Thursday 31 December 2015

PERBICARAAN LIM GUAN ENG: Antara Maruah UMNO dan LGE...

MENGIMBAS KEMBALI KES ROGOL GADIS BAWAH UMUR MELIBATKAN KETUA MENTERI MELAKA TAHUN 1994

Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan penderitaan yang ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang mengetahui akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu, RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya berlaku, 18 tahun lalu!

Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997


Perbicaraan LIM GUAN ENG, 1997 adalah perbi
caraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.

Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak.

Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan. Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta pertolongan.

Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.

Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Lim berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita.

Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."

Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti...

Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"

Ulang siar kenyataan nenek kepada mangsa rogol Rahim Tamby Chik

Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:

Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik.

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.

Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.

Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka

l

Saturday 5 December 2015

Akhirnya mereka disatukan....

Akhi terasa amat bersyukur bila melihat dua orang sahabat yang udah Akhi anggap macam saudara sendiri ini disatukan dalam sebuah rumah tangga. Walaupun Akhi hanya mendapat tahu dari FB tapi Akhi tidak pun rasa kecil hati kerana kalaupun Akhi tahu dari awal, mungkin Akhi tak mampu pergi meraikan Majlis Pernikahan mereka.


Tapi tentu sahaja majlis itu berlangsung dengan meriah kerana ramai juga sahabat rapat hadir untuk memeriahkannya.  Akhi bersyukur kerana mereka yang di temukan dalam Grup Seroja dan akhirnya mereka bertemu jodoh sebagai pasangan suami isteri.

Masing-masing ada masaalah tersendiri, Rahim Bakar kematian isteri Ina Masran pula ada masaalah dengan rumahtangganya. Mereka bertemu dan mengikat tali persahabatan, dengar-dengar dah bercinta dan akhirnya mereka disatukan dalam suasana yang membahagiakan. Alhamdullillah.

Akhi berdoa semoga kehidupan mereka di sinari cahaya kegembiraan dan kebahagian.

Sunday 11 October 2015

SHAHRIZA MAHMUD & KHEMAH SANTAI SENILAKUN

Shahriza Mahmud
Menarik. Kalau sebut saja Shahriza Mahmud ramai yang sudah kenal. Akhi juga sudah mengenalinya sejak tahun 80an.... ketika kami bersama-sama dalam APA (Artis Penjuru Alam). Dan diantara artis yang seangkatan dengan beliau adalah Nasir Ali (Allahyarham) dan Roslan Madun (Penyanyi dan Pencipta Lagu2 Rakyat dan juga pelakun).

Sampai hari ini Shahriza masih aktif berlakun, menulis skrip dan puisi serta mengarah dan menjadi pembimbing kepada bakat-bakat baru. Lakunan beliau amat berkesan dan akhi amat suka menonton drama yang dilakunkannya.

Akhi juga pernah menulis skrip tetapi sekadar suka-suka tidak se aktif Shahriza Mahmud. Dia bukan sahaja berjaya mengolah hidup sebagai artis dan pelakun tetapi telah mampu memberi bimbngan dalam bidang senilakun.

Bagi anda yang meminati senilakun boleh mengikuti bimbingan beliau melalui Khemah Santai Senilakun di Janda Baik pada 17 dan 18 Novembar ini atau 24 dan 25 November 2015 ini.


Hubungi beliau melalui 

 Whatsapp 0129213224 PM FB/Shahriza Mahmud.
 

Boleh juga dapatkan DI SINI

Friday 2 October 2015

TERAPI MUDAH TAPI KESANNYA AMAT MENYIHATKAN


Method terapi sederhana ini berasal dari ilmu pengobatan tiongkok yang disebut Feng Fu. Titik yang terletak pada bahagian tubuh di antara dua tendon di bahagian belakang leher (tengkok) Bahagian tepatnya di lubang/lekukan diantara leher dan kepala. Ini adalah tempat, yang dalam akupunktur Cina disebut Feng Fu, atau "penampungan angin".

Jika Anda secara teratur menempatkan ais batu di tempat ini, tubuh Anda akan diremajakan kembali, banyak penyakit akan hilang, dan Anda akan lebih sehat, lebih selesa dan penuh energi.
Itulah sebab kenapa kita sering melihat petinju atau olahragawan meletakkan ais (air batu) pada leher belakangnya. Hal ini bertujuan untuk membuat mereka lebih rileks dan mengurangi kelelahan atau stress.

Bagaimana metode terapi ini dilakukan:
Pertama, meniarap dan tempatkan air batu (2 x 2 cm) pada titik Feng Fu. Tahan air batu selama sekitar setengah jam. Anda dapat menggunakan kain tipis/kassa untuk membalut es batu supaya tidak terjatuh. Ulangi prosedur ini secara teratur, 2 atau 3 hari sekali. Pastikan Anda melakukannya di pagi hari sebelum sarapan dan malam sebelum Anda masuk tidur.
Jika Anda mengamal prosedur ini secara rutin insyaallah setidaknya sakit flu tak akan hinggap lagi ke tubuh anda karena kekebalan tubuh makin baik.

