Baitul Maqdis |
Dimaksudkan dengan Israk ialah perjalanan yang mulia dan
bersejarah dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa di Ouds di Palastine.
Manakala mi’raj pula adalah peristiwa naik ke lapisan langit yang tertinggi
dimana Nabi Muhammad SAW telah bertemu Allah SWT. Kesmua itu berlaku hanya
semalaman sahaja.
Ahli sejarah Islam berselisih berpendapat mengenai tarikh
yang tepat terjadinya Israk dan Mi’raj itu. Ada yang mengatakan ianya berlaku
pada bulan kesepuloh selepas perlantikan baginda sebagai rasul. Manakala Ibnu
Sa’ad di dalam kitabnya Al-Tabayat Al-Kubra menyatakan mujizat tersebut berlaku
lapan belas bulan sebelum baginda berhijrah ke Madinah.
Terdapat persoalan lain yang ditimbulkan iaitu adakah
perjalanan Rasullullah SAW itu dengan rohnya sahaj atau roh dan jasadnya
sekali?. Pendapat jumhur muslimin ialah roh beserta jasadnya sekali dengan
itulah dikatakan mukjizat yang telah dikurniakan kepada Rasullullah SAW.
Mengenai kisah Israk dan Mi’raj Rasullullah SAW ini, ia
dibentangkan oleh Al-Bukhari dan Muslim secara lengkap. Di malam bersejarah
itu, Rasullullah SAW telah menunggang “Buraq” yang berwarna putih iaitu sejenis
binatang yang besar sedikit daripada keldai dan kecil sedikit dari bangal.
Binatang ini melangkah sejauh mata memandang. Setelah baginda sampai dan masuk
ke dalam Masjid Al-Agsa serta menunaikan solat dua raka’at, Jibril membawa
kepada baginda dia biji gelas satu berisi arak dan satu lagi berisi susu.
Rasullullah SAW memilih susu, lalu Jibril pun berkata, “Engkau telah memilih
yang fitrah”. Setelah itu barulah Rasullullah SAW naik ke langit ke langot
pertama, kedua dan ketiga dan seterusnya dibawa ke “Sidratul Muntaha” dan disitulah Allah SWT menyampaikan kepada
baginda kewajipan solat lima waktu sehari semalam ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan
yang mana pada mulanya diwajibkan lima puloh rakaat sehari semalam.
Pada keesokan paginya, baginda menceritakan segala-galanya
dan apa yang ternampak oleh mata kepalanya kepada umum. Cerita daripada
Rasullullah SAW menyebabkan semua orang Mushrikin tegelak ketawa dan membawa
berita yang pelik serta melucukan itu pada mereka itu kepada yang lain pula
untuk diketawakan. Di samping itu terdapat diantara mereka mencabar Rasullullah
SAW dengan meminta Rasullullah menceritakan gambaran tentang Baitul Maqdis yang
telah dilihat oleh Rasullullah SAW, kalaulah betul baginda telah pergi dan
bersolat didalamnya.Sebenarnya untuk menceritakan dan membuat gambaran itu
amatlah sukar kerana pada masa itu tidak terlintas di ruang kepala dan ingatan baginda
SAW untuk meneliti sehalusnya berapa tiang, berapa pintu dan sebagainya.
Walaupun begitu Allah SWT telah menampakkan di mata kasar Rasullullah SAW
gambar dan pemandangan Baitul Maqdis secara terperinci dengan tiga sudutnya.
Ini meyebabkan Rasullullah SAW dapat menjawab pertanyaan yang di kemukakan
kepada baginda dan dengan itu juga baginda dapat menyahut cabaran mereka itu tadi
dengan jawapan yang lengkap bagi
menjawab pertanyaan mereka. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam satu
hadith Rasullullah SAW, sabdanya: “Puak Quraisy telah mendustakan segala
percakapanku, kemudian aku pun bangun ke Hijir. Selepas itu Allah SWT menampakkan
kepada ku Baitul Maqdis, ini membolehkan aku menceritakan segala-galanya
tentang tempat dan tanda-tanda keistimewaan pemandangan Baitul Maqdis yang dipaparkan
oleh Allah SWT.
Buku-buku mengenai Israk dan Mi'raj |
Pada subuh pagi hari Israk itu, Jibril telah datang dan mengajar Nabi Muhammad SAW cara-cara, rukun-rukun dan segala sesuatu mengenai fardhu solat dan waktu-waktunya. Sedangkan Rasullullah SAW sebelum di turunkan perintah solat itu kepadanya, baginda telah melakukan solat dua raka’at pagi dan dua rakaat pada waktu petang se
No comments:
Post a Comment