingan Jam (CLOCKWISE). Pergerakan ratusan ribu manusia [bahkan jutaan ketika musim Haji] berTAWAF mengelilingi kaabah sama dengan atom, sel-sel darah & tubuh kita, bulan, bintang, matahari, planet-planet dan seluruh ALAM SEMESTA secara saintifiknya telah menghasilkan satu gelombang Elektromagnetik yang amat kuat serta bergerak menuju ka atas.

ALAM TUMBUHAN, HAIWAN DAN MANUSIA


Tahukan anda bahawa sel-sel tumbuhan serta sel-sel tubuh manusia tidak terkecuali dengan Hukum Alam ini disebabkan tumbuhan, manusia bahkan semua haiwan darat, laut an udara terbentuk dari banyak percatuman sel-sel tersebut. Ilmu Biologi mendedahkan bahawa Sitplasma (Cytoplasm) didalam sel bergerak mengelilingi Nukleus dalam pergerakan yang sama seperti berTAWAF.



Cuba kita perhatikan keajaiban pokok-pokok jenis memanjat/menjalar, bukankah ianya juga mengelilingi pohon tumpang atau kayu yang dipacakkan secara semulajadi mengikut Pusingan Anti Jam [Pusingan Tawaf]


Mengenai kejadian manusia; Allah berfirman "Maka hendaklah manusia memperlihatkan dari apakah ia dijadikan, Ia dijadikan dari Air yang terpancar (Air Mani) [Quran : Att Toriq 86 : 5 dan 9]

Tahukanh anda bahawa air mani yang terpancar yang mengandungi jutaan benih, kesemuanya berenang menuju ke OVUM (Telor) yang mana akhirnya hanya satu sahaja yang berjaya menembusi telor tersebut dan dibawah Mikroskop, saintis mendapati bahawa benih mani tersebut berputar laju secara pusingan TAWAF )Anticlockwise) umpama torpedo yang menuju kesasarannya.



 Tayangan menunjukkan sperma menembusi ovum (telor).

OLAHRAGA BALAPAN

Pernahkan anda terfikir kenapa perlumbaan lumba lari pecut di trek stadium sentiasa ikut lawan putaran jam (Arah Tawaf)?... Jawapannya paling mudah ialah kelajuan Maksima dapat dicapai disebabkan pelari mengikut arus putaran bumi (serta alam maya). Disebabkan faktor ini keseimbangan badan menjadi lebih stabil begitu juga tidak mustahil kekuatan juga semakin bertambah berbanding jika berlari mengikut putaran jam. Cuba bayangkan seseorang berenang melawan arus air berlumba dengan seorang lagi yang berenang mengikut arah air dalam jarak yang sama. Anda pasti tahu siapa pemenangnya !.

KESIMPULAN

Dari fakta diatas jelas bahawa segala ciptaan Allah bergerak secara fitrah semulajadi yakni secara gerakanTawaf (Anticlockwise) dimana hikmahnya yang amat banyak sudah pasti memberi kebaikan kepada kita bahkan pada makhluk lainnya. Yang pastinya Allah Yang Maha Pencipta mencipta sesuatu mengikut Hukum Alam tanpa sia-sia,

Lantas kenapa dan siapa yang mencipta jam (moden) serta mempromosikannya keseluruh dunia ini dengan menggunakan arah menentang hukum alam? Jawapannya mudah... siapakah golongan yang bermati-matian menentang sunnah yang dibawa oleh Rasul Terakhir Muhammad (SAW)? Contoh mudah Nabi mengajar ummatnya melakukan sesuatu perkara baik menggunakan tangan kanan umpamanya ketika makan dan minum, tetapi golongan tersebut suka menggunakan tangan kiri ketika makan dan minum kerana itulah yang disukai oleh Syaitan, Dajjal dan kuncu-kuncunya, Semoga kita bertambah celik dan cerdik selepas ini. ..dan apa alternaif kita? Lihat : SINI