Saturday 7 September 2019

MINGGU KEJUTAN

Minggu ini adalah merupakan minggu kejutan bagi Akhi. Pertamanya berjumpa seseorang yang sangat Akhi rindu kerana telah terpisah sejak 21 tahun lalu. Ianya merupakan seorang anak yang Akhi pelihara sejak lahir tetapi terpisah kerana diambil kembali oleh ibu dan ayah kandungnya. Kata mereka, mereka tinggal di Pagoh, Johor. Tetapi tidak pula dinyatakan kampung yang tepat dimana mereka tinggal. Lihat SINI
Bersama Areni Sahari yang terpisah
sejak 20 tahun lalu
Satu lagi kejutan minggu ini adalah terjumpa semula seorang sahabat lama yang terpisah lebih 20 tahun iatu Saudara Areni Sahari yang berasal dari Serawak. Kami pernah kerja bersama dalam sebuah syarikat di Taman Permata lebih 20 tahun dulu. Pernah juga merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat MLM tetapi tidak berjaya disebabkan oleh orang ketiga yang tiba-tiba datang masuk campur menyebabkan kami terpisah.

Akhirna tanpa diduga kami terjumpa semula di di hadapan Maybank Ampang Point pada 3 September 2019 lalu. dia masih bekerja di sebuah Cafe di Shah Alam dan sudahpun beristeri.

Areni seorang yang berpengetahuan tentang selok belok perniagaan MLM dan kami pernah bekerja dalam sebuah syarikat yang mengedarkan produk Aloe Vera.

Pada ketika kerja bersama itu, dia adalah seorang yang sangat baik, ramah dan tinggi budi pekertinya. Setelah berpisah pernah berjumpa sekali semasa beliau bekerja di sebuah syarikat di kawasan Hulu Kelang kalau tak silap Akhi. Rupa-rupanya walau terpisah begitu lama tetapi dia masih kenal Akhi yang kini sudah bertongkat.

Akhi panjatkan kesyukuran kerana minggu ini pelbagai rahmat telah dilimpahi dalam hidup Akhi. Alhamdullillah.SINI

No comments:

Post a Comment