Friday 6 September 2019

SUATU KEJUTAN

Kelmarin 5 September 2019, Hari Selasa ketika berada dalam suatu mesyuarat yang agak penting, tiba-tiba anak Akhi yang ke 4, mesej Akhi.

"Ayah Puteri dah jumpa Kak Lia"
kata anak Akhi yang bernama Nor'Asyikin yang Akhi dan seluruh keluarga kami memanggilnya Puteri.

Tetapi oleh kerana Akhi berada dalam mesyuarat yang agak penting maka Akhi tidak terus response mesej tersebut tetapi mesej terus mengganggu fikiran Akhi kerana yang dikatakan Kak Lia itu adalah seorang anak yang sangat-sangat Akhi rindu selama ini, yang terpisah ketika dia berumur lebih kurang 5 tahun ketika itu. Lia adalah anak yang Akhi pelihara dari waktu hari pertama lahir hingga berumur 5 tahun. Tetapi diambil semula oleh keluarganya.

Petang itu juga Lia terus mengunjungi Puteri yang tinggal bersama mamanya Cik Putih, bekas isteri Akhi yang berpisah yang Akhi sendiri lupa bila....

Akhi bersyukur kerana Lia hadir semula dalam hidup Akhi dalam satu suasana yang sukar dilupakan. Kita lupakan bagaimana Lia muncul dalam hidup Akhi tetapi Akhi nak bawa sahabat pembaca semua tentang kemunculan semula Lia dalam hidup Akhi dan keluarga.

Lia Anak Kesayangan Akhi
Selepas berpisah kami sekeluarga terus mencarinya. Dan pencarian itu berakhir bila Puteri menemui sebuah Grup WhatsApp "Grup Pagoh".  Puteri terus saja melontarkan pertanyaan kalau ada sesiapa mengenali Lia dari Pagoh. Menurut Lia seorang kawan yang ada dalam grup itu mengambil inisiatif bertanya Lia dengan memberitahu Lia bahawa ada orang mencarinya. Lia sendiri terus membuat panggilan ke nombor telefon yang Puteri tinggalkan di grup tersebut.

Akhi hanya mendapat tahu dari anak Akhi, Puteri tentang insiden yang tiba-tiba muncul tanpa diduga tu dan pastinya, suatu kejutan kepada  kedua-dua pihak yang sukar Akhi bayangkan. Akhi sendiri terus menitiskan airmata sedih bercampur gembira.

Sebelum maghrib pada hari yang sama Lia bersama keluarga sampai ke rumah mamanya (dimana disitu juga Puteri tinggal) di Taman Ehsan Balakong.

Dan selepas bersembang panjang bersama Mamanya serta Puteri, Lia serta suaminya Anakanda Tahir bercakap dengan Akhi melalui telefon.

Kami bersembang, mengimbau masa lalu dan kegembiraan di kedua-dua pihak terus saja menguasai suasana dan Akhi sangat-sangat bersyukur setelah sekian lama berpisah dengan Lia. Dan tentu sahaja Akhi berasa sangat gembira dan bersyukur kerana tiba-tiba sahaja di kurniakan 5 orang cucu termasuk cucu kembar.

Lia pulak kawin dengan orang Ipoh Perak, dan tentunya Akhi tersangat suka kerana bila bersembang dengan Anakanda Tahir (suami Lia) dia tahu mengenai kampung Akhi Sayong Lembah di Kuala Kangsar. Segala-galanya adalah takdir yang di tentukan Allah SWT.

Lia dan suaminya Anakanda Shahir.
Itulah kejutan dan keajaiban dari Allah SWT. Dah dipisahkan selama lebih 30 tahun kini ditemukan semula. Alhamdullillah.

Lebih seronok kini Akhi dah bertambah cucu-cucu, dari 7 jadi 12. Walaupun belum sempat bertemu dengan Anak-anak Lia tapi Akhi dapat bayangkan bila cucu-cucu Akhi di temukan, alangkah seronoknya. Pasti Hevoq. Akhi yakin bila berjumpa pastinya akan riuh rendah dengan perangai masing-masing. Ada yang keletah, ada yang pandai melawa, ada yang tengah suka menjelajah tetapi yang pastinya riuh-rendah itu akan menjadi suatu kegembiraan yang tiada taranya bagi seorang Atok.

Satu perkara yang menjadi suatu kesyukuran. Akhi dapat bertemu mereka (keluarga Lia) ketika Akhi masih ada, walaupun pernah stroke tetapi kini tiada masaalah lain kecuali lemah kaki kanan dan sedikit @urat saraf.