Rasa dingin air batu mungkin akan tidak nyaman pada awalnya. Namun sebaliknya nanti anda akan merasakan panas pada titik tersebut setelah beberapa detik di lekapkan. Anda juga mungkin dapat mengalami perasaan euforia (sakit bagai di gigit) di beberapa kali anda mengalkan metode ini akibat pelepasan endorphin dalam aliran darah Anda.

Hasil yang diharapkan dari terapi adalah sebagai berikut:
vPenerapan prosedur ini akan memberikan kualiti tidur yang lebih baik.
vIni akan membantu Anda meningkatkan vitalitas secara keseluruhan dan jiwa yang lebih nyaman
vMenguatkan sistem kekebalan tubuh, bekerja sangat baik melawan batuk.
vMenormalkan kerja sistem pencernaan.
vMeredakan sakit kepala, sakit gigi dan ngilu sendi.

Metode ini juga membantu pencegahan penyakit-penyakit berikut:
vPenyakit sistem kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah)
vPenyakit neurologis dengan perubahan degeneratif pada tulang belakang
vPenyakit pernapasan
vArthritis, hipertensi dan hipotensi
vSelulit (terutama dalam pencegahan pada tahap pertama)
vPenyakit menular seksual dan gastrointestinal
vObesitas, kekurangan gizi dan masalah lainnya saluran pencernaan terkait
vFungsi kelenjar tiroid terganggu
vPsycho-emosional (gangguanemosi), stres, kelelahan, tekanan perasaan dan insomnia
vGangguan siklus menstruasi, infertilitas.

Metode alami ini amat selesa dipraktikkan, bahkan cara ini membawa seluruh tubuh dan organ kembali ke keseimbangan fisiologis alami, memberikan dorongan hidup yang kuat dan meremajakan seluruh tubuh.

Akhi dan isteri pernah mencuba dan mengamalkan metode ini dan Alhamdullillah kesannya amat-amat baik dan menyenangkan. Cubalah dan anda juga akan mengalami kesan darinya.

Catatan: Metode ini sebaiknya tidak dilakukan jika Anda sedang hamil atau Anda menderita skizofrenia atau memiliki riwayat serangan jantung

Sunday 27 September 2015

ADAKAH RACISM DI MALAYSIA KIAN MENINGKAT




Artikel ini di tulis oleh Datuk Saifuddin Abdullah (Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)Presiden Gerakan Kesederhanaan Global yang telah di siarkan di Sinar Harian pada 29 September 2015

DUA 
perhimpunan aman baru sahaja selesai, iaitu Bersih 0.4 dan Merah. Saya menyokong Bersih 0.4 atas lima objektif khususnya, iaitu pilihan raya bersih, kerajaan bersih, hak membantah, memperkasa demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi.


Bagi Merah, mereka berhak berhimpun, tetapi saya tidak menyokongnya kerana ia tidak mempunyai objektif khusus. Ia sekadar perhimpunan melawan Bersih 0.4. Adakah bermakna ia menolak lima objektif  0.4 yang penting untuk negara itu?

Oleh kerana semasa Bersih 0.4 timbul suara mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib supaya berundur, maka, Merah (yang melawan suara tersebut) adalah bertujuan untuk mempertahankan Datuk Seri Najib. Kalau ini objektifnya, maka, ia hak mereka yang wajar.

Tetapi, apabila dibandingkan objektif, cara dan kandungan penghujahan-penghujahan tentang kedua-dua perhimpunan itu, maka, adalah jelas bahawa penghujahan yang menyokong Bersih 0.4 dan tidak menyokong Merah jauh lebih substantif dan artikulatif.

Di samping itu, kedua-dua perhimpunan tersebut telah menimbulkan sekurang-kurangnya dua persoalan lain yang punya konotasi signifikan terhadap nilai kebenaran dan keadilan.

Pertamanya, ialah double standard yang dilakukan daripada Perdana Menteri hinggalah Ketua Polis Negara dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Hujah-hujah lemah, ugutan dan ancaman yang digunakan bagi menghalang Bersih 0.4 tidak digunakan terhadap Merah. Tidak ditimbulkan soal democrazy, perhimpunan haram, kekacauan, kesesakan jalan raya, mengganggu perniagaan, memburukkan nama negara, berlawanan dengan demokrasi berparlimen atau menggulingkan kerajaan.

Dan keduanya, dan ini adalah lebih utama, ialah elemen rasisme yang tercetus sebelum, semasa dan selepas Merah.

