Saturday 18 October 2014

SI CILIK PENGAMIN JALANAN LULUS UJIBAKAT INDONESIAN IDOL JUNIOR

Ternyata Episod sedih yang terjadi dalam hidup seseorang boleh menjadi inspirasi untuk muncul dalam sesuatu kejuaraan. Si Cilik ini seorang pengamin jalanan yang menyertai Indonesian Idol Junior telah dapat mempengaruhi Juri-Juri bukan sekadar memberikan kepadanya laluan untuk ke peringkat seterusnya dalam pertandingan itu malah turut sama mengalirkan airmata.

Kedua-dua Juri Wanitanya telah turun ke pentas dan menyapu airmata Si Cilik itu, dan menangis apabila Ketua Juri meminta Si Cilik menyanyikan sebuah lagi lagu.Dan ternyata episod sedih itu akan dikongsi bersama dengan para pembaca blog akhi ini. Percayalah...

Dalam wawancara Si Cilik menyatakan Ibunya telah meninggal pada bulan Ogos baru-baru ini sementara ayahnya telah meninggal sekitar 4 tahun lalu. Dia menyanyi dan menyertai pertandingan Junior Indonesia Idol itu dengan harapan kalau menang dia akan dapat memenuhi harapan ibunya yang pernah berpesan untuk dia menjaga adik-adiknya serta menyekolahkan mereka.

Menurutnya lagi dia dan adik-adiknya, tinggal di sebuah penempatan anak-anak pengamin jalanan di Jakarta.


Akhi juga turut menitiskan airmata kesedihan bila menonton video yang memaparkan episod Indonesia IdolJunior  itu. Walaupun suaranya masih belum boleh di ketengahkan atau menjadi Juara program realiti TV itu tetapi dengan pendedahan darinya, Akhi yakin Si Cilik ini akan mendapat tempat dihati masyarakat Indonesia khususnya dan masyarakat serantau amnya. Dan dengan cara itu dia akan mendapat perhatian dan sumbangan dari pihak yang simpati dan akhirnya akhi yakin nasib mereka adik beradik akan terbela jua akhirnya.

Begitulah cara Allah SWT membantu hamba-hambanya yang kurang bernasib baik maka ingatlah walaupun susah Allah SWT pasti membantu dengan berbagai cara untuk mengatasi kesusahan hamba-hambanya dan untuk itu jom kita menjadi insan yang beriman dan bertaqwa.


Melihat kepada peserta-peserta lain yang jumlah ratusan ribu orang di seluruh Indonesia, Si Cilik Pengamin sudah pasti akan tersingkir kalau bakat dan kemampuan mau dijadikan ukuran dan pastinya dengan cara memberikan sedikit publisiti seperti yang berlaku semasa dia menjalani ujibakat diatas maka dirinya akan dapat dikenali oleh masyarakat yang simpati. Mudah-mudahan dengan cara itu akan membuka jalan kepadanya untuk membela nasib adik-adknya dan dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment