Thursday 16 October 2014

FACEBOOK FACEBOOK FACEBOOK

Facebook adalah medium maya paling popular. Dari kanak-kanak se awal 7 tahun hinggalah ke usia emas juga aktif berfacebook, Ada yang sekadar suka-suka, ada yang membuat promosi perniagaan mereka, ada yang berkarya, ada yang berukhuwah dan berdakwah, dan ada juga yang bercinta. Begitulah pengaruh FB dalam kehidupan masyarakat hari ini, 


Kebanyakannya hampir setiap hari, berjam-jam dihabiskan di depan komputer untuk FB. Ketagih. Kalau sehari tak berFB rasa tak lengkap aktiviti hari itu. 

Diantara kebaikan FB adalah:
>Dapat meningkatkan keakraban sesama ahli keluarga dan sahabat handai

>Politik semasa dan sejarah-sejarah perkembangan dalam dan luar negara
>Berdakwah dan berkongsi tentang ilmu pengetahuan mengenai agama
>Mempromosi produk-produk dan perniagaan
>Aktiviti kumpulan tertentu seperti pelajar, persara, penggemar senilukis, senifoto dan pelbagai bidang seni dan pelbagai kumpulan manusia yang gemar pada bidang2 tertentu.


Pengasas FB Mark Zuckerberg
Kalau nak di ambilkira yang positifnya FB ini memang terlalu banyak. Namun demikian pasti ada negatifnya di FB seperti paparan cerita dan foto yang tak bermoral, ngeri yang tidak sepatutnya dilihat oleh masyarakat khususnya mereka yang dibawah umur.

Pengasasnya, Mark Zuckerberg seorang Yahudi Amerika yang telah berjaya mengangkat dirinya menjadi billionare pada usia 24 tahun pada 2008. Terdapat lebih dari 140 juta orang di seluruh dunia merupakan pelayar FB yang aktif dan sebanyak 8.5 juta foto dimuatkan ke FB setiap hari. Mark yang juga bekas siswa Harvard Universiti amat berpengaruh di dunia sekarang ini 
adalah juga antara orang yang terkaya didunia. 

Artikel yang akhi tulis ini bukan untuk membicarakan tentang FB secara khusus tetapi sebenarnya akhi ingin mengangkat beberapa orang sahabat yang akhi kira sebagai penulis dan aktivis yang akhi minati sepanjang akhi berFB sejak 10 tahun dulu. 

Antaranya adalah Rahmah Saad, Asmira Suhadis dengan tulisan-tulisan-tulisan mereka tentang kehidupan yang amat terkesan dijiwa akhi, begitu juga nukilan puisi kedua-dua penulis ini penuh makna dan amat menyentuhi hati,

Seorang lagi aktivitis yang sering aktif berFB, Zubir Osman yang dapat memaparkan foto-foto hasil pengamatannya tentang kehidupan dan wajah alam... yang kemudiannya diserapkan melalui puisi-puisinya yang sungguh meruntun jiwa bila dibaca. Dan ada beberapa lagi rakan rakan FB yang sentiasa akhi ikuti tulisan-tulisan mereka.



RAHMAH SAAD seorang penulis yang santai dapat memaparkan hasil-hasil tulisan yang bersahaja tetapi penuh dengan idea yang mengkagumkan. Walau santai tetapi boleh di aplikasikan dalam hidup kita seharian, Bekas Penerbit yang sentiasa terdedah kepada isu-isu semasa dan pada akhi beliau adalah seorang yang tajam mindanya dan bijak dalam menterjemah situasi semasa kedalam tulisan-tulisan santai yang senang dan menghiburkan bila membacanya.

Walau santai adakalanya tulisan Rahmah akan diselitkan dengan kritikan terhadap masyarakat. Pada akhi tulisan sebegitu ada baiknya kerana ianya dapat memberikan pendidikan kepada masyarakat kearah kebaikan. Tetapi kebanyakan status tidak begitu sifatnya, suka-suka dan tidak ada langsung faedah untuk dipaparkan di FB. Dan paling mendukacitakan kadang-kadang tulisan-tulisan yang dipaparkan hanya 'sampah' yang menyemakkan bagi sesetengah orang.


Selain Rahmah Saad akhi suka mengikuti Asmira Suhadis yang banyak memaparkan kisah masa lalunya. Kalau diamati tulisan-tulisannya kita dapat merasakan denyut nadi arus kehidupan Asmira Suhadis sejak muda hingga kini, dari susah hingga berjaya dalam bidang penulisan serta merangkul beberapa anugerah dan pengiktirafan.

Ada beberapa buah puisi yang mendapat tempat dalam di majalah dan media tersohor di Malaysia dan nama Asmira mekar mengharum di beberapa buah negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Dengan mengikuti tulisannya dia amat dikenali dikalangan penyair serantau.

Tulisannya kadang-kadang sedikit kasar tetapi apa yang ditulis adalah kenyataan yang sukar disangkal. Dan pastinya ada yang membaca tulisan Asmira terasa pedas kerana tepat terkena 'batang hidung' mereka. Tetapi terpaksa diterima walau pun hati tetap berkata-kata.


Yang Akhi suka, Asmira sentiasa berterimakasih kepada semua yang 'like' atau memberi komen pada tulisan-tulisannya. Dan akhi percaya kerana bersifat mengenang kebaikan orang itu menjadikan Asmira atau Mamasentiasa disukai dan dikenali.


Akhi benar-benar meminati Fotografi dan Grafik. Sampai sekarang pun akhi amat meminatinya sebab itu akhi sentiasa mengikuti perkembangan fotografi. Dan salah seorang Rakan FB akhi yang dapat memaparkan foto-foto yang menarik adalah Zubir Osman.

Klik kameranya pasti fokus kepada wajah-wajah yang men- ceritakan tentang kehidupan insan-insan yang melata dibumi sekitar kehidupannya atau fokus kepada wajah alam yang menarik.

Malah dia juga akan menerapkan setiap rakamannya lewat puisi ciptaannya. Itulah keistimewaan sahabat akhi yang seorang ini. Dan kini nama penanya adalah Nazekha Kanasidena yang leka dengan laut dan kehidupan manusia sekitarnya.


Untuk mereka bertiga, puisi, gurindam dan pantun yang mereka cipta akan dan telah akhi abadikan dalam beberapa buah blog dan laman sesawang antaranya adalah  http://koleksikaryakreatif.blogspot.com/ yang telah akhi adun dengan grafik yang akhi rasa cukup menarik. Eh..eh puji diri sendiri pulak... kalau dulu ada pepatah "masuk bakul angkat sendiri" sekarang realitinya masuk lif terangkat sendiri la..

No comments:

Post a Comment