Thursday 16 October 2014

NOSTALGIA DESA DAN KOTA KECIL KU

Kalau di beri pilihan, akhi akan memilih untuk kembali ke zaman lampau akhi, tapi apakah itu akan mungkin terjadi, sudah tentunya mustahil kecuali dengan kehendak Allah SWT.

Hari ini akhi mengambil keputusan untuk mengutip kembali nostalgia dizaman remaja akhi ditempat kelahiran dan tempat akhi menghirup udara segar desa akhi yang terletak dipinggir kota kecilku Bandar Diraja Kuala Kangsar. Namanya Kampung Sayong Lembah kampung yang terletak di Mukim Sayong, kampung ini dapat dilihat dari bandar Kuala Kangsar hanya dipisahkan oleh Sungai Perak yang lebarnya hanya sekitar 150 meter sahaja.


Desa akhi ini mungkin wujudnya lebih dari100 tahun dahulu, adalah sebuah kampung yang terletak di Mukim Sayong yang menggabungkan beberapa buah kampung termasuk Sayong Tengah, Sayong Hilir, Kuala Sayong, Sayong Tebing, Bukit Lada, Kepala Bendang, Bendang Kering dan beberapa buah kampung yang lain. Mukim Sayong dinamakan sempena nama Sungai Sayong oleh orang tua-tua dahulu.
Tradisinya warga Mukim Sayong boleh pergi ke Pekan Kuala Kangsar melalui sungai dengan menaiki sampan atau menaiki keenderaan melalui jalanraya yang hampir 25 kilometer atau sekitar 40 minit perjalanan melalui Jambatan Iskandar yang terletak di Jemuan/Kledang kira-kira 12 km di hulu dari kampung akhi itu. Zaman yang berubah turut mengubah cara warga Mukim Sayong hendak kepekan Kuala Kangsar, pada mulanya hanya dengan menaiki bot yang berinjin dan sekitar 15 tahun kebelakangan ini telah ada pula Jambatan Sultan Abdul Jalil. Kalau ikut jambatan dengan kenderaan akan mengambil masa kira-kira 7 minit dari kampung akhi ke bandar Kuala Kangsar. Walaupun ada jambatan tetapi bot penambang masih lagi beroperasi kerana bagi yang berjalan kaki mereka lebih selesa menaiki bot penambang dari melalui jambatan kerana jambatan jauh ke hulu  malah dari jambatan diseberang pekan Kuala Kangsar akan memakan masa untuk kepekan sedangkan melalui bot penambang pijak saja kaki diseberang sana anda sudah berada di kesibukan bandar.

Sebut sahaja sayong, anda mungkin akan teringat dan terbayang kepada Labu Sayong iaitu bekas air minuman. Kalau dulu perusahaan labu sayong ini diusahakan secara tradisional tapi kini sudah berubah mengikut peredaran zaman. Rekabentuk, saiz dan warna telah mengalami perubahan dan dipelbagaikan, begitu juga dengan penggunaannya, kalau dulu sekadar untuk bekas air minuman saja tetapi kini berubah menjadi pasu bunga, tempat bunga telur, tempat habuk rokok, tempat pen dan sebagainya. Sejajar dengan perubahan itu Produk Labu Sayong telah menjadi khazanah kraf negara. Ianya kini dikenali bukan sahaja di Malaysia malah keluar negara. Ini kerana peranan media yang sentiasa memaparkan produk-produk kraf yang dihasilkan oleh rakyat negara ini. 
Pemandangan Sekitar Pesisiran Sayong dan Pengunjungnya
Sekarang kampung akhi telah di indahkan dengan Pesisir Sayong yang lengkap dengan tempat beriadah, ada gerai-gerai, ada dewan perjumpaan dan trek untuk berjoging. Untuk kemudahan terdapat banyak tempat letak kereta dan bas disediakan.

Hujung Minggu ramailah pengunjung yang datang beriadah di Persisiran Sayong kerana dari situ, terdapat pemandangan yang sungguh indah. Kita dapat melihat Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah, Bukit Resident (Bukit Kerajaan), Sekolah Raja Perempuan Kalsum dan Resort yang terletak di seberang Bandar Kuala Kangsar.

Masjid Ubudiah dan Istana Iskandar adalah natara pemendangan yang dapau dilihat dari Persisiran Sayong







Untuk ke Album Nostalgia Desa dan Kota Kecilku di FB Akhi sila klik: 
ALBUM NOSTALGIA

No comments:

Post a Comment