Thursday 16 October 2014

KASIH SEKAMPUNG


KASIH SEKAMPUNG 
Akhi amat tersentuh bila mendengar dan melihat sendiri Lelawati 
mendeklamasikan puisi 'Kasih Sekampung' 
di Perjumpaan Hariraya Aidilfitri pada 28 Julai 2014 yang lalu. 
Penilaian Akhi memang selayaknya dia diberikan penghormatan mendeklamasikan sajak 
dihadapan Presiden Indonesia dan dihadapan pemimpin-pemimpin besar di rantau ini.... 

Puisi yang dinamakan Kasih Sekampung ini adalah lahir dari hati nurani 
dan penghayatan Lelawati terhadap denyut nadi masyarakat dan rakan sekampung.... 
serta persekitaran kampung kami yang dikenali sebagai Kampung Sayong Lembah Kuala Kangsar.

Akhi bangga mempunyai rakan sekampung (yang juga murid Tadika Gerakan Belia 4B)
yang pernah akhi pimpin sekitar awal 70an dulu, walaupun namanya sudah dicanang dimana-mana
tetapi dia tidak sombong dan sentiasa merendah diri
walaupun pernah mendeklamasikan puisi di pentas antarabangsa.

Ternyata darah seni yang mengalir ditubuh ayahandanya Allahyarham Saudara Mohd Zahari
kini sudah meresap dalam tubuhnya. Akhi sentiasa berdoa agar Lelawati
akan terus memartabatkan seni khususnya seni puisi.

No comments:

Post a Comment