Thursday 16 October 2014

SEJARAH KOTA MADINAH SEBELUM HIJRAH RASULLULLAH SAW

Didalam satu riwayat yang bersumber daripada Ibnu Abbas ra menyatakan:Setelah redanya banjir pada zaman Nabi Nuh as, kapal yang dibina oleh Nabi Nuh as berlabuh di Bukit Judi yang terletak dihujung Bandar Babil ( sekarang Iraq ) meka manusia yang berada diatas kapal itu pun telah turun. Bilangan mereka ketika itu lelaki dan wanita hanyalah 80 orang. Lalu mereka menamakan tempat mereka mula turun itu ‘Pasar Lapan Puluh’ untuk mengabadikan dalam sejarah akan bilangan mereka itu. Itulah bilangan yang merupakan penduduk bumi yang pertama selepas kemusnahan segala-galanya akibat banjir besar itu.


Makam Rasullullah SAW di Madinah
Tidak tinggal sebarang makhluk pun diatas muka bumi ketika itu samaada tumbuhan, binatang atau manusia. Daripada 80 orang, generasi muda mula membiak kembali dalam tempoh yang lama, akhirnya menjadi ramai dan terlalu ramai. Sehinggalah mereka diperintah oleh Namrud bin Kan’an bin Ham bin Nuh as. Bahasa juga telah berpecah kepada 72 bahasa dengan kehendak dan kekuasaan Allah dan antaranya Bahasa Arab.
Mereka juga berpecah kepada beberapa rumpun. Antara keturunan ‘Amlid dan Tasam yang kedua-duanya anak kepada Lud bin Sam bin Nuh as. Diantaranya juga: keturunan ‘Abil, mereka menetap di Yathrib (iaitu Madinah Munawwarah sebelum hijrah). Nama Yathrib diberikan sempena nama seorang yang mula-mula menjejakkan kaki disitu daripada keturunan tersebut  iaitu Yathrib bin ‘Abil bin ‘Iwadh bin Aram bin Sam bin Nuh as.  Yathrib adalah anak lelaki ‘Abil yang mewarisi kepimpinan ‘Abiliyyah. Apabila keluarga ini menjadi bertambah ramai, sebahagian daripada ke Juhfah (iaitu sebuah bandar berdekatan Rabigh). Setelah itu, Yathrib didatangi pula oleh kaum Yahudi dan mereka memutuskan untuk menetap disitu. Kaum Yahudi ini pula berpecah kepada 25 kabilah. Terdapat berbagai riwayat yang menyatakan sebab mereka berpindndah ke Yathrib. Antaranya menyatakan perpindahan beramai-ramai mereka berlaku selepas penindasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Raja Bukhtunasr.

Mereka mencari tempat yang selamat yang jauh daripada raja zalim tersebut.Maka antara mereka menemui Yathrib sebagai penempatan yang sesuai. Didalam riwayat lain menyatakan bahawa terdapat segolongan daripada mereka setelah selesai mengerjakan haji, mereka melalui Yathrb dan didapati sifat-sifatnya bertepatan dengan apa yang disebut didalam Taurat yang akan menjadi tempat hijrah Nabi yang ditunggu-tunggu.

Berbagai kabilah telah menduduki Madinah sebelum hijrah
Rasullullah SAW ke Madinah
Dalam riwayat yang lain pula, dinyatakan bahawa para pendeta Yahudi begitu mengetahui sifat-sifat Rasullullah  SAW seperti yang disebut didalam Taurat.Di dalam Taurat ada satu ayat menyatakan bahawa nabi akhir zaman akan muncul di Makkah kemudian dia akan berhijrah ke satu negeri yang padanya terdapat pokok tamar diantara dua harrah (kawasan batu kehitaman).
Maka keluar dari Syam mencari tempat yang disebut dengan harapan mereka akan menjadi pengikut nabi yang akan muncul itu. Apabila mereka sampai ke Madinah yang ketika itu dikenali sebagai Yathrib, jelas tertera sifat-sifat yang tertera didalam Taurat itu. Maka sebahagian mereka berkata, “Inilah negeri yang kita cari-cari” lalu mereka menetap disitu dan kemudian daripada itu disusuli oleh beberapa kumpulan lagi.
Setelah begitu lama, Yathrib didatangi pula oleh qabilah Aus dn Khazraj. Perpindahan mereka selepas peristiwa banjir (sail al-‘aram) yang membinasakan penempatan mereka seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran (Surah Saba: 16). ‘Amru bin ‘Amir bin Tha’labah mengumpulkan  kaumnya dan berkata kepada mereka, “Saya ingin menceritakan satu negeri kepada kamu. Sesiapa yang sayang kepada negeri ini, maka dia boleh menetap disini. Tetapi sesiapa sesiapa yang ingin berpindah maka pergilah ke Yathrib yang sububur dengan pohon tamar”. Antara mereka yang memilih berpindah ke Yathrib adalah Bani Qailah iaitu kabilah Aus dan Khazraj. Mereka berketurunan daripada Harithah bin Zaid bin Sawad bin Aslam bin Ishaq bin Quda’ah.  Qilah adalah nama wanita yang merupakan ibu yang menggabungkan dua qabilah ini. Mereka menetap di Yathrib begitu lama dan berkongsi hidup dengan kaum Yahudi.
Sehinggalah lama kelamaan mereka dapat mengumpulkan seberapa banyak harta, memiliki kebun-kebun tamar dan membina rumah-rumah yang besar. Kekuatan mereka setanding dengan kaum Yahudi. Pernah mereka membuat perjanjian damai dengan kaum Yahudi, adakalanya perjanjian itu akan dilaksanakan dan ada ketikanya dicabuli oleh kaum Yahudi. Begitulah keadaan kaum Yahudi yang tidak berpegang teguh pada perjanjian.  
Peperangan yang panjang berlaku sebelum kedatangan Rasullullah SAW
Pada peringkat awal, Aus dan Khazraj bersatu padu, tetapi selepas itu terjadi berbagai peperangan antara mereka. Peperangan yang berlaku begitu besar dan berpanjangan yang tidak pernah terdengar pada satu kaum lain lebih lama dari itu. Dikatakan bahawa peperangan itu berlanjutan selama 120 tahun sehinggalah datangnya Islam dan ketibaan Rasullullah SAW di Madinah.
Didalam kitab-kitab sirah juga ada menyatakan bahawa ketika Rasullullah tiba di Madinah, ketua Aus dan Khazraj adalah Abdullah bin Ubai bin Salul. Beliau adalah pemimpin yang julung-julungkalinya diterima oleh dua golongan ini. Bahkan mereka bercadang menabalkan Abdullah bin Ubai sebagai raja mereka.   

Tetapi apabila Rasullullah SAW tiba di Madinah, Abdullah bin Ubai hilang kemuliaan, sanjungan, kekuasaan dan takhta yang hampir-hampir jadi miliknya. Inilah yang menyebabkan beliau amat hasad dengki dan terlalu marah dengan kedatangan Rasullullah SAW. Namun begitu dia terpaksa menerima kedatangan Islam walaupun hatinya tidak dapat menerima Rasullullah SAW lantaran kesemua pihak dari Aus dan Khazraj menerima dan beriman kepada Rasullullah SAW.

No comments:

Post a Comment