Thursday 30 October 2014

KENALI DR. AZIZAN OSMAN: MENTOR YANG BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI USAHAWAN

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd. Ianya merupakan satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan program dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi. Sehingga hari ini, Dr Azizan telah melatih lebih daripada 500,000 peserta dan setiap seminar Dr Azizan, pasti dibanjiri oleh beribu-ribu peserta sehingga melimpah ke luar dewan.
Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku-buku pemasaran dan kejayaan yang terlaris di pasaran “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan, Dr Azizan merupakan seorang usahawan melayu yang telah mengasaskan 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri. Antaranya ialah agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan, pencetakan, rekacipta, jenama dan produk, pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat.

Dr Azizan merupakan antara pemegang saham terbesar di sebuah syarikat bioteknologi di Bursa Malaysia dan pengasas kepada Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu sekelompok usahawan untuk memperluaskan portfolio mereka.
Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, bahkan juga sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan. Melalui “Sentuhan Emas” beliau, Dr Azizan telah membuktikan kejayaan di dalam melahirkan ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga mencapai tahap jutawan melalui formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Dr Azizan yang mempunyai pengalaman luas, terlibat di dalam pengurusan portfolio pengiklanan dan pemasaran sejak tahun 2001 untuk beribu buah syarikat kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, DIGI, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Dr Azizan pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia yang mana ianya merupakan inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu, Dr Azizan juga turut diundang untuk bercakap kepada usahawan dan bakal usahawan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan juga di Expo Usahawan di London, United Kingdom serta Chicago, United States of America untuk berkongsi pengetahuan mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran.

Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau kini telah diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia. Beliau kini juga sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.

AKHI dan Ieteri ketika mengikuti seminar Dr Azizan Osman




TADIKA DEWAN : KENANGAN TERINDAH BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNGKU

Ramai yang tahu dan dengar tentang Tadika Kemas atau Tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) tetapi nama Tadika Dewan mungkin agak asing dari pengetahuan para pembaca.

Tadika Dewan seperti juga tadika yang lain, menempat dan memberi didikan pada anak-anak dibawah umur 6 tahun cuma Tadika Dewan ini adalah kerana ianya di buka di Dewan Orang Ramai kampung kami, yang dinamakan Kampung Sayong Lembah di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Tadika ini diwujudkan semasa akhi memimpin Gerakan Belia 4B Cawangan kampung kami.

Inilah foto yang menjadi sejarah dan kenangan manis Tadika Dewan

Pergerakan Belia sebenarnya sudah lama wujud di kampung akhi itu tetapi bukan Belia 4B tetapi Angkatan Pemuda Pengkalan Tambang khusus untuk Pemuda yang dipimpin oleh Allahyarham Hamdan dan Angkatan Pemudi Pengkalan Tambang yang dipimpin oleh Cikgu Norizan Abdul Rahman, pemuda dan pemudi mempunyai badan atau persatuan belia berasingan. Bila akhi terlibat kedua-dua badan ini telah bersetuju untuk digabungkan. Inisiatif ini diambil bersama dengan kerjasama Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan Daerah masa itu, Encik Abdul Rahman Ahmad (sekarang Datuk). Dengan inisiatif beliau juga kemudiannya persatuan kami bergabung dengan Gerakan Belia 4B Malaysia.

Masa itu seluruh warga kampung bersatu bila melibatkan program kemasyarakatan walaupun dari segi ideologi politik kampung akhi meriah dengan kepelbagaian ideologi politik. Kalau sekarang ada UMNO, tPKR, PAS dan DAP tetapi dulu meriah dengan adanya UMNO, PAS, DAP dan Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM).

Murid Tadika Dewan: Badrol Hisham, Hassan Yus, Nasir Jepun & Lelawati







Tradisinya, rata-rata di kampung-kampung melayu pada ketika itu akan ada dua parti saja yang bersaing mencari pengaruh iaitu UMNO dan PAS tetapi di kampung akhi agak lain keadaannya kerana Parti Sosialist Rakyat Malaya (PSRM) bertapak kukuh malah beberapa orang kuatnya ada dikampung kami malah Setiausaha Negeri Perak pun ada dikampung akhi itu. Namun demikian bila tibanya penganjuran program kemasyarakatan kesemua pemimpin-pemimpin sama ada UMNO, PAS atau PSRM akan utuh bersatu menjayakan program kemasyarakatan yang dianjurkan itu. Dan dalam keadaan sedemikian pergerakan belia menjadi tunjang yang amat penting dalam menyatukan semua mereka itu. Dan realitinya akhi dan Jawatankuasa pergerakan belia memilih pemimpin dari ketiga-tiga badan-badan politik itu untuk menjadi anggota Lembaga Penasihat pergerakan belia kami.


Bersama Kamal Ariffin (Kiri) dan Hisham Albakri (Kanan)











Kembali kepada Tadika Dewan yang menjadi topik perbincangan kita kali ini, ianya mempunyai seramai lebih kurang 25 orang murid, kebanyakan murid tadika itu kini sudah berusia lebih 40 tahun.

