Thursday 16 October 2014

NOSTALGIA PERTEMUAN BERSEJARAH DUA SAHABAT

Pada  tanggal 13 Oktober 2013 adalah antara hari yang amat bermakna dalam hidup akhi.

Pertemuan tanpa diduga itu amat menyentuh naluri akhi kerana ianya telah ditunggu-tunggu sejak 5 tahun lalu.
Dan kian memuncak keinginan bersama kami sejak akhir-akhir ini.

Saat yang dinanti-nantikan tiba jua akhirnya bila pagi itu telefon bimbit akhi berdering dan terpapar nombor yang tidak ke kenali....Sebaik sahaja akhi angkat dan memberi salam.... terdengat suara yang terasa amat ku kenali....dan bila suara itu menyebut: "Pak Leh nak gi rumah din ni" ternyata tanggapan akhi tepat sekali... Itu adalah sahabat yang akhi kenali melalui Facebook sejak 8 tahun lalu...

Hati gementar tiba-tiba, lalu isteri akhi, akhi beritahu... dan meminta dia menyiapkan apa yang patut untuk menyambut 'tetamuku yang amat istinewa itu'....

Selepas akhi meletakkan telefon bimbit, akhi terus mengemaskan diri.... Maklumlah menyambut tetamu istimewa amat-amat ingin akhi temui sejak sekian lama.

Tak lama kemudian sekali lagi telefon ku berdering...."Pak Leh dah sampai Simpang 3 dah ni"  dengan loghat Terengganu yang masih dapat akhi fahami. Akhi terus memberikan tunjuk arah melalui telefon dan akhir dia sampai ke rumah kami dengan anak angkatnya Alan Ramli ( juga dikenali melalui FB).

Perkenalan hampir 8 tahun di FB, akhirnya bertemu juga
Pak Leh berasal dari Besut Terengganu berumur lebih 70 tahun tapi masih lagi kelihatan gagah dan tampan. Tampan dan gagahnya itu akhi analisa bila dia sampai dan terus memeluk erat sosok tubuh akhi.... Amat terharu rasanya.... terharu yang bukan dibuat-buat malah airmata kami sama mengalir kerana kegembiraan yang teramat sangat.

Kami bersembang berbagai topik dari hal peribadi dan kawan-kawan hinggalah ke topik grup 'Seloka Pantun FB" yang diasaskan oleh Pak Leh  @Mosbi Ismail

Seloka Pantun adalah titik tolak perkenalan kami, dari situlah dapat akhi kenal sahabat-sahabat yang lain.... seperti Pak Mael @Pi Eem, Maya Maisara, Kartina Baharon, Selok Kero, Siti Norisma, Atan Kenari, Spanar Bengkok, Wan Zaiton Wan Ismail dan ramai lagi.

Kami bersembang dan bersembang dan akhirnya isteri akhi Tengku Sabariah menyediakan juadah - makan tengahari... Alhamdullillah dengan masakan ikan pantin, gulai merah hati, sambal hijau, masak kari ikan tongkol dan pucuk ubi rebus, nampak tetamu-tetamu istimewa akhi makan dengan penuh berselera.

Setiap pertemuan akan pasti diakhiri dengan perpisahan. Pak Leh memohon diri untuk beredar ke tempat lain. Sekali lagi kami berpelokan. Akhi tak dapat menahan airmata kesedihan. Dalam hati, aku terus berharap akan pertemuan seperti ini akan berulang lagi, Dan doaku agar persahabatan kami akan berakhir hingga ke ujung nyawa. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment