Setelah setahun kena stroke, berhariraya diatas kerusi roda |
Disamping itu akhi juga giat berobat dengan pelbagai versi perubatan, perubatan moden dan alternatif termasuk berurut dan perubatan secara batin tetapi bukan tahyul, sekadar mandi air zikir di Global Ikhwan di Country Home, Rawang. Ternyata usaha mandi air zikir itu menjadikan semangat akhi kembali pulih walaupun tidak seratus peratus. Itupun sudah cukup memberi harapan pada Akhi untuk kembali bergerak seperti biasa, meninggalkan kerusi roda atau wheel-chair dalam pergerakan seharian.
Selepas itu bermacam usaha dijalankan bagi memulihkan kesihatan akhi dan orang yang banyak
mengambil berat adalah isteri akhi Tengku Sabariah. Tetapi bak kata orang penyakit ketika datangnya macam ribut, perginya macam siput.... hampir tidak nampak prestasi pemulihannya,
Namun setelah isteri tercinta pulang dari kursus ke Bali, yang pada mulanya dijadualkan hanya selama 4 hari tetapi berlanjutan hingga ke 10 hari, ternyata ada beberapa perubahan yang ketara dari segi pengubatan yang terpaksa Akhi lalui.
Apa yang dipelajari oleh isteri Akhi selama 10 hari itu?. Ianya tentang herba kuno China yang diadun dengan teknologi moden berusia lebih 5000 tahun dan dipasarkan sebagai jenama TIENS. Lihat dan klik DISINI untuk lebih tau tentang TIENS.
Yang peliknya, tiba-tiba sahaja akhi di paksa menelan pelbagai jenis obat, ada 7 semuanya. Dari Chitosan, Glucosamine, Zink, Vitalime Solfgel, Tianshi Renuves, Munchord dan Nutrien Calcium...
sekali makan terus kekenyangan.... Begitulah jadinya. Ubat-ubat klinik yang dari dulu terpaksa akhi makan kini terabai begitu saja. Dan kesannya memang agak menakjubkan kerana baru sekitar 2 minggu akhi kaki akhi yang dulu lemah dah mula nampak perubahannya. Dan akhi mula terasa kuat untuk berjalan. Alhamdullillah. Nampaknya akhi akan terus mengamalkan perobatan herba china produk Tiens yang rasanya serasi dengan akhi setelah 6 tahun lebih akhi terus berharap untuk mencari cara untuk menyembuhkan stroke yang udah cukup memberi ujian kepada Akhi dalam meneruskan kehidupan. Akhi akan terus memperkenalkan Tiens kepada rakan-rakan dan sahabat handai demi kesejahteraan dan kesihatan mereka.
No comments:
Post a Comment