Sekarang, setelah lebih 40 tahun, akhi dapat berjumpa semula dengan mereka yang pernah menjadi murid-murid Tadika Dewan itu malah ada diantara mereka yang bergiat bersama akhi dalam Persatuan Anak-Anak Rantau Sayong Lembah atau dikenali sebagai Perantau Sayong Lembah di Facebook. Perantau Sayong Lembah ini yang akhi dan beberapa orang anak-anak rantau menjadi pengasasnya menjalankan kegiatan kebajikan sesama sendiri dan juga untuk membantu kampung dalam beberapa aspek. Program yang pernah dianjurkan ialah Perjumpaan Hariraya, Pungutan derma untuk menggantikan karpet masjid, penganjuran program motivasi untuk anak-anak kampung yang masih bersekolah, menjayakan kurban sempena hariraya kurban, mencari anak-anak hilang dan berbagai lagi.


Rakan Sekampung: dari kiri Alkhushairi,
Zainuddin Yatim & Tajuddin Rahman
Beberapa orang murid yang pernah akhi jumpa semula dan telahpun berkerjaya adalah Nasirudin Din (Nasir Jepun), Kamal Ariffin Kamaruzaman, Lela Wati Zahari. Badrol Hisham. Hisham Albakri dan beberapa orang lagi. Alhamdullillah mereka masih lagi menghargai dan memanggil akhi sebagai Cikgu, dan ada juga yang menggelar akhi sebagai Cikgu Beso (Besar) Tadika Dewan.

Dan akhi sama sekali tidak pernah lupa zaman belia yang dipenuhi dengan warna warni, termasuk juga rakan-rakan seperjuangan seperti Hajar Rashdi, Zakiah dan Zainal Amri Jahidin (Cikgu Jidin), Hasnah Dawam, Khadijah Osman Puteh, Azean Khusairi dan Asma Zainab Omar Baki (kedua-duanya menjadi guru Tadika), Cikgu Jan (Norizan Abdul Rahman), Zainuddin Mohd Yatim, Burhanudin Ali,Yusop Rahman, Roslan Rashdi. Isa Ahmad (sekarang Haji) dan adiknya Ramli Ahmad, Rosli Abdulah, (Yang Dollah), Ami Meor Kasah, Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa orang lagi yang akhi hanya ingat wajah tetapi dah lupa nama.

Yang masih menetap di kampung adalah Mat Salaam (sekarang Imam) dan Isterinya Badariah Meor Kasah, Hishamudin Mohd Ali, Mazlan Pakngah Ni sementara Alkhushairi Mohd Nor sekarang menetap di Tambunan dan sering berulang alik dari Sabah ke Semenanjung kerana anak-anaknya dan bekerja dan menetap di semenanjong belaka.

Setahu akhi yang telah kembali ke rahmatullah ialah Omar Mydin, Omar Razak, Fauzi Rashdi dan Ahmad Jamili Ramli. Omar Razak terlibat dalam trajedi sampan karam menjelang hariraya bersama anak-anaknya sejumlah 8 orang kesemuanya dan Ahmad Jamili Ramli meninggal dalam satu kemalangan jalanraya di Rawang ketika masih berusia remaja.


Wednesday 29 October 2014

HAJARULASWAD BATU DARI SYURGA


Salah satu yang menjadi buruan jutaan jemaah haji atau mereka yang mengerjakan umrah di Mekah adalah mengucup batu Hajarulaswad. Namun bagi masyarakat bukan Islam di Barat melihat ia sebagai satu ritual walhal sebenarnya mengucup Hajarulaswad bukanlah ritual dan ia tidak ada kena mengena dengan syarat-syarat ibadah haji dan umrah.
Pertanyaan sebegini pernah di cetuskan oleh Saiyadina Umar al-Khatab. “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan manfaat. Jika aku tidak melihat Rasullullah mengucupmu nescaya aku tidak akan mencium”. (hadis No. 228 Kitab Sahih Muslim).

Adalah satu perbuatan tidak masuk akal jika mereka mengangungkannya kerana ia hanyalah sebuah batu. Namun perlu difahami, umat Islam bertindak mencium dan mengusap batu itu bukanlah bertujuan menyembahkannya. Semua itu adalah saksi ketaatan dan rasa tunduk umat manusia terhadap perintah Allah SWT menerusi ajaran dan sunnah yang dibawa oleh Rasullullah SAW.
Rasullullah SAW juga pernah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bathaqie dan Abbas ra bahawa “Allah SWT membangkitkan Hajarulaswad pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan berkata-kata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Sarah awal mendedahkan secara kasar, batu itu pernah pecah pada zaman Pertengahan menjadi lpan kepingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut Perak berukuran 25 sentimeter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Orang petama yang memasang lingkaran pita perak itu adalah seorang ahli sejarah dari Mekah. Abdullah Zubair, selepas berlaku kebakaran pada kaabah. Pemasangan itu dilakukan agar Hajarulaswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pada tahun 189 Hijrah, Khalifah Uthmaniah, Sultan Harun al-Rasyid telah melakukan umrah di Mekah. Baginda memerintahkan seorang pengukir perak terkenal ketika itu, Ibnu at-Tahnan, untuk menyempurnakan lingkaran perak disekeliling Hajarulaswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Kenapa batu itu terlalu istimewa dikalangan umat Islam?, tidak lain kerana batu Hajarulaswad diriwayatkan sebagai permata dari syurga dan dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. Ia kemudian diberikan kepada Nabi Ibrahim as untuk di letakkan disalah satu sudut Kaabah.  Lokasinya kini terletak di sudut timur kaabah dengan ketinggian 1.5 dari lantai Masjidil haram. Hajarulaswad menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf di Kaabah.
Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar
Mengkagumkan, warna asalnya dikatakan lebih putih dari putihnya susu. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah, dulu batu itu bukan sahaja berwarna putih tetapi juga memancarkan cahaya berkilau yang menyinar dari timur ke barat. Sekiranya Allah tidak memadamkan kilauan itu, tidak ada manusia yang sanggup memandangnya.

