Thursday 16 October 2014

SEJARAH MADINAH – Selepas Hijrah Rasullullah SA

Al Nor Mall di Madinah

Hijrah adalah satu peristiwa penting yang mengubah perjalanan tarikh. Dengannya Islam memperolehi kemuliaan, kekuatan, sokongan dan keutuhan.

Ketika ketibaan Rasullullah SAW di Madinah pada waktu zohor bersama Abu Bakar ra, persinggahan pertama baginda ialah di Quba iaitu menjadi tamu kepada Kulthum bin Hadam.

Diantara perkara pertama yang didengari oleh muslimin daripada Rasullullah SAW sabdanya:
“Sebarkanlah salam, jamulah makanan, hubungkanlah silaturrahim, solatlah diwaktu malam ketika manusia nyenyak tidur, nescaya kamu masuk syurga dengan selamat”   (Riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

Baginda SAW bertemu para pengunjung dan rombongan di rumah Saad bin Khaithamah bersebe-lahan dengan rumah Kulthum bin Hadam. Kedua-dua rumah tersebut terletak di qiblat masjid Quba yang dibina diatas sekeping tanah yang asalnya tempat pengeringan tamar milik Khuktum. Kemudiannya Rasullullah meminta izin daripadanya dan menjadikannya sebagai masjid yang mendapat pujian Allah:

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya masjid yang engkau dirikan atas dasar taqwa dari mula, sudah sepatutnya engkau solat padanya, Didalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka membersihkan diri, dan Allah mengasihi orang yang nenbersih diri mereka” (Al-Taubah: 108)

Pengunjung beribadah di Masjid Quba di Madinah
Setelah berada di Quba selama sepuluh malam menurut satu riwayat, baginda bertolak menuju ke Madinah dengan menunggang untanya. Dalam perjalanan, setiap qabilah mempelawa Rasullullah SAW singgah disisi mereka, tetapi baginda menolak dan berkata,”Biarkanlah ia (yakni untanya), kerana i sedang menurut arahan”. Akhirnya, unt itu berhenti di suatu tempat, kemudian bangun semula  tanpa disuruh dan berjalan tidak berapa jauh dari situ, kemudian berhenti dihadapan rumah Abu Ayub al-Ansari. Lalu Rasullullah SAW turun disitu dan membuat keputusan tinggal rumah Abu Ayyub.

Pada hari keduanya, baginda berazam untuk membina masjid ditempat untanya mula-mula berhenti. Ia merupakan sebidang tanah milik dua anak yatim yang dipelihara oleh Sa’ad bin Zararah. Bahkan sebelum Rasullullah SAW tiba di Madinah, tempat itu juga adalah tempat solat jemaah oleh kaum Anshar. Rasullullah SAW kemudiannya membeli tanah itu daripada anak yatim itu, walaupun pada mulanya kedua anak yatim itu hanya ingin menhibahkan sahaja.

Buah tamar yang turut disebut dalam sejarah pembukaan Kota Madinah
Di situ banyak pokok-pokok berduri,  pohon tamar dan perkuburan Musyrikin. Lalu Rasullullah SAW mengarahkan supaya kubur-kubur Musyrikin itu dipindahkan dan pohon-pohon disitu ditebang. Dengan kerjasama para sahabat, Rasullullah membina masjid disitu, lalu dinamakan ‘Masjid Rasullullah SAW’ atau ‘Masjid Nabawi’.

Rasullullah SAW turut bersama-sama para sahabat membina masjid itu. Ia dibina daripada batu bata, tiangnya  daripada batang-batang tamar, atapnya adalah daun-daun tamar. Lantainya adalah hamparan pepasir halus dan anak-anak batu. Qiblatnya mengadap ke Baitul Maqdis.

Daripada kisah diatas, diambil kesimpulan bahawa pembinaan masjid adalah urusan pertama dan terpenting dalam struktur pembinaan sebuah masyarakat Islam. Ini kerana sesebuah masyarakat yang kuat diukur sejauh mana mereka kuat berpegang dengan tatacara hidup Islam dan aqidahnya. Kesemua ini bermula dari masjid.

Pemandangan Madinah pada tahun 1907
Seterusnya, Rasullullah SAW mempersaudarakan diantara Muhajirin dan Ansar juga diantara sahabat satu sama lain. Baginda mempersaudarakan Jaafar bin Abu Talib dengan Mu’az bin Jabal, Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harithah, Abu Bakar al-Siddiq dengan Kharijah bin Zuhair, ‘Umar bin Al-Khattab dengan ‘Utban bin Malik, Abdul Rahman bin ‘Auf dengan Sa’ad bin Rabei’ begitulah seterusnya. Bahkan hubungan persaudaraan itu lebih kuat daripada hubungan kekeluargaan. Mereka boleh saling mewarisi harta pusaka sekiranya  salah seorang daripada mereka meninggal dunia, sehinggalah perkara tersebut mansuh dengan turunnya ayat mengenai pusaka.

Baginda juga membuat perjanjian dengan kaum Yahudi supaya masing-masing dapat hidup dengan aman dan tenang.

Bertitik tolak daripada hijrahlah, Rasullullah SAW dan para sahabatnya membina kekuatan mereka. Allah menganugerahkan kepada mereka pembukaan dan kemenangan yang nyata dimata dunia dan kerajaan-kerajaan kuffar pada waktu itu.

Rasullullah SAW sentiasa dikunjungi rombongan-rombongan yang menyatakan taat setia dan keikhlasan bagi pihak yang mengirim mereka.

Baginda juga membuat pembahagian tanah kepada orang ramai dan mengahwini sebilangan besar para wanita untuk dijadikan sebagai ‘ibu-ibu kepada orang-orang yang beriman’. Ini semua menunjukkan ketenangan dan keamanan di Madinah dan ahlinya, sehingga Madinah dianggap sebagai ‘Rumah Rasullullah SAW’.

No comments:

Post a Comment