Penganjur dan penyokong Merah menuduh Bersih 0.4 didominasi kaum Cina. Benar, majoriti peserta Bersih 0.4 adalah Cina. Tetapi, peratusan komposisi Cina berbanding yang lain sukar ditentukan.

Tetapi, adalah tidak wajar untuk menuduh Bersih 0.4 didominasi Cina. Kerana, daripada tujuh orang penganjurnya yang disiasat polis selepas selesai perhimpunan itu, majoritinya bukan Cina.

Pokoknya, Bersih 0.4 dianjur, disokong dan disertai rakyat pelbagai kaum. Ini amat berbeza dengan Merah yang terang-terangan merupakan perhimpunan orang Melayu. Perhimpunan orang Melayu tidak menjadikannya rasis. Mungkin sekadar rasialisme.

Menurut Ooi Kee Beng, “rasialisme” ialah mempromosi kaum sebagai klasifikasi asas dalam diskusi dan dasar awam. Ia tidak menjadikan seseorang itu rasis, tetapi ia adalah satu keadaan ke arah itu.

Manakala “rasis” ialah seseorang yang berasa dan mempamerkan kebencian terhadap orang lain atas alasan kaum. Ia mungkin berpendapat bahawa sikapnya itu adalah moral (baik). Ia berpendapat kaumnya adalah lebih baik, atau terbaik, berbanding kaum-kaum lain.

Mungkin juga ia tidak berasakan kaumnya adalah lebih baik atau terbaik, tetapi, pokoknya, ia menghakimi manusia dengan berasaskan kaum. Seorang rasis adalah juga seorang rasialis.

Apa yang merisaukan ialah elemen rasisme jelas kelihatan sebelum, semasa dan selepas Merah. Contohnya, ungkapan tiga orang Ketua Bahagian Umno, iaitu maki hamun diikuti pembakaran patung dua orang pemimpin Cina, kata nista terhadap Tun Mahathir dan Islam mengizinkan rasisme. Begitu juga ungkapan “Cina babi” dan sebagainya oleh peserta-peserta Merah.

Umno Malaysia perlu menyatakan pendirian atas hal ini. Kalau tidak, ia boleh dikatakan sebagai mengizinkannya. Ini penting kerana mutakhir ini wujud kerisauan bahawa kerajaan, ataupun tingkah-laku pemimpin-pemimpin tertentu, kelihatan semakin bergerak ke kanan dalam isu-isu dan dasar-dasar yang melibatkan kaum. 

Ini membawa kita kepada persoalan lebih besar, iaitu, adakah kerajaan memiliki elemen rasisme? Ini dilihat dari sudut Politik Ras (Jill Vickers dan Annette Isaac), iaitu bagaimana kerajaan mencipta kaum; menggunakan undang-undang, dasar-dasar dan institusi-institusi untuk mendukung politik ras; menghalang perubahan; dan membangunkan faham “rasisme demokratik”.

#Datuk Saifuddin Abdullah ialah CEO Gerakan Kesederhanaan Global. Beliau aktif di twitter: @saifuddinabd

Wednesday 23 September 2015

Epilog Cinta Ibrahim-Hajar : Kisah Sebuah Pengorbanan

Oleh: Ustaz Azlee Hassan

Sudah terlalu lama Nabi Ibrahim AS mendambakan seorang anak. Ketika melewati usia tua, isteri Nabi Ibrahim as, Hajar mengandung dan ia menjanjikan pewarisan zuriat keturunannya. Lantaran itu Nabi Ibrahim as semakin sayang kepada Hajar.