Soalnya, mengapa batu itu berubah menjadi hitam? Rasullullah SAW bersabda, “Dosa-dosa anak cucu Nabi Adamlah menjadikannya sebegitu rupa”.  Sejak itu batu itu dinamakan Hajarulaswad yang membawa maksud bati hitam.
Bagaimanapun, saintis Barat sukar mempercayai hal ini, malah terus mempertikaikan asal usul batu itu. Lalu Ilmuan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajarulaswad dari syurga semamangnya benar.
An-Najjar meyakinkan dunia Islam bahawa kajian itu tidak akan merosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah. Tiba disana penyelidik itu mengambil dua sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro. Sampel itu kemudiannya dihantar ke makmal untuk diuji kaji.

Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua didunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batu-batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu Hajarulaswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekaligus meletakkan kebenaran dalam ajaran Islam.
Sesungguhnya, mengucup dan mengusap Hajarulaswad bukanlah satu perbuatan dogmatik semata-mata, tetapi ia adalah perlakuan logis yang tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi. Justeru, kalau ada peluang, kucuplah kerana Siti Aisyah ra meriwayatkan. Rasullullah SAW bersabda, “Nikmatilah (peganglah) Hajarulaswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Sumber: Majallah Infiniti.

Sunday 26 October 2014

Kisah Benar Pelajar UIA Mimpi Berjumpa Dengan Rasullullah S.A.W.

sekadar gambar hiasan

Hayatilah suatu kisah yang amat berharga ini.. semoga ia mampu memberi pedoman & pengajaran buat kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dengan ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapatberdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Ganbar Hiasan - Quran sentiasa dihati
Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang terus-terusan menyakiti diri. Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor-doktor pakar, malah ulama' yang faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat-sahabatnya telah pun 'forward message' pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yg enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga Sahabat yang mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina 'Ali yang agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti.." Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamdulillah.. dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sebagai ummat nabi Muhammad S.A.W...banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “. { { Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8688 , Musnad Imam Ahmad : 3 / 269 , Sahih Al-Bukhari : 12 / 6994 , Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276 ) –HADIS HASSAN SAHIH.

Wallahu A’alam Bissowab

Sumber Asal: http://bit.ly/1ruAD3I

Friday 24 October 2014

ASMIRA SUHADIS nama yang disanjungi peminat penulisan

Sejak kenal mama Asmira Suhadis di Kopi Sastera sebuah grup FB, akhi mula tertarik padanya kerana kebetulan apa yang akhi minati, ada pada mama, apa yang pernah akhi lalui pernah pula di lalui oleh mama Asmira, bezanya akhi tidak segigih mama. Mama Asmira berjaya sepenuhnya tapi akhi hanya berjaya sekitar suku persen saja – kerana tidak FOKUS.

Antara bidang yang akhi minati adalah penulisan fotografi, puisi, lirik lagu, grafik dan skrip drama TV, kesemua bidang berjaya akhi terokai tetapi sekadar suka-suka atau ikut mood, bila suka akhi tulis atau buat lepas tu akhi tidak teruskan lagi, begitulah dalam semua  bidang penulisan dan bidang kreatif itu, samaada penulisan puisi, lirik maupun drama TV.

Mama pula menulis puisi, skrip drama dan juga menulis buku, Itu yang akhi taulah, selain itu akhi tak berapa tau dan ternyata mama berhasil hingga mendapat pengiktirafan oleh banyak penerbitan. Beliau banyak menerima anugerah sementara akhi belum pernah mendapat sebarang anugerah. Itu sahaja bezanya. Mama minat dan memberi tumpuan dan berjaya sementara akhi ada minat dan ada bakat tapi tidak memberi tumpuan pada bidang-bidang berkenaan, itulah perbezaan kami.

Dengan sebab itulah akhi lebih suka membuat adun grafik untuk puisi-puisi mama Asmira dan lain-lain penyajak dan penulis seperti Rahmah Saad, Zubir Osman, Shahriza Mahmud hingga akhi himpunkan dalam koleksi karya kreatif, sebuah blog yang memuatkan himpunan puisi-puisi penulis yang akhi minati. Dan akhi amat berminat untuk membukukannya satu hari nanti.

