Monday 4 February 2019

DAPATKAH REFORMIS DISATUKAN?

Sudah lama Akhi tidak ikut menyegarkan blog ini dengan isu-isu baru. Gerakan Reformasi sudah tidak serancak dulu. Sejak Pakatan Harapan menguasai Putrajaya semakin kurang isu-isu berbangkit yang menjadi topik perbualan di kalangan para reformis. Cuma isu penubuhan ARM atau Angkatan Reformis Malaysia yang tak jadi di tubuhkan itu yang menjadi tandatanya sesetengah pihak. Akhi sengaja tidak mau masaalah ARM itu menjadi topik perbincangan kerana sejak penubuhan Jawatankuasa ARM pada 14 Ogos 2018, kononnya diatas kehendak Bapa Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tidak pernah pun tercetus dari mulut Datuk Seri sendiri bahawa itu adalah asal dari saranannya. Jadi, Akhirnya dalam pertemuan penggiat Otai Reformis '98 pada 30 Disember 2018 dengan Datuk Seri sendiri saranan itu tidak pun disentuh malah Datuk Seri berharap agar Otai Reformis'98 dapat digerak-cergaskan semula. Walaupun tandatanya bahawa beliau mahukan agar semua reformis disatukan dibawah satu bumbung tidak dijawab secara khusus tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah kehendak sesetengah pihak yang kita sendiri kurang jelas apa tujuannya. Sejak 14 Ogos 2018 ketika itu seramai hampir 100 orang aktivis Gerakan Reformis dihimpunkan di Restoran Amjal, Pantai Baru bagi mengambil keputusan agar ARM ditubuhkan, kemudian sebagai Setiausaha Akhi telah mempersiapkan semua dokumentasi untuk pendaftaran tetapi ianya gagal didaftarkan walaupun pernah Akhi bersuara bahawa semua dokumen dah disiapkan dan berharap agar kalau ada yang mahu mendaftarkannya, datanglah menemui Akhi dan akhi akan serahkan dokumen yang telah siap untuk diserahkan kepada pihak Pendaftar Pertubuhan tetapi ternyata tidak ada sesiapa yang menghubungi Akhi untuk meneruskan usaha itu. Kalau adapun hanya Saudara Mustapa Mansur Naib Presiden Penaja sahaja yang sering bertanya apa jadi dengan usaha penubuhan ARM yang kian senyap itu. Itupun nampaknya tidak nampak sebarang tindakan dari Presiden Penaja atau mana-mana pihak malah Saudara Jamil Kucing yang serius pada peringkat awal dulu, telah beralih memperku-kuhkan Otai Reformis '98 pula. Jadi hingga kini perkara itu kian lenyap dari radar isu semasa.

Yang banyak ditimbulkan adalah soal ketidakpuashati terhadapat kerajaan pimpinan Pakatan Harapan yang lemah disana-sini dalam melaksanakan pemerintahan serta pertelingkahan yang berlarutan antara dua kem dalam PKR.

Sehinggalah pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Diesmber 2018 dapat diadakan namun persoalan menyatukan reformis dibawah satu bumbung tidak kedengaran malah DSAI menyarankan agar Otai Reformis di gerak-aktifkan.


Kunjung hurmat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan pada 30 Disember 2018


Sehari selepas kunjung hormat keatas Datuk Seri Anwar itu, pada 1 Januari telah diadakan pertemuan bagi menubuhkan Jawatankuasa Penaja Otai Reformis '98 di kediaman Dr. Idris Ahamd, agar gerakan itu didaftarkan bagi membolehkan ianya di gerak-aktifkan. Semasa pertemuan itu juga suatu keputusan diambil untuk mengadakan suatu Sidang Akhbar bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar di nobatkan sebagai Perdana Menteri Ke 8 bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Muhamad. Dalam pertemuan itu sebuah Jawatankuasa Penaja telah ditubuhkan terdiri daripada YB. Dr. Idris Ahmad (Pengerusi), Abdul Razak Ismail (Setiausaha) YB. Ronnie Liu (Bendahari) dan Jawatankuasanya terdiri dari Hassan Tahir, G. Ganeson dan Jamil Kucing.

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja pada 1 Januari 2019 di kediaman Dr. Idris Ahmad




Sidang Akhbar itu diadakan di Restoran Amjal Pantai Baru pada 3 Januari 2019, dengan mengangkat isu memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8 serta mempertikaikan suara-suara yang membantah perlantikan Saudara Rafizi sebagai Naib Presiden dan Dato' Saifuddin Nasution sebagai Setiausaha oleh DSAI selaku Presiden PKR.

Sidang Akhbar pada 3 Januari 2019 di Restoren Amjal Pantai Baru

Reformis kian meriah dengan adanya satu lagi kumpulan Reformis yang ditubuhkan atas nama Kelab Penyokong-Penyokong Rafizi Ramli atau PERFORM (Persatuan Penyokong Reformasi) di asas dan dicetuskan oleh Saudara Johnny Ghee. 


Dari perkembangan diatas maka sukar nampaknya untuk Reformis disatukan kerana Pro98 Reformis Malaysia juga telah memulakan jelajahnya ke seluruh Malaysia bagi memperkukuhkan gerakan itu. Pro98 Reformis Malaysia di pengerusikan oleh Ustaz Dr. Badrulamin Baharom serta Penasihatnya Saudara Rusli Ibrahim.

Jadi, untuk menyatukan Reformis sudah hampir mustahil nampaknya. Kalau benar-benar maukan reformis bersatu dibawah satu bumbung ianya harus datang dari DSAI sendiri tetapi dalam keadaan sekarang kemungkinan itu rasa-rasanya tidak mungkin menjadi kenyataan.