Hari demi hari akhirnya Hajar  pun melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan diberi nama Ismail. Keadaan ini menambahkan kasih sayang Nabi Ibrahim a.s terhadap Hajar dan anaknya Ismail. Namun Allah mahu menguji mereka. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim dan  Hajar ke suatu tempat yang jauh, yang Nabi Ibrahim as sendiri tidak mengenal tempat itu.
Baginda Nabi Ibrahim keluar merantau dari Bumi Palestin dengan menunggang seekor unta bersama Hajar dan Ismail ke tempat  yang dia sendiri tidak tahu tujuannya. Namun dia amat yakin akan adanya  Allah yang akan membimbingnya. Setelah berminggu-minggu berjalan tibalah Nabi Ibrahim di sebuah daerah yang bernama Mekah, satu daerah yang kering kontang dan tidak ada penghuni. Hanya terlihat gurun pasir dan gunung-gunung batu, tidak ada tanaman untuk dimakan juga tidak ada air untuk diminum. Nampaknya di sinilah  Hajar dan Ismail diperintahkan Allah untuk hidup dan bermukim.
Bagaimanalah perasaan Nabi Ibrahim as ketika itu. Tentu sahaja beliau berasa sangat sedih dan pilu, namun beliau berkata kepada  Hajar:  ”Bertawakallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan dialah yang akan melindungi kamu dan menyertai kamu di tempat yang sunyi ini. Sungguh kalaulah bukan perintah dan wahyu-Nya, tidak sekalipun aku tekad untuk meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat aku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahawa Allah yang Maha kuasa tidak akan menelantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya. Insya-Allah”
Setelah ditinggal  Nabi Ibrahim as untuk tempoh beberapa ketika, keadaan  Hajar dan Ismail sangat mencemaskan.  Hajar   diuji dengan kelaparan dan dahaga di gurun tandus tersebut. Akibat kelaparan, air susunya juga tidak cukup untuk menyusui  puteranya Ismail. Puteranya Ismail menangis meronta-ronta sehingga menyayat hati Sang Ibu bernama Hajar. Kelaparan, kecemasan serta  tangisan tanpa henti-henti Nabi  Ismail as  membuatkan  Hajar menjadi panik. Dia berlari-lari ke sana ke mari untuk mencari sesuap makanan atau seteguk air  buat penghilang lapar dan dahaga.
Lalu  Hajar pergi ke bukit Safa, dia berharap agar dapat menemui sesuatu yang mampu  menolongnya, namun hanya batu dan pasir yang ditemuinya di sana. Dari Bukit Safa itu dia melihat bayangan air yang mengalir di atas Bukit Marwah, kemudian dia berlari lagi ke bukit Marwah, namun setelah dia tiba di sana, yang wujud adalah hanya bayangan fatamorgana belaka.
Diriwayatkan dalam keadaan Hajar yang tidak berdaya dan hampir putus asa, setelah berulang alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Sofa dan Marwah, datanglah malaikat Jibrail lalu bertanya: “Siapakah sebenarnya engkau ini?” Kemudian  Hajar menjawab : “Aku adalah hamba sahaya Ibrahim”. Jibril bertanya lagi :” Kepada siapa engkau ditinggalkan di sini?”,  Hajar menjawab : “Hanya kepada Allah.
Lalu malaikat Jibrail berkata lagi : “Jika demikian, maka engkau telah ditinggalkan kepada Dzat yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupkan keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya”
Lalu  Hajar diajak  ke suatu tempat di mana malaikat Jibrail menginjakkan telapak kakinya dengan kuat di atas tanah. Dengan  izin Allah keluarlah dari bekas telapak kaki itu air yang begitu jernih. Mata air itu kemudian dinamakan mata air zam-zam yang tak pernah kering sehingga  hari ini. Keadaan ini pula yang menjadikan Kota Mekah semakin lama semakin tumbuh dan berkembang pesat zaman berzaman sehinggalah ke hari ini. Mekah menjadi bumi penuh barokah dan rahmah.
Sementelahan itu pula, ketika Nabi Ismail AS mencapai usia remaja, Nabi Ibrahim mendapat mimpi bahawa dia telah diperintahkan Allah untuk menyembelih puteranya tersebut.  Begitu lama Nabi Ibrahim as termenung untuk menafsirkan mimpi itu. Sesungguhnya amat berat ujian yang bakal dihadapinya.  Namun sesuai dengan firman Allah: “Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanahkan risalahNya”. Lalu Nabi Ibrahim menuju ke Mekah untuk menemui dan menyampaikan perintah tersebut kepada puteranya Nabi Ismail as.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : QS 2: 124, “ Dan (ingatlah, ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata:  “(Dan saya memohon juga) dari keturunanku”. Allah berfirman: “JanjiKu (ini) tidak menimpa orang-orang  yang zalim”.
Tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang Nabi Ismail pun menjawab perkhabaran ayahnya : “Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu.  Kemudian dipeluknya Nabi Ismail AS dan dicium pipinya ,Nabi Ibrahim lantas berkata : “Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, berbakti kepada orang tuanya serta yang ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah”
Ketika perintah penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikat kedua belah tangan dan kaki Nabi Ismail AS, dibaringkanlah dia di atas pelipisnya, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia. Maka terjadilah perang batin di hati Nabi Ibrahim as, antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Namun akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan di leher Nabi Ismail AS dan penyembelihan pun dilakukan.
Namun apa yang berlaku, parang yang tajam itu menjadi tumpul di leher Nabi Ismail AS.  “Wahai ayahku yang dicintai, rupa-rupanya engkau tidak sampai hati untuk menyembelih leherku karena melihat wajahku, cubalah  engkau telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku”.  Berkali-kali dilakukan tetapi tetap jua tidak berhasil.
Dalam keadaan bingung dan sedih, datanglah wahyu Allah : “Wahai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpimu itu, sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang cukup besar”.
Kemudian sebagai ganti nyawa Nabi Ismail AS, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim AS menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya. Inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap hari raya Eidhul Adha di seluruh dunia.
Kisah-kisah Qurani ini sentiasa bergema ketika menjelang hari raya Eiduladha. Ia  adalah kisah episod cinta kudus seorang manusia figur yang tinggi pengorbanannya terhadap Allah azzawajallah. Ujian kesulitan dan kepayahan yang dilalui Nabi Allah Ibrahim as, isteri dan puteranya adalah lambang kekudusan ubudiyah yang tidak ada tolak bandingnya di dalam sejarah kemanusian. Ia terlakar dalam babak-babak korban kasih dan cinta demi satu perjuangan agung dan besar.
Ibrah di sebalik tragedi cinta yang menyayatkan hati ini tidak terhenti dengan drama pilu dan sedih tetapi berakhir dengan sesuatu yang indah, manis, bahagia dan luar biasa. Ia adalah sebuah ujian, sebuah perjuangan, sebuah pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas demi menjunjung risalah besar dan agung serta mewariskan keturunan zuriat penyambung risalah. Mungkin  Hajar tidak pernah membayangkan kota Mekah yang dahulunya tidak berpenghuni, tanah yang gersang, kering kontang tanpa air, tempat  di mana dia berlinangan air mata demi seteguk air, sekarang sudah berkembang pesat menjadi kota moden yang  dikunjungi ramai manusia ketika ini.
Para duat di jalan allah perlu meneliti setiap babak kisah ini, mengamati perjalanan pahit manis rumahtangga dakwah pasangan sejoli Ibrahim-Hajar. Ke’jantanan’ puteranya Nabi Ismail as yang membuktikan tanda cinta yang tidak berbelah bagi. Kisah ini menjadi kisah dakwah bagaikan sejambak mawar merah yang  mekar mewangi dan harum sekalipun dikelilingi duri-duri yang tajam.
Marilah kita renungkan kembali kisah agung ini, marilah kita jadikan  kisah keluarga Nabi Ibrahim AS yang penuh ujian, perjuangan dan pengorbanan sebagai teladan perjuangan di atas jalan dakwah ini.Semoga hadirnya  Eidul Adha menjadi momentum untuk meningkatkan daya juang, kesabaran menghadapi ujian dari Allah serta  meningkatkan ruh keihklasan untuk berkorban demi agama, bangsa dan negara.
https://maalimfitariq.wordpress.com