Kerana santainya, maka tulisan mama dalam Facebook sentiasa menjadi perhatian akhi. Selalunya tulisan mama, mungkin kerana kebetulan apa yang akhi suka, itu juga menjadi kesukaan mama Asmira amat menyentuh naluri khalayak pembacanya, yang rata-rata adalah peminat-peminat mama yang akhi kenali seperti Ezah Nor, Che Gayah Che Hak, Asmidar Bakar, Sabby Yusof, Teratai Abadi dana beberapa nama lagi..

Yang akhi suka, mama dalam tulisannya secara jujur mendedahkan apa saja yang dialaminya, tidak kira samaada baik atau buruk apa yang dilakukannya, sampai dalam satu statusnya mama menceritakan dia minum todi, sepanjang yang akhi ingat tidak ramai penulis yang mau menceritakan apa yang buruk pernah mereka lakukan, ternyata mama lain dari yang lain.

Akhi tak pernah pun jumpa mama, dan sejak kenal mama, baru akhi tau dia adalah isteri kepada Osman Bungsu yang pernah bersama akhi dalam menerbitkan sebuah akhbar iaitu Suara Gerakan Belia 4B Malaysia – “Belia Bergerak” satu ketika dulu. Osman Bungsu adalah orang yang mula-mula mengajar akhi secara formal tentang membuat lay-out sebuah akbar tabloid yang menggunakan typesetting, bromide (untuk gambar) dan kemudiannya dilekatkan menggunakan cow gum untuk dijadikan dummy, dummy itu kemudian akan dibuat plate untuk proses percetakan. Masa tu tidak ada lagi perisian komputer yang boleh terus membuat lay-out di komputer. 

Hari ini segalanya mudah, buat reka bentuk atau layout di komputer, cetak atau save dalam CD kemudian hantar aje pada pencetak. Lebih mudah dan menjimatkan masa, sedangkan dulu untuk buat reka bentuk pun memakan masa, kadang-kadang untuk typesetting saja bila terdapat kesalahan atau salah eja kena ulang buat. Masa tu buat pun bukan di pejabat sendiri tetapi ada syarikat yang membuat typesetting yang khusus. Bayangkanlah kalau ayat atau ejaan tak betul atau tak enak dibaca kena la pulak ulang semua proses dari awal iaitu typesetting dan buat semula lay-outnya yang semuanya dilakukan secara manual.
Sepatutnya dari dulu akhi dah kenal mama, kerana dia isteri seseorang yang pernah  menjadi rakan sepejabat akhi. Mungkin juga saya dan mama pernah bersama dalam satu majlis, wallahualam.  Takdirnya baru sekarang akhi kenal mama itu pun sekadar di Facebook saja. Dan kenal mama menjadi agak mesra pada akhi kalau dibanding dengan kenalan-kenalan yang lain.

Dan yang peliknya lama juga akhi kenal Osman Bongsu tapi tak kenal isterinya. Selain itu ramai juga kawan-kawan dan sahabat mama Asmira Suhadis akhi kenal sejak dulu seperti Roslan Madun, Zaibo dan Shahriza Mahmud tetapi kenapa akhi tidak pernah bertemu dengan mama. Itu semua adalah takdir dari Allah Yang Maha Esa. Jodoh, pertemuan semuanya ditangan tuhan.

Memang akhi berhajat sangat nak jumpa mama tetapi belum pernah ada peluang. Sebabnya akhi sekarang uzur dan tak boleh memandu, kalau tidak dah lama akhi pergi ke Hulu Langat tempat tinggal mama,  yang dulunya memang selalu akhi ke sana bertemu kawan-kawan di Nanding dan kawasan sekitarnya. Tetapi sejak kena stroke akhi tak pernah kesana lagi. Kalau ada pun hanya berbual melalui talefon dengan sahabat-sahabat akhi disana. Insya –Allah akan akhi ushakan untuk dapat bertemu mama, semoga Allah memperkenankan hasrat akhi itu.

PUISI-PUISI ASMIRA SUHADIS




Monday 20 October 2014

PEMAKANAN MENENTUKAN KESIHATAN KITA

Memang benar, kalau pemakanan kita baik, kesihatan juga akan menjadi baik Bagi akhi yang sudah terkena stroke sejak Jun 2009 pemakanan kesihatan memang sentiasa dicari. Macam-macam produk herba akhi coba, dan paling akhir pertemuan dengan seorang sahabat baru, Pak Lah namanya yang juga telah mengalamin stroke telah memberi peluang untuk akhi mencoba produk terbaru "Panax Gold" yang diedar oleh Neu Herba. Kesannya memang superb. Ianya seakan Pati Ayam Brand, botolnya juga hampir sama.

Selepas mencuba (yang diberi percuma) oleh Pak Lah akhi sudah terasa agak lain, menaiki tangga ke tingkat 3 sebuah bangunan kedai tidak seperti biasa, kalau dulu akhi terpaksa rehat di setiap tingkat tapi kali ini agak mudah untuk sampai ke tingkat 3, tak penat macam biasa. Itu hari kedua akhi. Tapi hari ketiga kaki akhi bengkak luar biasa, oleh kerana sudah biasa minum atau makan herba akhi anggap itu sebagai tindak balas atau healing crisis. Maka akhi terus meminta Ustaz Nordin yang memperkenal Pak Lah kepada akhi mendapatkan lagi Panax Gold itu dan pada sebelah malam Ustaz Nordin hantar produk Panax Gold itu kerumah. Akhi minum pada sebelah malamnya. Memang tindak balasnya berterusan, denyut sakitnya mula terasa.

Tidur malamnya, terasa lena  sangat. Dan pada pagi keesokkan harinya bengkak kaki akhi dah berkurangan. Pada sebelah petangnya, akhi terasa nak makan roti canai, jadi akhi pun bercadang untuk naik bas ke Greenwood tetapi bila sampai diperhentian bas, akhi ubah fikiran terasa nak jalan kaki ke Greenwood sekitar 2 kilometer dari perhentian bas itu.

Perjalanan ke Greenwood itu terasa lancar dan tak rasa penat pun.... dan akhirnya walaupun berhenti dalam dua tiga kali sampai juga akhi ke warung yang selalu akhi lepak dan minum itu, minum disitu dan lebih kurang sejam kemudian akhi pun mula berjalan balik, seperti juga perjalanan pergi tadi tak penat dan lancar aje walaupun terpaksa berhenti juga dua tiga kali, akhirnya sampai juga ke rumah.

Berbalik kisah Pak Lah, dari ceritanya Pak Lah memang sangat teliti dan memilih pemakanan, semuanya aspek dia ambik kira, bila berjumpa dengan Panax Gold Pak terus mengamalkannya dan baru 8 botol dalam sebulan setengah Pak Lah sudah pulih 85 persen. Dan Pak Lah begitu yakin dengan produk ini malah dia dah mula meninggalkan ubat hospitalnya. Doktor sendiri menurut Pak Lah amat teruja melihat perkembangan yang dialami Pak Lah.

Membaca brocernya, akhi memang yakin kerana semua ramuan atau kandungan Panax Gold adalah dari herba terbaik iaitu Gensing Liar, Goji, Ginkgo Biloba, Kurma Merah Cina, Radix Astragalus dan Pati Ayam. Harganya tidaklah begitu mahal kalau dibandingkan dengan khasiatnya.

6 RAMUAN PANAX GOLD
Menurut Pak Lah dan kajiselidik yang akhi buat Panax Gold bukan sahaja boleh menyihatkan badan tetapi juga boleh merawat pelbagai penyakit kronik saperti jantung tersumbat, sakit lutut, Sesak nafas dan lain-lain.

Ada banyak testimoni menunjukkan
penyakit-penyakit seperti jantung tersumbat, sesak nafas, sakit dada, kolestral tinggi, masaalah hormon wanita kesemuanya boleh ditangani dengan baik.

Seorang doktor, Dr. Razali pakar kanak-kanak turut menyarankan penggunaan produk ini dan beliau mempunyai keyakinan yang tinggi produk ini mampu menghalang penyakit-penyakit kronik kerana ianya mampu melancarkan perjalanan darah.

Kalau ada yang berminat dan ingin mencuba, sila hubungi akhi di talian 010-7888313 atau 010-7887313 atau Email: akhinosaiskandar@gmail.com


Sunday 19 October 2014

KEMISKINAN BOLEH MENDORONG KEPADA KEKUFURAN

Kemiskinan terkadang boleh mendorong seseorang melakukan tindakan-tindakan yang tak dibenarkan agama. Kefakiran juga memaksanya untuk melakukan tindakan haram; seperti mencuri, mencopet, merampok, menipu, dan melacur dan sebagainya. Karenanya, tidak bisa disalahkan jika ada ungkapan bahwa kefakiran atau kemiskinan mendekatkan kepada kekufuran.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا وَ كَادَ الْحَسَدُ أَنْ يَسْبِقَ الْقَدَرَ
"Hampir-hampir saja kefakiran akan menjadi kekufuran dan hampir saja hasad mendahului takdir." (Didhaifkan oleh Syaikh Al-Albani dan lainnya)

Al-Munawi dalam Faidhul Qadir mengutip perkataan Imam al-Ghazali yang menerangkan bahwa kefakiran mendekatkan untuk terjerumus ke dalam kekufuran, "Karena kefakiran (kemiskinan) menyebabkan orang untuk hasud kepada orang kaya.

Sedangkan hasud akan memakan kebaikan. Juga karena kemiskinan mendorongnya untuk tunduk kepada mereka dengan sesuatu yang merusak kehormatannya dan membuat cacat agamanya, dan membuatnya tidak ridha kepada qadha' (ketetapan Allah) dan membenci rizki. Yang demikian itu jika tidak menjadikannya kufur maka itu mendorongnya ke sana.

Karenanya Al-Musthafa Shallallahu 'Alaihi Wasallam berlindung dari kefakiran." Ini dikuatkan perkataan Sufyan al-Tsauri, "Aku mengumpulkan 40 ribu dinar di sisiku sehingga aku mati meninggalkannya lebih aku sukai daripada fakir satu hari dan kehinaan diri dalam meminta kepada manusia."

