ZUBIR ALI @Nazekha Kanasidena |
FACEBOOK sebelum ini akhi paparkan bahawa akhi minat in Fotografi dan Grafik. Dan dalam artikel itu juga akhi telah mengaitkan nama Zubor Osman yang selalu akhi ikuti karya-karya fotografinya.
Ramai lagi jurufoto yang akhi kenal tetapi akhi dapat melihat keunikan pada karya-karya sahabat akhi ini. Dan akhi namakan tiga kategori iaitu wajah-wajah, wajah kehidupan dan wajah alam semesta.
Wajah-Wajah adalah koleksi potret dan foto-foto insan yang menjadi fokus kamera Zubir dan rakan-rakannya sementara Wajah Kehidupan adalah foto-foto dari latarbelakang kehidupan manusia yang bekerja dengan keringat mereka. Wajah Alam pula pastinya foto -foto yang menceritakan keindahan alam semesta yang dirakam dari pelbagai sudut.
Zubir dekat sekali jiwanya dengan laut dan kehidupan disekitarnya. Ini dapat dilihat dari koleksi foto-fotonya yang banyak memaparkan keadaan itu. Ternyata beliau dapat mengocak hati siapa saja yang menatap foto-fotonya.
Satu keistimewaan Zubir Osman dia juga boleh mencipta puisi dan bijak menggabungkan foto-foto yang dirakamnya dengan puisi nukilannya, Apatah lagi dengan adunan grafik yang menggabungkan kedua-duanya, Pergggg.... mantaplah prentasinya.
Diantara puisi yang menggabungkan foto dan puisi adalah "Jalan Tak Berhujung" selain berberapa buah lagi puisi yang terdapat dalam http://koleksikaryakreatif.blogspot.com/
Ini adalah salah satu puisi karya Zubir Osman |
No comments:
Post a Comment