Monday 21 September 2015

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Sekarang Akhi sedang giat mempromosi dan menjual buku tulisan Saudara Fathuri Salehudin iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki dan Allah Tempat Meminta (Edisi Penuh dan Buku Mini). Alhamdullillah itulah punca rezeki Akhi sekarang. Kalau nak beli melaui Pos pun boleh, Dan kalau nak jumpa Akhi. Akhi selalu jual buku itu samaada di Jalan Melayu Masjid India dan di depan Sogo. 

Kandungan buku ini disusun untuk panduan umat Islam yang mau rezeki mereka bertambah. Menurut penulisnya REZEKI kena dijemput, bukan di cari seperti yang menjadi tanggapan kebanyakan orang. Dan buku Mudahnya Menjemput Rezeki memberi petunjuk jelas cara bagaimana mau rezeki dijemput.

Buku tulisan Saudara Fathuri Salehuddin ini sudah lama diterbitkan iaitu pada tahun 2012 tetapi masih ramai yang belum membaca dan memilikinya. Jadi Akhi sarankan agar yang belum memilikinya, cari dan belilah kerana ianya amat tinggi nilainya. Akhi sendiri telah dapat merasakan perubahan apabila mengamalkan apa yang di tulis sebagai panduan oleh penulisnya. Cubalah hayati dan amalkan, Insyaallah anda juga akan dapat merasai kesan dan perubahannya dalam hidup anda.

Kerana terkesan dengan panduan yang diberikan menjadi sebab Akhi mahu agar buku ini dikongsi oleh sahabat-sahabat Akhi dan orang ramai khususnya. Dan sejak minggu lalu Akhi mula menjualnya. Jadi jangan ketinggalan, segeralah mendapatkan naskah edisi penuh berharga RM18.00 atau Buku Mini RM2.50 sahaja. Nak pesan dengan Akhi pun boleh tapi kenalah bayar belanja posnya.


"Dan dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka
Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-NYA.
Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

 ( Ath-Thalaq 65:3 )



ADAM CUCU AKHI

CUCU

Wednesday 20 May 2015

Tiens memberi cahaya harapan


Setelah setahun kena stroke,
berhariraya diatas kerusi roda
Sejak terkena stroke pada Jun 2009, terbaring selama lebih 1 setengah tahun. Akhi merasakan masadepan akhi musnah sama sekali. Tetapi belumlah sampai ke tahap putus asa, mungkin kerana sebelum ini akhi sering mengikuti kursus motivasi yang diantara modulnya adalah memotivasikan agar jangan sesekali kita berputus asa kalau ingin menjadi insan yang berjaya. Dan kerana  itu setelah mampu berfikir sedikit demi sedikit akhi terus mendekati bidang keilmuan terutamanya pengendalian komputer yang terus  'hilang' dari minda akhi sedangkan sebelumnya akhi agak dengan pelbagai aplikasi.