Dalam perkataan beliau yang lain, "Demi Allah aku tidak tahu apa yang terjadi padaku kalau aku diuji dengan satu ujian berupa kefakiran atau sakit, bisa jadi aku kufur sedangkan aku tidak sadar." Karenanya dikatakan bahwa kefakiran mendekatkan kepada kakufuran; karena seseorang yang mengalami kesulitan dan kehinaan bisa menyebabkan dirinya berpaling dari Allah dan mengingkati kekuasaan-Nya.

Oleh sebab itu, terdapat beberapa hadits yang menggabungkan keduanya dalam isti'adzah (doa memohon perlindungan). 

Seperti doa Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ
"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kefakiran dan kekufuran serta adzab kubur." (HR. Abu Dawud, Al-Nasai, dan Ahmad. Dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam dan Syu'aib al-Arnauth, beliau berkata: sanadnya kuat sesuai syarat Muslim)

Al-Munawi dalam Faudh al-Qadir berkata: "Digabungkannya kefakiran dengan kekufuran karena kefakiran terkadang menyeret kepada kekufuran." Ini bukan berarti bahwa fakir (miskin) adalah buruk dan tercela. Karena sesungguhnya kaya-miskin merupakan ketentuan Allah. Dia melapangkan rizki kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Begitu juga sebaliknya, menyempitkan rizki dan membatasinya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia sengaja membuat perbedaan itu dengan hikmah yang Dia ketahui.

Allah Ta’ala berfirman,
وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آَتَاكُمْ
"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. (QS. Al-An’am: 165)

Dalam firman-Nya yang lain,

نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا
"Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa derajat, agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain.” (QS. Al-zukhruf: 32)

Ibnu Hazm al-Andulisy dalam kitabnya, al-Ushul wa al-Furu’ (1/108) menyinggung tentang kaya dan miskin, mana yang lebih utama?.

Menurut beliau, bahawa kaya dan miskin tidak menentukan kemuliaan. Kemuliaan orang kaya dan orang miskin ditentukan oleh amal mereka. Jika amal keduanya sama, maka kemuliaannya pun juga sama. Jika yang kaya lebih banyak beramalnya, maka ia lebih mulia dari orang miskin, begitu juga sebaliknya.

Kemudian beliau menjelaskan tentang hadits tentang orang-orang fakir 40 tahun lebih dulu masuk syurga dibandingkan dengan orang kaya, bahwa secara umum para fuqara’ muhajirin lebih dahulu masuk surga daripada orang kaya mereka. Karena orang-orang miskin muhajirin lebih banyak amal solehnya dibandingkan dengan orang kaya mereka.

Jadi, jika miskin tapi seseorang bisa bersabar dan ridho dengan ketetapan Allah dan tidak sampai lalai dari ketaatan kepada-Nya, maka miskin yang seperti ini mulia dan tidak tercela. Wallahu A'lam.


PERISTIWA ISRAK DAN MI'RAJ DAN CABARAN KEPADA RASULLULLAH SAW

Baitul Maqdis
Dimaksudkan dengan Israk ialah perjalanan yang mulia dan bersejarah dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa di Ouds di Palastine. Manakala mi’raj pula adalah peristiwa naik ke lapisan langit yang tertinggi dimana Nabi Muhammad SAW telah bertemu Allah SWT. Kesmua itu berlaku hanya semalaman sahaja.

Ahli sejarah Islam berselisih berpendapat mengenai tarikh yang tepat terjadinya Israk dan Mi’raj itu. Ada yang mengatakan ianya berlaku pada bulan kesepuloh selepas perlantikan baginda sebagai rasul. Manakala Ibnu Sa’ad di dalam kitabnya Al-Tabayat Al-Kubra menyatakan mujizat tersebut berlaku lapan belas bulan sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Terdapat persoalan lain yang ditimbulkan iaitu adakah perjalanan Rasullullah SAW itu dengan rohnya sahaj atau roh dan jasadnya sekali?. Pendapat jumhur muslimin ialah roh beserta jasadnya sekali dengan itulah dikatakan mukjizat yang telah dikurniakan kepada Rasullullah SAW.

Mengenai kisah Israk dan Mi’raj Rasullullah SAW ini, ia dibentangkan oleh Al-Bukhari dan Muslim secara lengkap. Di malam bersejarah itu, Rasullullah SAW telah menunggang “Buraq” yang berwarna putih iaitu sejenis binatang yang besar sedikit daripada keldai dan kecil sedikit dari bangal. Binatang ini melangkah sejauh mata memandang. Setelah baginda sampai dan masuk ke dalam Masjid Al-Agsa serta menunaikan solat dua raka’at, Jibril membawa kepada baginda dia biji gelas satu berisi arak dan satu lagi berisi susu. Rasullullah SAW memilih susu, lalu Jibril pun berkata, “Engkau telah memilih yang fitrah”. Setelah itu barulah Rasullullah SAW naik ke langit ke langot pertama, kedua dan ketiga dan seterusnya dibawa ke “Sidratul Muntaha”  dan disitulah Allah SWT menyampaikan kepada baginda kewajipan solat lima waktu sehari semalam  ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan yang mana pada mulanya diwajibkan lima puloh rakaat sehari semalam.

