Saturday 7 September 2019

MINGGU KEJUTAN

Minggu ini adalah merupakan minggu kejutan bagi Akhi. Pertamanya berjumpa seseorang yang sangat Akhi rindu kerana telah terpisah sejak 21 tahun lalu. Ianya merupakan seorang anak yang Akhi pelihara sejak lahir tetapi terpisah kerana diambil kembali oleh ibu dan ayah kandungnya. Kata mereka, mereka tinggal di Pagoh, Johor. Tetapi tidak pula dinyatakan kampung yang tepat dimana mereka tinggal. Lihat SINI
Bersama Areni Sahari yang terpisah
sejak 20 tahun lalu
Satu lagi kejutan minggu ini adalah terjumpa semula seorang sahabat lama yang terpisah lebih 20 tahun iatu Saudara Areni Sahari yang berasal dari Serawak. Kami pernah kerja bersama dalam sebuah syarikat di Taman Permata lebih 20 tahun dulu. Pernah juga merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat MLM tetapi tidak berjaya disebabkan oleh orang ketiga yang tiba-tiba datang masuk campur menyebabkan kami terpisah.

Akhirna tanpa diduga kami terjumpa semula di di hadapan Maybank Ampang Point pada 3 September 2019 lalu. dia masih bekerja di sebuah Cafe di Shah Alam dan sudahpun beristeri.

Areni seorang yang berpengetahuan tentang selok belok perniagaan MLM dan kami pernah bekerja dalam sebuah syarikat yang mengedarkan produk Aloe Vera.

Pada ketika kerja bersama itu, dia adalah seorang yang sangat baik, ramah dan tinggi budi pekertinya. Setelah berpisah pernah berjumpa sekali semasa beliau bekerja di sebuah syarikat di kawasan Hulu Kelang kalau tak silap Akhi. Rupa-rupanya walau terpisah begitu lama tetapi dia masih kenal Akhi yang kini sudah bertongkat.

Akhi panjatkan kesyukuran kerana minggu ini pelbagai rahmat telah dilimpahi dalam hidup Akhi. Alhamdullillah.SINI

Friday 6 September 2019

SUATU KEJUTAN

Kelmarin 5 September 2019, Hari Selasa ketika berada dalam suatu mesyuarat yang agak penting, tiba-tiba anak Akhi yang ke 4, mesej Akhi.

"Ayah Puteri dah jumpa Kak Lia"
kata anak Akhi yang bernama Nor'Asyikin yang Akhi dan seluruh keluarga kami memanggilnya Puteri.

Tetapi oleh kerana Akhi berada dalam mesyuarat yang agak penting maka Akhi tidak terus response mesej tersebut tetapi mesej terus mengganggu fikiran Akhi kerana yang dikatakan Kak Lia itu adalah seorang anak yang sangat-sangat Akhi rindu selama ini, yang terpisah ketika dia berumur lebih kurang 5 tahun ketika itu. Lia adalah anak yang Akhi pelihara dari waktu hari pertama lahir hingga berumur 5 tahun. Tetapi diambil semula oleh keluarganya.

Petang itu juga Lia terus mengunjungi Puteri yang tinggal bersama mamanya Cik Putih, bekas isteri Akhi yang berpisah yang Akhi sendiri lupa bila....

Akhi bersyukur kerana Lia hadir semula dalam hidup Akhi dalam satu suasana yang sukar dilupakan. Kita lupakan bagaimana Lia muncul dalam hidup Akhi tetapi Akhi nak bawa sahabat pembaca semua tentang kemunculan semula Lia dalam hidup Akhi dan keluarga.

Lia Anak Kesayangan Akhi
Selepas berpisah kami sekeluarga terus mencarinya. Dan pencarian itu berakhir bila Puteri menemui sebuah Grup WhatsApp "Grup Pagoh".  Puteri terus saja melontarkan pertanyaan kalau ada sesiapa mengenali Lia dari Pagoh. Menurut Lia seorang kawan yang ada dalam grup itu mengambil inisiatif bertanya Lia dengan memberitahu Lia bahawa ada orang mencarinya. Lia sendiri terus membuat panggilan ke nombor telefon yang Puteri tinggalkan di grup tersebut.

Akhi hanya mendapat tahu dari anak Akhi, Puteri tentang insiden yang tiba-tiba muncul tanpa diduga tu dan pastinya, suatu kejutan kepada  kedua-dua pihak yang sukar Akhi bayangkan. Akhi sendiri terus menitiskan airmata sedih bercampur gembira.

Sebelum maghrib pada hari yang sama Lia bersama keluarga sampai ke rumah mamanya (dimana disitu juga Puteri tinggal) di Taman Ehsan Balakong.

Dan selepas bersembang panjang bersama Mamanya serta Puteri, Lia serta suaminya Anakanda Tahir bercakap dengan Akhi melalui telefon.

Kami bersembang, mengimbau masa lalu dan kegembiraan di kedua-dua pihak terus saja menguasai suasana dan Akhi sangat-sangat bersyukur setelah sekian lama berpisah dengan Lia. Dan tentu sahaja Akhi berasa sangat gembira dan bersyukur kerana tiba-tiba sahaja di kurniakan 5 orang cucu termasuk cucu kembar.

Lia pulak kawin dengan orang Ipoh Perak, dan tentunya Akhi tersangat suka kerana bila bersembang dengan Anakanda Tahir (suami Lia) dia tahu mengenai kampung Akhi Sayong Lembah di Kuala Kangsar. Segala-galanya adalah takdir yang di tentukan Allah SWT.

Lia dan suaminya Anakanda Shahir.
Itulah kejutan dan keajaiban dari Allah SWT. Dah dipisahkan selama lebih 30 tahun kini ditemukan semula. Alhamdullillah.

Lebih seronok kini Akhi dah bertambah cucu-cucu, dari 7 jadi 12. Walaupun belum sempat bertemu dengan Anak-anak Lia tapi Akhi dapat bayangkan bila cucu-cucu Akhi di temukan, alangkah seronoknya. Pasti Hevoq. Akhi yakin bila berjumpa pastinya akan riuh rendah dengan perangai masing-masing. Ada yang keletah, ada yang pandai melawa, ada yang tengah suka menjelajah tetapi yang pastinya riuh-rendah itu akan menjadi suatu kegembiraan yang tiada taranya bagi seorang Atok.

Satu perkara yang menjadi suatu kesyukuran. Akhi dapat bertemu mereka (keluarga Lia) ketika Akhi masih ada, walaupun pernah stroke tetapi kini tiada masaalah lain kecuali lemah kaki kanan dan sedikit @urat saraf.



Sunday 1 September 2019

KISAH MENGAGUMKAN DARI ARKITEK MASJIDIL HARAM

KISAH MENGAGUMKAN!

NAMA BATU : THASSOS MARBLE
TEMPAT PENGELUAR : THASSOS ISLAND, GREECE.
PENGGUNAAN : LANTAI MASJIDIL HARAM DAN LANTAI MASJID NABAWI.



Sejarah pembinaan Masjidil Haram oleh seorang Arkitek dari Mesir iaitu Almarhum Muhammad Kamal Ismail

Almarhum Muhammad Kamal Ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang digunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...

 Yang dinamakan...

رخام ثاسوس ابيض

(Rukham Thassus Abyad) bermaksud Batu Granite Thassos Putih...

Jom kita baca kisahnya...

Kisah menarik...
Pengalaman yang diceritakan oleh Almarhum Muhammad Kamal Ismail berkaitan lantai berwarna putih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...

Beliau sengaja memilih untuk meletakkan Batu Granite berwarna  putih di sekitar Masjidil Haram yang digunakan oleh para Jemaah pengunjung yang bertawaf di sekeliling Ka'abah dan di kawasan lain di dalam Masjidil Haram...

Batu Granite ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas yang ada diatasnya...

Cerita yang mengatakan di bawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas itu tidak benar sama sekali...

Untuk pengetahuan semua...

Batu Granite berwarna putih ini hanya terdapat di satu Bukit Kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan THASSOS di Negara Yunani atau nama lainnya adalah Greece...

Almarhum Muhammad Kamal Ismail telah pergi melihat sendiri kawasan pergunungan itu dan membuat satu perjanjian kerjasama dari beliau sebagai pembeli dengan syarikat pemilik Batu Granite ini...

Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan Masjidil Haram...

Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong Batu Granite tersebut...

Maka setelah perjanjian ditandatangani...
Beliau pulang ke Kota Mekah dengan membawa batu granit putih ini...

Dan ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai Masjidil Haram dengan sempurna...

Setelah berlalu 15 tahun berlalu, Kerajaan Arab Saudi meminta agar Almarhum Muhammad Kamal Ismail meletakkan lantai Batu Granite putih yang sama diletakkan pula di seluruh lantai Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah...

Maka...
Muhammad Kamal Ismail bercerita lagi...
Pada saat saya mendapat panggilan dari Pejabat Pemerintah Arab Saudi...

Saya menjadi takut sangat sangat, kerana dah 15 tahun yang lepas saya membeli Batu Granite tersebut...

Saya telah mengambil sebahagian Batu Granite Putih diletakkan di Masjidil Haram, itu pun dikira bilangan yang sedikit...

Sebahagian lagi masih berbaki di Greece, takut sudah ada orang lain yang membelinya...

Maka Al Marhum Muhammad Kamal Ismail pun terbang ke Greece untuk membeli sebahagian lagi Batu Granite tersebut...

Beliau pun pergi ke Syarikat yang dahulunya beliau mengambil Batu Granite itu, dan berjumpa dengan pemiliknya lalu menyatakan hasratnya untuk membeli sebahagian Batu Granite atas tujuan pemasangan di lantai Masjid Nabawi...

Pemilik Syarikat itu memberikan jawapan, "Sesungguhnya, selepas tuan membeli sebahagian Batu Granite Thassos itu 15 tahun yang lepas, ada orang lain yang datang telah membeli keseluruhannya..."

Mendengar itu...
Saya menjadi sedih dan menangis dengan penuh hiba dan sebak...
Dalam hidup saya, saya tidak pernah merasakan sedih seperti apa yang saya rasakan saat ini...

Ini kerana...
Saya tidak mendapat apa yang saya mahukan...

Saya menjadi tidak keruan... Air Kopi yang dihidangkan pun saya tidak minum...

Kemudian saya keluar dari office Syarikat Batu Granite itu...
Saya bergegas menempah tiket untuk pulang ke Arab Saudi hari berikutnya...

Sebelum itu ntah kenapa saya tertanya dengan sekretari...
Siapakah yang membeli baki Batu Granite itu..?..? ..?

Beliau menjawab... kami tidak pasti... sebab ini sudah terlalu lama.. 15 tahun agak sukar untuk mencari pembelinya...

Saya berkata padanya...
Tolonglah carikan maklumat siapakah yang membelinya...

Ini alamat hotel saya dan nombor telefon nya...
Hubungi saya jika dapat...
Saya masih ada satu hari lagi di sini...

Kemudian saya meninggalkan office syarikat itu dalam keadaan terlalu sedih...

Saya tertanya...
Kenapa saya mesti nak tau siapa yang beli batu itu..?..?..?

Saya terfikir...
Boleh jadi ada perkara yang ALLAH nak tunjuk pada saya yang saya tak tahu...

Maka esoknya...
Beberapa jam sebelum saya ke Airport untuk pulang ke Arab Saudi...

Dapat satu panggilan dari Syarikat Batu Granite itu...
Sekretari itu menelefon...
Tuan... datanglah ke office... kami sudah dapatkan maklumat pembeli yang tuan mahukan...

Mendengarkan itu saya bergegas ke office Syarikat itu...
Dalam masa yang sama...
Saya tertanya tanya...
Apa saya akan buat dengan alamat maklumat pembeli itu..?..?..?
Apa yang saya boleh lakukan..?
Dah 15 tahun punya cerita..?..?..?

Kenapa sangggup saya bersusah payah semata mata nak dapatkan alamat pembeli ini..?..?..?

Sampai saya di office...

Saya mendapatkan alamat pembeli itu...

Berderau darah saya melihat maklumat pembeli itu...
Rupanya pembeli itu dari salah sebuah Syarikat yang beralamat di Arab Saudi...

Apa lagi..? Saya terus terbang ke Arab Saudi... Turun di Airport terus ke alamat yang diberikan...

Sampai sahaja di office Syarikat itu, saya bertemu dengan pemilik Syarikat itu...

Dan bertanya, ""apa yang ia lakukan dengan Batu Granite yang mereka beli pada 15 tahun yang lepas di Greece..?..?..?"

Maka pemilik ini seakan akan lupa lalu berkata, "saya tak berapa ingat hal itu..."
Lalu beliau menelefon ke gudang untuk kepastian...

