Para pengunjung ke Madinah Munawwarah adalah disunatkan menziarahi para syuhada di Uhud kerana kerana berdasarkan hadith-hadith yang sahih, Rasullullah SAW sering menziarahi syuhada di Uhud dan mendoakan untuk mereka. Diantara riwayat-riwayat yang menyatakannya adalah seperti berikut:
Daripada ‘Uqhah bin ‘Amir katanya: “Rasullullah SAW pernah berdiri di atas perkuburan syuhada Uhud selepas lapan tahun peristiwa peperangan Uhud seperti orang yang mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang masih hidup dan telah mati...............” (al-Bukhari)
Menziarahi Makam Syuhada adalah Sunat |
Diriwayatkan daripada Rasullullah SAW bahawa baginda pernah bersabda mengenai para syuhada Uhud, “Mereka semua para syuhada, maka hendaklah kamu kunjungi mereka dan dan memberi salam keatas mereka, tidaklah seorang itu memberi salam kepada mereka selagi masih tertegak langit dan bumi melainkan mereka akan membalas salam tersebut” (Diriwayatkan oleh Ibnu Najjar).
No comments:
Post a Comment