Disamping itu akhi juga giat berobat dengan pelbagai versi perubatan, perubatan moden dan alternatif termasuk berurut dan perubatan secara batin tetapi bukan tahyul, sekadar mandi air zikir di Global Ikhwan di Country Home, Rawang. Ternyata usaha mandi air zikir itu menjadikan semangat akhi kembali pulih walaupun tidak seratus peratus. Itupun sudah cukup memberi harapan pada Akhi untuk kembali bergerak seperti biasa, meninggalkan kerusi roda atau wheel-chair dalam pergerakan seharian.

Tiada peningkatan yang drastik selepas itu. Akhi boleh berjalan tetapi bertongkat dan cepat letih disebabkan kesakitan saraf. Namun demikian banyak juga perubahan yang dapat akhi lakukan termasuk dapat kembali mengendalikan komputer malah yang lebih uniknya, akhi dapat mempelajari cara membina laman web dari Abg Chob Mahir Web nun jauh di  Padang Serai Kedah. Akhi sendirian, pergi dengan keretaapi ke Butterworth disambung kemudiannya dengan bas ke rumah Abg Chob di Padang Serai, Kedah. Alhamdullillah biaya pergi dan balik juga untuk kali kedua pada bulan berikutnya dapat ditampung dengan mengajar bina laman web serta membuat laman web untuk rakan-rakan terdekat.

Selepas itu bermacam usaha dijalankan bagi memulihkan kesihatan akhi dan orang yang banyak
mengambil berat adalah isteri akhi Tengku Sabariah. Tetapi bak kata orang penyakit ketika datangnya macam ribut, perginya macam siput.... hampir tidak nampak prestasi pemulihannya,

Namun setelah isteri tercinta pulang dari kursus ke Bali, yang pada mulanya dijadualkan hanya selama 4 hari tetapi berlanjutan hingga ke 10 hari, ternyata ada beberapa perubahan yang ketara dari segi pengubatan yang terpaksa Akhi lalui.  






Apa yang dipelajari oleh isteri Akhi selama 10 hari itu?. Ianya tentang herba kuno China yang diadun dengan teknologi moden berusia lebih 5000 tahun dan dipasarkan sebagai jenama TIENS. Lihat dan klik DISINI untuk lebih tau tentang TIENS.

Yang peliknya, tiba-tiba sahaja akhi di paksa  menelan pelbagai jenis obat, ada 7 semuanya. Dari Chitosan, Glucosamine, Zink, Vitalime Solfgel, Tianshi Renuves, Munchord dan Nutrien Calcium...
sekali makan terus kekenyangan.... Begitulah jadinya. Ubat-ubat klinik yang dari dulu terpaksa akhi makan kini terabai begitu saja. Dan kesannya memang agak menakjubkan kerana baru sekitar 2 minggu akhi kaki akhi yang dulu lemah dah mula nampak perubahannya. Dan akhi mula terasa kuat untuk berjalan. Alhamdullillah. Nampaknya akhi akan terus mengamalkan perobatan herba china produk Tiens yang rasanya serasi dengan akhi setelah 6 tahun lebih akhi terus berharap untuk mencari cara untuk menyembuhkan stroke yang udah cukup memberi ujian kepada Akhi dalam meneruskan kehidupan. Akhi akan terus memperkenalkan Tiens kepada rakan-rakan dan sahabat handai demi kesejahteraan dan kesihatan mereka.



Tuesday 19 May 2015

SEJARAH TIENS

Didirikan tahun 1995 oleh Mr. Li Jinyuan di Tianjin, China, Tiens Group Co., Ltd. (Grup TIENS) yang memasuki pasaran antara pada  tahun 1998, berhasil didaftarkan di NASDAQ pada bulan September 2003 dan secara resmi masuk ke dalam AMEX pada bulan April 2005. TIENS adalah perusahan multinasional yang spesialis di bidang retail, pariwisata, keuangan, perdagangan internasional dan E-bisnis. Dengan rentang bisnis di lebih dari 190 negara dan wilayah, TIENS memiliki cabang atau perwakilan di 110 negara dan kawasan dan telah menjalin hubungan strategis dengan perusahaan-perusahaan kelas dunia dari lebih dari 20 negara.

