TERIMALAH IBADAT & PENGORBAN ANWAR
Cukup tenang melihat gambar ini, Dato' Seri Anwar
bersama isteri Datin Seri Dr.
Wan Azizah sedang mengerjakan Sa’i.
Saat Sa’i inilah
kita akan menghayati pengorbanan seorang ibu yang selamanya tidak akan
terbalas. Kalau saya, saat berlari di medan ini akan mengembalikan sunnah Siti
Hajar itu ke dalam hidup saya dan ibu. Saya membayangkan Hajar yang berlari itu
adalah ibu saya untuk mendapatkan seraut air. Dan puteranya Ismail a.s. yang
menjerit kehausan di birai Kaabah itu saya ibaratkan diri saya. Tujuh kali
Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah dengan penuh kepenatan dan doa kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu perit, seksa dan penuh
kebimbangan Hajar dalam memburu seraut air untuk anaknya itu. Tatkala inilah juga ingatan saya terhimbau
ke zaman saya bersama Ibu saya,
saat menemaninya membungkus nasi lemak dan membuat
kueh mueh untuk dihantar ke kedai. Mak membungkus sebungkus demi sebungkus nasi
lemak, sebiji demi sebiji karipap atau cucur badak demi sesuap nasi. Itulah nostalgia disaat bersama Bunda Akhi.
No comments:
Post a Comment