Thursday 16 October 2014

MADINAH DAN KELEBIHAN-KELEBIHANNYA

MASJID NABAWI YANG MENJADI TARIKAN
DI MADINAH

Tidak syak lagi bahawa setiap hati muslim terpaut dengan masinah., sekiranya fitrah mereka bersih. Mereka akan mencintainya dan mencintai setiap sesuatu yang berkait dengannya. Rasullullah SAW pernah berdoa: “Ya Allah tanamkan kecintaan kami terhadap Madinah sapertimana kecintaan kami terhadap Makkah atau lebih daripada itu” (Bukhari dan Muslim).
Madinah Munawwarah adalah negeri yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan sebagai tempat berhijrah NabiNya Saidina Muhammad SAW dan dipilih penghuninya sebagai ‘Al-Ansar’ yakni penolong-penolongnya yang akan menyambut kedatangannya dengan penuh kecintaan, kasih sayang, kegembiraan dan keimanan. Mereka juga dipilih untuk bersama-sama baginda SAW melaksanakan tanggungjawab sebagai da’i atau penyebar agama Islam. Maka, jadilah Madinah Ibukota Islam diseluruh pelosok dunia.
Madinah Munawwarah adalah tempat turunnya wahyu Ilahi yang menjadi syariat untuk panduan dan pedoman seluruh umat manusia. Ia juga adalah satu-satunya tempat diatas muka bumi ini yang padanya terdapat bahagian-bahagian dari syurga di dunia sebelum akhirat. Rasullullah menyatakan bahawa Raudhah yang terletak di antara rumah dengan mimbarnya adalah satu kebun daripada kebun-kebun syurga.  Mimbarnya akan diletakkan diatas satu terusan daripada terusan-terusan syurga. Bukit Uhud adalah satu bukit daripada bukit-bukit syurga dan tamar ‘ajwah adalah tamar dari syurga.
Selain itu, hadith-hadith Rasullullah SAW juga menyatakan kelebihan-kelebihan lain secara khusus tentang Madinah; antaranya:

1. MADINAH ADALAH TANAH HARAM SEPERTI MAKKAH

Kaum Muslimin dari seluruh pelosok dunia tidak akan melepaskan peluang
untuk mengunjungi Madinah Munawwarah yang banyak sejarahnya i
ni
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid bin ‘Asim bahawa Rasullullah SAW telah bersabda, ertinya:
“Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah menjadikan Makkah sebagai Tanah Haram dan mendoakan untuk penduduknya. Dan sesungguhnya saya menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram sebagaimana yang dilakukan oleh Ibrahim terhadap Makkah. Dan saya mendoakan (keberkatan) pada gantang dab cupaknya sebagaimana Ibrahim mendoakannya kepada penduduk Makkah”.   (Riwayat Muslim).
Daripada Anas bin Malik ra daripada Nabi SAW bersabda, ertinya: “Madinah adalah Tanah Haram daripada begian ke begian, tidak beoleh memotong pokoknya dan tidak boleh melakukan sesuatu yang bid’ah. Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru (bid’ah), maka dia akan mendapat laknat Allah, para malaikat dab manusia seluruhnya”
Daripada Rafi bin Khudaj katanya, Rasullullah SAW bersabda ertinya: “Sesungguhnya Ibrahim menjadikan Makkah sebagai Tanah Haram. Sesungguhnya saya menjadikan Madinah sebagai Tanah Haram diantara dua labbah” (Muslim).Labbah ialah tanah yang berbatu hitam.

2. MADINAH TERPELIHARA DARIPADA TAUN DAN DAJJAL
Daripada Abu Hurairah ra katanya, “Rasullullah SAW bersabda (ertinya) : Para Malaikat berjaga diatas setiap pintu Madinah, ia tidak dirasuki taun dan dajjal” (al-Bukhari)
Daripada Anas bin Malik ra daripada Nabi SAW bersabda (ertinya): “Tidak ada satu negeri pun melainkan ia akan dijejaki oleh Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Tidak ada satu pun pintu daripada pintunya melainkan para malaikat berbaris menjaganya. Kemudian Madinah akan mengalami tiga kali gempa bumi, lalu Allah mengeluarkan setiap kafir dan munafiq” (al-Bukhari).

MASJID NABAWI ATAU MASJID RASULLULLAH SAW YANG MENJADI KUNJUNGAN DIMADINAH
3. MADINAH TEMPAT MENYELAMATKAN IMAN KETIKA FITNAH
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasullullah SAW telah bersabda (ertinya): “Sesungguh-nya iman akan berkumpul (sebagai tempat berlindung) di Madinah sebagaimana ular tedung berkumpul dalam lubangnya” (al-Bukhari).

Daripada Sufian bin Abi Zuhair ra berkata, “Saya pernah mendengar Rasullullah bersabda (ertinya): “Yaman akan dibuka, lalu datanglah satu kaum mengheret binatang ternakan mereka, dengan membawa kaum keluarga mereka dan sesiapa yang mentaati mereka, sedangkan Madinah adalah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahui. Syam akan dibuka, lalu datanglah satu kaum mengheret binatang ternakan mereka, dengan membawa kaum keluarga mereka dan sesiapa yang mentaati mereka, sedangkan Madinah adalah lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahui. Seterusnya Iraq akan dibuka, lalu datang suatu kaum mengheret binatang ternakan mereka dengan membawa kaum keluarga mereka dan sesiapa yang mentaati mereka sedangkan Madinah adalah lebih baik bagi mereka kalau mereka mengetahui” (al-Bukhari).

