Thursday 16 October 2014

NAK LEBIH PENDAPATAN TAPI MALAS NAK CARI ILMU


Gambar Hiasan
Ramai yang nak jadi kaya tapi malas.... Itu adalah hakikat yang sering ada pada kebanyakan orang. Bila ditanya nak penda-patan tambahan, ramai yang akan menjawab ‘nak'. Tapi bila disuruh buat sesuatu yang berkaitan dengan usaha nak tambah pendapatan itu, macam-macam alasan diberikan oleh mereka.

‘Aku tak boleh.... aku tak pandai la..aku segan la‘ dan bermacam lagi alasan yang mereka berikan sedangkan pepatah ada menya-takan rajin dan usaha itu tangga kejayaan. Jadi kalau malas dan banyak alasan mana mungkin boleh menjana pendapatan tambahan yang menjadi asas untuk jadi kaya.

Dalam hal ini akhi suka mengaitkan tentang apa yang telah dan sedang akhi lalui. Sebelum akhi kena stroke akhi memang suka membuat perniagaan MLM – Multi Level Marketing. Pernah satu ketika akhi pernah menjana sehingga RM6,000 sebulan. Tetapi oleh kerana banyaknya syarikat MLM yang tumbuh macam cendawan selepas hujan maka kebanyakan rakanniaga dalam rangkaian akhi tak dapat dikawal, masing-masing  terpengaruh dengan syarikat lain yang menawarkan lebih insentif dan lebih mudah pelan pemasarannya  Tetapi apa yang membuat seseorang itu berjaya bukan hanya kerana faktor pelan pemasarannya atau insentifnya semata-mata tetapi juga beberapa faktor terutama team-work dikalangan rakan-rakan yang bersama dalam sesuatu bisnes itu. Dan yang lebih utama adalah diri kita sendiri. Dalam konteks diri kita, satu-satu yang menyebabkan kejayaan selain modal adalah fokus dan istiqamah.

Kalau asyik bertukar dari sebuah syarikat kepada syarikat yang lain, dari satu program ke program yang lain,  mana mungkin kita boleh berjaya kerana dalam bisnes berangkaian, orang yang biasa menjadi ‘player’ atau penggemar akan sentiasa melihat cara kita melaksanakan program-program yang ada dipasaran.  Dan sudah pasti keyakinan daripada penggemar-penggemar ini kena diwujudkan dahulu barulah seseorang itu dapat meyakinkan orang lain untuk ikut serta dalam program yang dibawanya.

Ok, akhi nampaknya telah jauh melencong dari soal sikap individu kepada soal senerio dalam industri MLM pula. Berbalik kepada sikap individu yang hendak berjaya dalam menambah pendapatan, pertamanya mereka harus tahu apa yang sesuai dengan kemampuan mereka, dari segi kewangan dan kebolehan atau bakat terhadap program yang hendak kita joint itu. Rata-rata kalau sebut soal MLM pertama sekali kena ada bakat untuk mempengaruhi rakan dan saudara mara. 

Kebolehan bercakap kena ada, kerana dalam memberikan penerangan kita kena dapat memberikan penerangan yang sejelas-jelasnya unuk mempengaruhi kawan atau saudara mara kita untuk bersama dengan kita menjalankan bisnes atau program itu.

SKILL BERCERITA KENA ADA
Dalam hal ini kita kena ada ilmu secukupnya. Seni bercerita kena ada dan yang paling penting adalah kita kena meyakinkan atau memberi kefahaman kepada seseorang yang nak kita ajak turut serta dalam bisnes kita itu. Tetapi kalau kita sendiri pun tak berapa faham apa bisnes yang nak kita jalan-kan mana mungkin kita mampu memberikan keyakinan kepada orang lain untuk menjalankan bisnes itu.

Dalam dunia serba canggih hari ini, banyak kemudahan telah dapat dihasilkan bagi mempermudah- kan pendapatan dicari. Salah satu darinya adalah MMM yang diasaskan di Rusia sejak 20 tahun yang lalu. Ianya amat mudah dan ternyata membuktikan bahawa pendapatan tambahan boleh dicari dengan memperkenalkan konsep taawun atau bertolong bantu. “I’ll help you. You help me” Konsep yang tidak memerlukan sebuah syarikat pengurusan. Komuniti peserta secara bersama, menguruskan semua transaksi pembayaran. Modalnya fleksibel, mengikut kemampuan peserta. Dari serendah RM30 hingga setinggi RM3180 sebagai modal bantuan yang maksima. Apa pun elok di teliti penjelasan akhi dalam ARTIKEL ini (klik) Keuntungan melebihi 100% tanpa membuat penajaan atau penjualan produk.

No comments:

Post a Comment