Thursday 13 November 2014

BUKAN TAKSUB TETAPI HAKIKAT SEBENAR

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan keluar dari Hospital di Munich Germany terus Raja Saudi membawa Anwar ke Istanaya dgn pesawat diraja Saudi. Raja Saudi bertanya kepada Anwar semasa di dalam tahanan dan dipenjarakan apakah segala gaji, elaun dan imbuhan sebagai TPM dan menteri kewangannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia? Anwar menjawab tidak dibayar satu sen pun. Lalu Raja Saudi membayar segala Gaji, Elaun dan Imbuhan yg sepatutnya Anwar terima dari Kerajaan Malaysia.

Sebagai Pensyarah Jemputan di Oxford University, Harvad University dan Cambrige University Anwar dibayar gaji secara bulanan oleh pihak University berkenaan. Dan jika Anwar dijemput utk memberikan syarahannya di unversiti-universiti tersebut maka Anwar akan diberi Bonus dan Elaun.

Kereta Audi yang digunakan oleh Anwar adalah sumbangan Kerajaan Kuwait kepadanya. Anwar juga dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bagi negara-negara Liga Arab yang super mega kaya raya.. Apakah khidmat Anwar itu hanya dibayar dengan air liur sahaja?

Lain kali GUNA OTAK kalau nak berhujah dan menghina orang lain.. ALLAH beri akal utk berfikir jangan letakkan akal kalian setaraf khaldai. Cuma di Malaysia saja yang Anwar dihina dan difitnah dengan begitu dahsyat sekali sedangkan di peringkat antarabangsa Anwar di sanjung dan dihargai. Kalau Anwar memilih untuk bersenang lenang dia boleh saja terus berada di mana-mana negara di dunia yang pasti menerima khidmatnya yang sangat diperlukan itu. Tetapi dia tetap istiqamah dalam menjaga prinsip dan maruahnya serta membela rakyat dan negaranya Malaysia dari terus dicabul dan dirakusi oleh pemimpin yang tak bertanggungjawab malah sanggup dipenjara kerana rakyat dan negara. 

Di rantau Asean ini ada 3 orang manusia yg diiktiraf oleh para cendikiawan dan universiti ternama di dunia serta sering menjadi pensyarah dan pemidato dengan elaun dan ganjaran yang cukup besar.

1. Lee Kwan Yew - kerana kehebatannya menjadikan pulau sekecil Singapura sebagai pulau yang maju dan bertaraf antara bangsa. Lee Kwan Yew juga kerap menulis journal-journal ilmiah untuk universiti ternama dunia.

2. Bekas Presiden Indonesia Bapak BJ Habibie - kepakaran dalam kajisawat terbang. BJ Habiebie masih lagi berkhidmat di Germany kerana kepakaran luar biasa beliau dalam bidang Kajisawat Terbang..

3. Anwar Ibrahim - Ekonomi dan Islah..
Anwar dilantik oleh Dunia Islam sebagai Presiden untuk menerajui satu unit Task Force bagi meningkat serta memartabatkan Universiti Islam di seluruh dunia..

YANG PASTI NAMA ANWAR IBRAHIM TIDAK PERNAH AKAN LEKANG DARI PERKEMBANGAN DUNIA ISLAM..

Sebagai manusia yang bertamadun, kepada seluruh rakyat Malaysia belajarlah untuk menerima hakikat yang sebenarnya..

Usah terpengaruh dengan fitnah dan yang dilontar kepada Anwar Ibrahim, bersekongkol tanpa melihat kesahihan bukti itu mengundang dosa yang sangat besar. Kalau benarlah DSAI bersalah itu antara dia dengan Allah.

sumber: Admin Grup Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO



No comments:

Post a Comment