4. MADINAH MENAPIS MANUSIA YANG JAHAT

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya, “Rasullullah SAW bersabda (ertinya): “Saya diperintahkan dengan satu kampung yang memakan (mengalahkan) kampung-kampung lain, mereka berkata Yathrib, dan ia adalah Madinah. Ia menapis manu-sia sebagaimana api menapis keko-toran (tahi-tahi) besi”. (al-Bukhari).

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit ra daripada Nabi SAW sabdanya (ertinya): “Madinah adalah Taibah, dan ia menapis kekotoran sebagaimana api menapis kekotoran perak”. (Muslim).

5. ALAT TIMBANGAN, SUKATAN, BUAH-BUAHAN BAHKAN DEBUNYA DIBERKATI
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya Rasullullah SAW berdoa (ertinya): “Ya Allah, Jadikanlah keberkatan di Madinah dua kali ganda apa yang ada di Makkah” (Muslim).
Diriwayatkan  daripada Abu Hurairah ra katanya: Orang ramai apabila mereka melihat buah-buahan mula keluar, mereka membawanya kepada Nabi SAW. Apabila Rasullullah SAW mengambilnya, baginda akan berdoa (ertinya): “Ya Allah, berkatilah untuk kami buah-buahan, berkatilah untuk kami bandar kami, berkatilah untuk kami gantang kami, berkatilah untuk kami cupak kami. Ya Allah sesungguhnya Ibrahim merupakan hambaMu. KekasaihMu dan NabiMu dan begitu juga saya ini hambaMu dan NabiMu. Apabila dia (Ibrahim) berdoa kepadaMu bagi Makkah, dan saya berdoa kepadaMu untuk Madinah sepertimana dia berdoa kepadaMu untuk Makkah.... “ (Muslim)

6. TIDAK BOLEH BERNIAT JAHAT KEPADA PENDUDUKNYA
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasullullah SAW bersabda (ertinya): “Sesiapa yang bercadang untuk membuat kejahatan terhdap penduduk bandar ini (yakni Madinah), nescaya Allah akan menghancurkannya sebagaimana hancurnya garam didalam air” (Muslim).

7. PENDUDUKNYA DIJAMIN AKAN MENDAPAT SYAFAAT RASULLULLAH SAW
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar ra katanya: Saya telah mendengar Rasullullah bersabda (ertinya): “Sesiapa yang bersabar di atas sesuatu kesusahan Madinah nescaya saya akan menjadi pemberi syafaat baginya atau menjadi saksi pada hari kiamat”. (Muslim).
Diriwayatkan juga daripada Ibnu Umar ra: Rasullullah SAW besabda (ertinya): “Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah, maka matilah disitu. Sesnungguhnya saya akan memberi syafaat baginya atau menjadi saksi pada hari kiamat” (al-Bukhari):
Sebab itu Saidina Umar pernah berdoa (ertinya): “Ya Allah, kurniakanlah daku syahadah (mati syahid) pada jalanMu, jadikanlah kematianku di negeri RasulMu SAW” (al-Bukhari).

8. MADINAH ADALAH NEGERI TERAKHIR YANG AKAN BINASA:

Sejarah Sahabat Rasulullah SAW
Keterangan @http://bit.ly/1rFGBUU
Diriwayatkandaripada Abu Hurairah ra katanya: “Rasullullah SAW telah bersabda (ertinya): “Kampung yang paling akhir diantara kampung-kampung Islam yang akan binasa ialah Madinah”. (Al-Tarmizi)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasullullah SAW bersabda (ertinya): “Kamu akan meninggalkan Madinah dengan sebaik-baik keadaannya, sehinggalah anjing atau serigala melepaskan najisnya ditiang-tiang masjid atau diatas mimbar”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasullullah SAW, untuk siapakah buah-buahan pada masa itu?”. Baginda menjawab “Untuk burung dan binatang buas” (Riwayat Imam Malik di dalam Muwata).

9. KELEBIHAN BERSOLAT DAN BERKUNJUNG KE MASJID NABAWI
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW bersabda (ertinya):  “Satu solat di masjidku ini lebih baik daripada seribu pada selainya, melainkan Masjidil Haram” .     (al-Bukhari).

Diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah ra, katanya: Saya pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda (ertinya): “Sesiapa yang mendatangi masjidku ini, dia tidak datang melainkan kerana kebajikan yang ingin dipelajarinya atau mengajarkannya, maka kedudukannya seperti seorang yang berjuang pada jalan Allah. Sesiapa yang datang bukan dengan tujuan itu, maka kedudukannya seperti seorang lelaki yang melihat harta benda orang lain”. (Ibnu Majah dan Ahmad).

No comments:

Post a Comment