Lalu dia berkata, "Batu Granite itu masih ada di gudang, tidak tersentuh sikit pun..."

Kemudian Almarhum Muhammad Kamal Ismail ini bercerita lagi...

Saat itu saya menangis teresak esak seperti kanak kanak...

Sungguh sungguh saya menangis...

Pemilik syarikat ini bertanya, "kenapa awak menangis..?"

Saya pun menceritakan hal ini dari awal pembikinan Masjidil Haram, sampailah permintaan kali kedua untuk Masjid Nabawi...

Saya ceritakan keseluruhannya...

Kemudian saya berikan cheque kosong kepada pemilik Syarikat ini... dan saya katakan padanya...

"Tuan tulislah berapa harga yang tuan mahu untuk saya membayar Batu Granite tersebut, saya akan membayarnya, asalkan saya dapat kembali Batu Granite ini..."

Kemudian ia bersumpah dan berkata, "Demi ALLAH yang tiada tuhan melainkan dia..."

Setelah pemilik Syarikat ini tahu yang saya ingin mendapatkan Batu Granite itu atas tujuan untuk pembinaan lantai Masjid Nabawi...

Ia berkata, "saya tidak mengambil satu dirham pun dari kamu untuk Batu Granite ini..."

"Saya hadiahkan saja pada kamu ikhlas disumbangkan pada jalan ALLAH..."

"Sesungguhnya ALLAH telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu..."

"Dan ALLAH lah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang lebih penting..."

Demi manfaat bersama...

Akhirnya batu ini diberikan kepada Al Marhum Muhammad Kamal Ismail untuk diuruskan dalam proses meletakkan ia di seluruh lantai Masjid Nabawi...

ALLAHUAKHBAR..!..!..!

Semoga ALLAH mencucuri rahmat pada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea mereka untuk usaha yang murni ini....

Insya-ALLAH aamiinn ya robbal a'laamiiinnn...

Sekian...

Sunday 2 June 2019

ANWAR & KAK WAN LAKSANAKAN UMRAH

























TERIMALAH IBADAT & PENGORBAN ANWAR
Cukup tenang melihat gambar ini, Dato' Seri Anwar bersama isteri Datin Seri Dr. Wan Azizah sedang mengerjakan Sa’i. Saat Sa’i inilah kita akan menghayati pengorbanan seorang ibu yang selamanya tidak akan terbalas. Kalau saya, saat berlari di medan ini akan mengembalikan sunnah Siti Hajar itu ke dalam hidup saya dan ibu. Saya membayangkan Hajar yang berlari itu adalah ibu saya untuk mendapatkan seraut air. Dan puteranya Ismail a.s. yang menjerit kehausan di birai Kaabah itu saya ibaratkan diri saya. Tujuh kali Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah dengan penuh kepenatan dan doa kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu perit, seksa dan penuh kebimbangan Hajar dalam memburu seraut air untuk anaknya itu. Tatkala inilah juga ingatan saya terhimbau ke zaman saya bersama Ibu saya, saat menemaninya membungkus nasi lemak dan membuat kueh mueh untuk dihantar ke kedai. Mak membungkus sebungkus demi sebungkus nasi lemak, sebiji demi sebiji karipap atau cucur badak demi sesuap nasi. Itulah nostalgia disaat bersama Bunda Akhi.

Sunday 28 April 2019

BANTAHAN MUAFAKAT LEMBAH JAYA UTARA DAN KAMPUNG SEKITAR

Pada 27 April 2019 suatu bantahan telah dilaksanakan oleh Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara sebagai mewakili penduduk-penduduk kawasan sekitar termasuk Lembah Jaya Selatan, Kampung Muhibbah, Kampung Bukit Sungai Putih, Kampung Pinggiran dan beberapa buah kampung sekitar bagi membantah jalan pintas yang ditutup oleh Pemaju Perumahan di kawasan itu.

Jalan Alternatif yang menuju ke Kampung Tengah adalah juga merupakan jalan yang telah di gunakan sejak 40 tahun dulu lagi untuk ke Taman Kosas, Bukit Indah dan beberapa buah taman yang juga terletak 5 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Taman Kosas dan Bukit Indah.