Dengan mengembangkan produk-produk makanan kesihatan, perawatan kesihatan, perawatan kecantikan, dan perawatan rumah tangga, Grup Tiens menawarkan sebuah gaya hidup berkualiti tinggi disertai kesihatan, kebahagiaan, dan kesejahteraan kepada lebih dari 16 juta pengguna di seluruh dunia.
Dengan memberikan khidamat kepada Masyarakat melalui filosofi amalnya, Grup TIENS percaya pada tanggung jawab sosial perusahaan, dan telah mendermakan USD 1.36 juta bagi kesejahteraan masyarakat dunia dan kegiatan amal sosial hingga saat ini.
Pengurusan Tiens memberi konstribusi pada tujuan-tujuan strategis TIENS Internasional. TIENS mempunyai team internasional yang tidak terkalahkan dalam hal inovasi dan profesionalisme, termasuk 5.000 eksekutif dan lebih dari 35% pengedar bergelar  master ke atas..
Kini TIENS berarak menuju 500 Perusahan Terbaik Global dengan langkah raksasa, berpijak pada sistem manajemen luar biasa dan teori paling mutakhir antara lain Six-Network Interaction Theory (Teori Interaksi Enam Jaringan) yang maju, New Swap and Alternative Theory, dan New Supermarket Theory.
Visi: Berada di deretan terdepan dalam industri penjualan langsung global
Misi: Menyediakan bagi para konsumen global produk berkualiti dan kesempatan pendidikan dan kesejahteraan, meningkatkan kualiti hidup mereka, dan membangun sebuah masyarakat global yang harmonis.
Filosofi Bisnes: Memberi kontribusi kepada masyarakat dengan memulihkan kesihatan umat manusia.
Semangat Perusahaan: Memberi kontribusi kepada China melalui industrialiasi, dan meraih tujuan yang lebih tinggi melalui kerja sama tim yang harmonis dan dedikasi sejati.
Pedoman Kualitas: Perumpamaan untuk membangun kesihatan manusia, Tonggak Bersejarah untuk mewujudkan inovasi teknis, Method untuk menciptakan perbaikan berkesinambungan, dan Hati untuk memuaskan pelanggan.
Prinsip Manajemen Organisasi: Berpedoman pada pengetahuan, berbasis pada manajemen, berpusat pada hubungan, dan berorientasi pada orang.

Friday 15 May 2015

Betapa Menakjubkan Sebuah Proses Melahirkan

Semua manusia yang ada dibumi ini hadir dengan sebuah proses kelahiran.
Jika difikirkan dengan akal, kita akan menyadari betapa sebuah proses kelahiran benar-benar menakjubkan, setiap detail dan setiap rangkaian dari sebuah kelahiran semuanya tentu telah dirancang oleh Allah SWT sedemikian rupa sehingga seorang generasi baru bisa lahir darinya.
Seorang ibu yang memiliki peranan  dan tanggungjawab yang begitu besar dalam sebuah kelahiran. Kasih sayang dan benih cinta yang dimiliki oleh ayah dan ibu diwujudkan dalam benih kehidupan yang ditanam dalam rahim ibu. Proses yang panjang hingga menempuh kelahiran tentu merupakan sebuah detik yang mendebarkan dan sekaligus membahagiakan dalam kehidupan seorang ibu. Dari mulai mengetahui kehamilan, menjalani kehamilan hingga proses kelahiran adalah hal yang akan senantiasa membuat ayah dan ibu senang sekaligus tegang menanti buah cintanya.
Pernahkah anda mengalami hal serupa saperti ibu-ibu kita rasakan, dimana seringkali kita bertanya-tanya, bagaimana bisa seorang bayi dengan sosok tubuh yang cukup besar berada dalam perut seorang wanita dan mengalami kelahiran yang begitu dahsyat? Seringkali kita berpikiran bagaimana sebuah proses kelahiran itu bisa terjadi, mengingat tubuh bayi yang cukup besar bisa dan sanggup ditopang oleh seorang wanita. Tentu saja kasih sayang dan cinta jawabannya. Karena selain dua hal itu, tidaklah mungkin seseorang dengan rela melakukan pengorbanan yang sebesar itu.
Nah, kali ini untuk menjawab semua persoalan yang seringkali menghinggapi benak kita, maka kali ini ada sebuah tayangan luarbiasa bagaimana proses kelahiran seorang bayi. Tayangan kali ini diharapkan mampu menambah ilmu pengetahuan dan wawasan kita semua dan semoga tayangan kali ini seraya bisa memberikan kita inspirasi dan penghargaan besar bagi semua wanita sebagai calon ibu dan terutama untuk ibu kita sendiri. Bagaimana proses kelahiran itu? Jom, kita lihat tayangannya berikut ini.

Dapatkan Panduan Lengkap Menghadapi Persalinan. Klik disini --> Buku Panduan Persalinan Mengagumkan ya? Jangan lupa bagikan tayangan kali ini dan berikan pula komentar anda tentang tayangan ini.

Friday 27 March 2015

KUEH TRADISI AIR TANGAN MAK...