Pada keesokan paginya, baginda menceritakan segala-galanya dan apa yang ternampak oleh mata kepalanya kepada umum. Cerita daripada Rasullullah SAW menyebabkan semua orang Mushrikin tegelak ketawa dan membawa berita yang pelik serta melucukan itu pada mereka itu kepada yang lain pula untuk diketawakan. Di samping itu terdapat diantara mereka mencabar Rasullullah SAW dengan meminta Rasullullah menceritakan gambaran tentang Baitul Maqdis yang telah dilihat oleh Rasullullah SAW, kalaulah betul baginda telah pergi dan bersolat didalamnya.Sebenarnya untuk menceritakan dan membuat gambaran itu amatlah sukar kerana pada masa itu tidak terlintas di ruang kepala dan ingatan baginda SAW untuk meneliti sehalusnya berapa tiang, berapa pintu dan sebagainya. Walaupun begitu Allah SWT telah menampakkan di mata kasar Rasullullah SAW gambar dan pemandangan Baitul Maqdis secara terperinci dengan tiga sudutnya. Ini meyebabkan Rasullullah SAW dapat menjawab pertanyaan yang di kemukakan kepada baginda dan dengan itu juga baginda dapat menyahut cabaran mereka itu tadi dengan jawapan yang lengkap  bagi menjawab pertanyaan mereka. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam satu hadith Rasullullah SAW, sabdanya: “Puak Quraisy telah mendustakan segala percakapanku, kemudian aku pun bangun ke Hijir. Selepas itu Allah SWT menampakkan kepada ku Baitul Maqdis, ini membolehkan aku menceritakan segala-galanya tentang tempat dan tanda-tanda keistimewaan pemandangan Baitul Maqdis yang dipaparkan oleh Allah SWT.

Buku-buku mengenai Israk dan Mi'raj
Beberapa orang musyrikin yang telah mendengar cerita Israk dan Mi’raj itu berkejar menemui Saidina Abu Bakar dan menceritakan perihal Nabi Muhammad SAW yang dikatakan telah pergi ke Baitul Maqdis dan naik ke langit dengan harapan Saidina Abu Bakar terperanjat dan kebingungan, tetapi Saidina Abu Bakar menjawab dengan tenang, “ Sekiranya itu yang diceritakan oleh baginda maka semuanya adalah benar belaka. Sebenarnya aku telah mempercayai Muhammad tentang perkara-perkara yang lain lebih daripada itu.”

Pada subuh pagi hari Israk itu, Jibril telah datang dan mengajar Nabi Muhammad SAW cara-cara, rukun-rukun dan segala sesuatu mengenai fardhu solat dan waktu-waktunya. Sedangkan Rasullullah SAW sebelum di turunkan perintah solat itu kepadanya, baginda telah melakukan  solat dua raka’at pagi dan dua rakaat pada waktu petang se

Saturday 18 October 2014

SI CILIK PENGAMIN JALANAN LULUS UJIBAKAT INDONESIAN IDOL JUNIOR

Ternyata Episod sedih yang terjadi dalam hidup seseorang boleh menjadi inspirasi untuk muncul dalam sesuatu kejuaraan. Si Cilik ini seorang pengamin jalanan yang menyertai Indonesian Idol Junior telah dapat mempengaruhi Juri-Juri bukan sekadar memberikan kepadanya laluan untuk ke peringkat seterusnya dalam pertandingan itu malah turut sama mengalirkan airmata.

Kedua-dua Juri Wanitanya telah turun ke pentas dan menyapu airmata Si Cilik itu, dan menangis apabila Ketua Juri meminta Si Cilik menyanyikan sebuah lagi lagu.Dan ternyata episod sedih itu akan dikongsi bersama dengan para pembaca blog akhi ini. Percayalah...

Dalam wawancara Si Cilik menyatakan Ibunya telah meninggal pada bulan Ogos baru-baru ini sementara ayahnya telah meninggal sekitar 4 tahun lalu. Dia menyanyi dan menyertai pertandingan Junior Indonesia Idol itu dengan harapan kalau menang dia akan dapat memenuhi harapan ibunya yang pernah berpesan untuk dia menjaga adik-adiknya serta menyekolahkan mereka.

Menurutnya lagi dia dan adik-adiknya, tinggal di sebuah penempatan anak-anak pengamin jalanan di Jakarta.


Akhi juga turut menitiskan airmata kesedihan bila menonton video yang memaparkan episod Indonesia IdolJunior  itu. Walaupun suaranya masih belum boleh di ketengahkan atau menjadi Juara program realiti TV itu tetapi dengan pendedahan darinya, Akhi yakin Si Cilik ini akan mendapat tempat dihati masyarakat Indonesia khususnya dan masyarakat serantau amnya. Dan dengan cara itu dia akan mendapat perhatian dan sumbangan dari pihak yang simpati dan akhirnya akhi yakin nasib mereka adik beradik akan terbela jua akhirnya.

Begitulah cara Allah SWT membantu hamba-hambanya yang kurang bernasib baik maka ingatlah walaupun susah Allah SWT pasti membantu dengan berbagai cara untuk mengatasi kesusahan hamba-hambanya dan untuk itu jom kita menjadi insan yang beriman dan bertaqwa.


