Thursday 16 October 2014

SEROJA LAHIR DARI SEBUAH KESEPAKATAN UKHUWAH

SEROJA sebuah grup FB yang telah diwujudkan pada 15 Disember 2013. Ianya diasaskan pada Jalinan Ukhwah Grup Terminal Pusaka. 


Seramai 32 orang hadir dan membincangkan nasib Terminal Pusaka yang telah di tinggalkan oleh pengasasnya sejurus sebelum Jalinan Ukhuwah Terminal Pusaka akan dilangsungkan.

Dengan semangat untuk melihat gabungan tenaga warga yang tinggal dikekalkan, maka  Zainaf Ibrahim, Akhi dan beberapa orang warga yang tak mahu grup dan kesepakatan ini terkubur begitu sahaja, telah menjalankan usaha untuk  Jalinan Ukhuwah diteruskan juga.


Tambahan pula Puan Zainaf Ibrahim dan Saudara Hashim suaminya telah membuat persiapan awal untuk pertemuan itu diadakan  Disokong pula oleh orang-orang lama dalam Terminal Pusaka seperti Saiffuzaman Aman Gado-Gado, Rohaini Mohammad Lani, Ruzielawati Yahya, Rahim Bakar maka usaha gigih teus dijalankan dengan akhi sendiri atas permintaan warga yang tinggal menjadi ketuanya. 


Alhamdullillah akhirnya pertemuan atau Jalinan Ukhuwah itupun berjalan sebagaimana dirancang. Puan Zainah Ibrahim nampak bersungguh-sungguh dengan khemah yang disediakan bagi menyambut tetamu yang datang, siap dengan banner yang mengalu-alukan kedatangan kami semua.

Pelbagai Acara di sediakan dengan jamuan yang tak putus-putus. Kesepakatan itu benar-benar terjalin dengan kesungguhan yang tak terbatas.

Acara yang diatur menyatukan seluruh warga yang datang, ada sukaneka, ada majlis taaruf, bertukar-tukar hadiah, beberapa acara lagi. 


Disebelah malamnya kami  bersolat jemaah dan mambaca yassin juga berkaraoke, ringkaskan cerita semua berjalan lancar walaupun beberapa hari sebelumnya keadaan agak runcing kerana pengasasnya mengundur diri secara mengejut tanpa memberi sebab-sebabnya.

Kesimpulannya pertemuan itu berlangsung dengan begitu meriah dan ceria. Dan hari kedua kami berkelah di kaki Gunung Ledang di Batu Pahat dan berakhir dengan penuh kesyukuran kerana sudah ada kesepakatan baru yang wujud antara kami...

Kini SEROJA sudah ada sebuah Jawatankuasa dan telah mempelbagaikan aktivitinya. 

No comments:

Post a Comment