Dulu ketika ibu masih ada.... Setiap petang ada sahaja juadahnya, yang manis yang pedan dan yang berinti kelapa yang diperbuat dari tepong dari pisang dan ubi....

Memang ibu seorang yang airtangannya amat sesuai dengan selera akhi dan sesiapa sahaja yang rasa dan menikati kueh buatannya, kerana itulah karipap dan bengkang ubi kayu hasil airtangan ibu sentiasa laris setiap hari bila dihantar ke kedai Pak Ali di PengkalanTambang kampung akhi.

Karipap ibu memang special, dengan adunan intinya dari ubi keledek dan dan rempah ratus yang dicipta sendiri dan disebatikan dengan 'Spry' sejenis minyak sapi yang menjadi pilihan ibu.


Selain karipap ibu akhi juga akan menyediakan beberapa jenis kueh tradisonal yang lain seperti lempeng pisang dan roti nyior.....



selaim itu akhi sering meminta ibu buatkan penjan ubi dan pengat pisang untuk dimakan diwaktu petang....














Kueh lain yang menjdai pilihan adalah pulut udang, lopeh, kueh gelang, lompang, seri muka dan banyak lagi








Sampai sekarang setiap pagi dan petang akhi sentiasa minta kueh-kueh 
sama ada di buat atau dibeli di warong sekitar kawasan rumah akhi

Masakan emak juga bukan sahaja jadi kesukaan akhi dan saudara mara terdekat tetapi juga disukai oleh kebanyakan sahabat-sahabat emak. Semoga emak yang telah pergi buat selamanya pada 2010 akan tenang dan damai dikalangan orang-orang yang beriman disana kerana semasa hayatnya masih ada dia tak pernah rasa bahagia.

Tuesday 3 February 2015

JIMAT DAN MENGUNTUNGKAN

Anda menjadi pengguna teefom bimbit mungkin sejak zaman remaja, katakan sejak berumur 18 tahun seperti kebanyakan pengguna di Malaysia hari ini. Kalau ada berusia 48 tqhun sekarang bererti adalah sudah menggunakan telefon bimbit selam 30 tahun.

Katakan anda TopUp RM60 sebulan x 12 bulan x 30 tahun = RM21,600
Itu adalah kadar bagi anda membuat panggilan dan sms termasuk panggilan yang tidak dijawab dimana kredit anda akan tetap di potong antara 18 hingga 24 sen bagi telco yang ada dipasaran.

Kini sudah ada alternatif untuk penggunaan telefon bimbit anda secara lebih murah dan menjimatkan malah anda mungkin akan dapat menggunakannya secara PERCUMA dengan hanya memperkenalkan kepada keluarga atau rakan-rakan ada. Ianya juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan




Monday 26 January 2015

MENILAI DIRI

Udah lama akhi tidak menulis di sini. Bukan ketandusan idea tetapi sifat malas yang terus-terusan melanda diri ini. Tetapi hari ini akhi akan mula menulis kembali. Tetapi tetap tidak tahu apa yang mau akhi ceritakan malam ini.

Sekadar melepaskan rasa dan keinginan, akhi perahkan juga otak yang dah terkedu ini. Uhhh apa yang nak ditulis, semacam terlindung sahaja idea di sebalik kebekuan otak yang udah lama tak di asah.

Akhi imbas kembali, episod hidup seminggu dua ini. Pada awal tahun akhi rasa semacam rezeki agak mudah mengalir masuk tetapi oleh kerana keperluan lebih besar dari yang datang maka akhi masih juga rasa tak mencukupi.

Pada waktu yang sama kertas cadangan untuk memohon bantuan baitulmal masih juga tak dapat dilengkapkan, entah apa yang tak kena, ada saja halangannya. Akhi tidak dapat membezakan mana yang perlu di utamakan mana yang harus ditangguhkan. Mungkin kerana keperluan tunai membuatkan akhi buta dalam bab menentukan 'keutamaan' itu. Tetapi apa pun hari-hari yang berlalu 'smooth' - berjalan lancar.

Dalam pada itu, semacam ada gangguan apabila projek kedua yang murah dan dijangkakan senang tetapi tidak juga memberansangkan berbanding projek jam tawaf T3 Success. Antara kudrat dan kebijaksanaan akhi hampir tidak berdaya ditengah-tengah kedua-duanya.

Mungkin yang membaca tidak faham apa yang akhi katakan namun luahan ini mungkin dapat meredakan kebimbangan yang terus-terusan melanda diri dan fikiran tetapi biarlah kerana akhi dalam keadaan yang terpaksa meredhakan apa saja yang akan ditunjuk dan ditentukan.

Apa yang penting perjuangan akan akhi teruskan demi kesinambungan hidup. Juga demi cucu, anak dan isteri akhi yang telah banyak berkorban. Doakan kebahgian akhi, Itu harapan akhi kepada sahabat pembaca sekelian.