Thursday 16 October 2014

PEMAKANAN, KHASIAT DAN CARA UNTUK BAYI SIHAT

Anak adalah anugerah dan amanah Allah pada setiap ibu bapa. Setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya bermula dari anak itu dalam kandungan sehinggalah dilahirkan dan dibesarkan sepenuhnya.

Apabila anak itu lahir sahaja ke dunia, pemakanan bayi pertama ialah susu ibunya sehinggalah anak itu berusia 6 bulan.

Setelah anak itu berusia 6 bulan, kita sebagai ibu bapa bolehlah memperkenalkan makanan pejal kepada anak tersebut.

Berikut adalah panduan pemakanan bayi mengikut usia:

USIA 6 BULAN
Anak mula menerima makanan pejal. Kita boleh memperkenalkan pemakanan bayi yang lembut seperti nasi bubur, puri buah dan sayuran.

Jangan terlalu banyak, mencukupi kuantiti 2 hingga 3 sudu besar makanan sahaja setiap hidangan (2 kali sehari) disusuli penyusuan ibu yang kerap.

Untuk anak-anak saya, saya perkenalkan nasi bubur beras perang dengan buah kurma ajwa sahaja yang telah dibuang kulit dan dikisar halus.


USIA 7 - 8 BULAN
Anak sudah mula belajar menguyah. Kita boleh memperkenalkan pemakanan bayi yang lebih pejal sedikit (tetapi masih tetap lembut) seperti nasi, buah, sayuran yang dilecek, produk tenusu seperti keju dan telur (kuning telur sahaja dalam kuantiti yang sedikit).

JANGAN berikan putih telur hingga usia bayi mencecah 12 bulan, dibimbangi keluarga mempunyai alahan dan reaksi kulit.

Dalam usia ini kuantiti bagi pemakanan bayi sudah boleh dipertingkatkan. Berikan dua pertiga (2/3) cawan 250ml, perlahan-lahan ditingkatkan ke tiga suku (3/4) cawan setiap hidangan (3 kali sehari) disusuli dengan penyusuan ibu yang kerap.

Untuk anak-anak saya, saya perkenalkan nasi bubur beras perang dengan buah kurma ajwa sahaja yang telah dibuang kulitnya dan dikisar agak kasar.

USIA 8 - 9 BULAN
Anak sudah mula makan sendiri. Selain nasi, kita boleh memperkenalkan jejari - iaitu yang boleh dipegang oleh bayi.

Selain itu sediakan juga makanan yang boleh dicincang seperti sayur, buah-buahan, ayam, ikan, telur (kecuali alahan), produk tenusu, kekacang (tofu dan kacang panggang) dan sebagainya.

Mulakan kuantiti dari tiga suku (3/4) cawan kepada 1 cawan setipa hidangan, 3 kali waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.


Selangi satu sessi snek antara waktu makan utam seperti buah-buahan, bijirin dan yogurt. Diselangi juga penyusuan ibu sekerap mungkin.

Untuk anak-anak saya, saya hidangkan menu ikan seperti ikan tenggiri, ikan merah atau ikan salmon, bersama sayur brokoli. bayam putih, baya merah atau lobak merah.

Tidak perlu campur terlalu banyak sayur dalam pemakanan bayi, sebab ia boleh mengganggu dan merosakkan rasa.


USIA 1 -2 TAHUN
Anak sudah makan sendiri. Anak dah boleh makan makanan keluarga yang boleh diubahsuai sedikit.
Pelbagai jenis masakan keluarga yang menyihatkan seperti campuran nasi dengan sayuran, ikan, daging dan ayam cincang.

Masakan hendaklah dimasak tidak pedan, kurang rempah, kurang garam dan juga elakkan perisa tambahan. Elakkan juga makanan segera kerana ia banyak bahan pengawetnya.

Mesti diingat, penyusuan ibu wajib diteruskan. Masa peringkat usia ini adalah paling sesuai diperkenalkan garam pada anak-anak kita. Makanan bergoreng pun sudah boleh mula diberikan pada usia ini. Anak-anak saya suka makan ayam goreng! :)

PERINGATAN:
1. JANGAN berikan lobak merah dan bayam seawal usia 4 bulan kerana ia mengandungi nitrat yang boleh merosakkan kemampuan sel darah merah membekalkan oksigen.
2. JANGAN gunakan periuk tembaga dan aluminium untuk memasak.
3. Pastikan sukatan yang betul.

No comments:

Post a Comment