Dengan hanya mengambil masa kurang daripada 20 minit murid-murid dari Lembah Jaya Utara dan Selatan boleh sampai ke sekolah mereka melalui jalan alternatif itu, Tetapi setelah Jalan Alternatif itu ditutup oleh Pemaju maka murid-murid sekolah dan penduduk-penduduk yang ada urusan antara kedua-dua kawasan terpaksa menggunakan jalan yang jauh, sempit, tidak rata dan merbahaya oleh kesesakan lalu lintas. Apatah lagi diwaktu kemuncak apabila orang ramai mula dihambat waktu untuk ke pejabat dan waktu ke sekolah.

Beberapa insiden yang tidak diingini pernah berlaku apabila murid-murid yang berbasikal berlanggar dengan kenderaan yang lalu di jalan Ampang yang terlalu sibuk kerana masih  dalam pembinaan itu.

Seramai hampir 200 orang telah turun dalam demontrasi aman yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah menarik perhatian media massa dan media elektronik.

Alhamdullillah semoga ianya berjaya untuk membuka mata pihak pemaju agar akan dapat membuka semula jalan alternatif itu untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai terutama yang menggunakan jalan tersebut setiap hari.

Sunday 7 April 2019

PERTEMUAN SEMULA YANG AMAT MEMBERI MAKNA

Akhi dah lama tak jumpa dengan CA (Nama singkatan). Akhi kenal dia pada tahun 2005, masa tu dia baru menjadi jutawan yang melahirkan beberapa orang jutawan dalam satu program. Baru-baru ini Akhi bertemu dengan seorang OnlineNetworker (Cik Moon namanya) yang kenal CA dan berjanji akan membawa CA ke tempat Akhi. Bila berjumpa kami berpelukan sambil bercerita tentang kisah silam 15 tahun lalu sebelum Akhi stroke. Sekarang dia menjadi mentor kepada Cik Moon. CA sudah pun menjana RM42juta dalam masa 5 tahun dan sekarang bergiat dalam sektor hartanah. Dia juga telah berjaya melahirkan 150 orang jutawan termasuk ND Lala & Khairol R gitaris Kumpulan AKAR. Sekarang CA dan Cik Moon mempelopori suatu Program e-commerce yang madus operandinya tidak ada 3-S iaitu SALES, STOK & SERVICES. Tiada langsung risiko dan mudah menjana pendapatan kalau sedia dibimbing oleh mentor dan pemimpin-pemimpin yang sudah berjaya. Bonusnya besar dan akan dibayar hari-hari jika anda aktif.

Cik Moon setelah 8 bulan menjana lebih RM100ribu dengan tiga minggu pertama menjana RM6ribu dan satu bulan setengah berikutnya beliau berjaya mengumpulkan RM21K. Yang menariknya seorang networker dibawah beliau telah berjaya mengumpulkan pendapatan sebanyak RM35ribu dalam 49 hari sahaja. Sekarang Akhi bersama mereka dan sedang giat mempromosikan program e-commerce tersebut.

Sesiapa yang berminat nak mendengar pencerahan program tersebut boleh la hubungi 
Akhi @011-10861516.

CA yang kini menjadi mentor kepada program tersebut sedang memberikan penerangan bimbingan dan latihan di kelas kami di Taman Permata Hulu Kelang pada setiap Jumaat jam 8.30 malam

Wednesday 13 March 2019

GERAKAN REFORMASI VETERAN ATM

Pada 11 Mac, telah diadakan satu perhimpunan Veteran Bangkit telah dianjurkan oleh Bekas Perajurit Tanahair kita yang menamakan diri mereka sebagai Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM). GRVATM adalah sebuah Jawatankuasa AdhoC yang ditubuhkan oleh sekumpulan Individu veteran ATM yang berhasrat membawa harapan, aspirasi, rasa hati dan rasa tidak senang warga veteran ATM terhadap beberapa isu berkaitan Veteran ATM yang sehingga kini dipandang sebelah mata oleh pihak Kerajaan Malaysia. Ketika ini, pada pandangan veteran usaha kerajaan membantu veteran adalah bersifat adhoc, berkala dan bila diperlukan sahaja. Umpama bila guruh berdentum, payung buruk berguna buat mengais hujan,

Beberapa orang anggota Otai Reformis '98 telah turut sama dalam himpunan tersebut bersama hampir 500 orang Veteran ATM yang turut sama perhimpunan tersebut.