Melihat kepada peserta-peserta lain yang jumlah ratusan ribu orang di seluruh Indonesia, Si Cilik Pengamin sudah pasti akan tersingkir kalau bakat dan kemampuan mau dijadikan ukuran dan pastinya dengan cara memberikan sedikit publisiti seperti yang berlaku semasa dia menjalani ujibakat diatas maka dirinya akan dapat dikenali oleh masyarakat yang simpati. Mudah-mudahan dengan cara itu akan membuka jalan kepadanya untuk membela nasib adik-adknya dan dirinya sendiri.

KEMELUT POLITIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR AKHIRNYA SELESAI

Tan Sri Khalid Ibrahim
Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat telah menghadapi saat paling getir apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletakkan jawatan seperti kehendak partinya, PKR. Akhirnya beliau dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR.

Keengganan beliau meletakkan jawatan menimbulkan kekecohan yang melibatkan krisis dalam parti-parti kompanen Pakatan Rakyat bila PAS telah memperlihatkan ketidaksepakatan dengan DAP dan PKR dalam mencari kata sepakat dalam memilih Menteri Besar negeri terkaya di Malaysia itu.

Berikut adalah kronologi krisi pentadbiran di Selangor:



27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai Adun kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.

Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi Dun Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu
isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.

26 FEBRUARI: Abdul Khalid mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008.

Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.

26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

Datin Sri Dr. Wan Azizah calun MB 
22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

25 JULAI: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

1 OGOS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

4 OGOS: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.

9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.

10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.

11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar.

11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya, Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.

12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada Pas berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.

Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain itu, keenam-enam Exco itu dilaporkan berkata dalam urusan yang membabitkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.

Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.

13 OGOS: Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat MMKN dengan dihadiri empat anggota Exco kerajaan negeri daripada Pas dan tiga pegawai ex-officio.

13 OGOS: Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam (12 Ogos).

Beliau turut mengesahkan surat pemecatan kepada seorang Exco daripada PKR Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Adun Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara.
DYMM Sultan Selangor


Beliau turut mengesahkan surat pemecatan kepada seorang Exco daripada PKR Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Adun Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara.

Abdul Khalid juga berkata jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.

14 OGOS: Abdul Khalid mengesahkan pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Rodziah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa hari ini (14 Ogos).

14 OGOS: Dr Wan Azizah pada sidang akhbar di Subang Jaya hari ini mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti daripada 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

30 Adun sokong Wan Azizah termasuk 2 dari PAS
Turut menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu ialah Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin, kedua-duanya daripada Pas.

Abdul Khalid bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata dakwaan Dr Wan Azizah itu perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dun Selangor, sebagaimana yang termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

14 OGOS: PAS Selangor dalam satu kenyataan memberi tempoh 24 jam kepada Hasnul dan Saari untuk menarik balik pendirian mereka yang menyokong Dr Wan Azizah atau berdepan dengan tindakan disiplin daripada parti.

15 OGOS: Sultan Selangor telah menitahkan Abdul Khalid supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman mengenai jawatan menteri besar sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini.

17 OGOS: Pas mengumumkan tidak menyokong lagi kepimpinan Abdul Khalid dan mencalonkan dua nama, Dr Wan Azizah dan Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Pimpinan PR yang gagal mencari kata sepakat
17 OGOS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bermesyuarat kemudiannya memutuskan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

20 OGOS: PKR dipanggil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 28 Ogos ini berhubung aduan Abdul Khalid yang menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR memecat beliau dari parti pada 9 Ogos lepas melanggar perlembagaan parti.

21 OGOS: Pas Selangor mengumumkan tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

23 OGOS: Abdul Khalid berkata beliau akan memutuskan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar pada Isnin ini.

24 OGOS: PKR mengakui wujud situasi ketidaktentuan dalam PR berikutan masih belum menerima sokongan sepenuhnya daripada Pas berhubung keputusan mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

24 OGOS: Anwar berkata kelemahan Abdul Khalid dalam menangani masalah perbandaran di Selangor merupakan sebab utama beliau perlu melepaskan jawatan sebagai menteri besar.

25 OGOS: Abdul Khalid mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Selangor pada 26 Ogos bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat berkata 13 Adun Pas Selangor tidak akan menandatangani surat akuan bersumpah yang diminta oleh PKR bagi mengesahkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

26 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Dalam sidang media kemudian, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau telah memohon untuk meletak jawatan sebagai menteri besar tetapi Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya itu sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Abdul Khalid berkata baginda menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat – Pas, PKR dan DAP – supaya mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Ini bagi memudahkan baginda menentukan dan memberi perkenan kepada calon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar.

Apapun, apakah hubungan antara parti pembangkang PAS, PKR dan DAP akan dapat dipulihkan seperti biasa. Dan apa akan jadi sekiranya kesepakatan pembangkang terjejas, mampukan UMNO/BN ditumbangkan dalam PRU 14 nanti. Dan mampukah negeri-negeri yang diperintah oleh PR kini terus dipertahankan kalau perpecahan antara PAS, PKR dan DAP terus terjadi.