Thursday 14 February 2019

AKTIF WALAU DIMANA PUN JUA

Sebuah NGO akan di wujudkan di pangsapuri Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara Ampang tidak lama lagi. Persatuan yang dinamakan Persatuan Penghuni B2 Desa Lembah Permai adalah cetusan dari gagalnya Mesyuarat Agung Pihak Pengurusan Bangunan  (IPC Managament Sdn Bhd) dan Penduduk pada 16 November 2018. Dari kegagalan tersebut maka sebuah Jawatankuasa Bertindak telah berjaya di tubuhkan dengan di pengerusikan oleh Saudara Abdul Aziz Zain serta Setiausahanya Puan Dhavi a/p Ponnan. Disebalik kedua-dua mereka Akhi telah memainkan peranan untuk mengadakan suatu pertemuan penghuni pangsapuri berkenaan.
Sebahagian dari penghuni-penghuni yang hadir dalam pertemuan pada 20 November 2018


Lain-lain penghuni yang terlibat dalam Jawankuasa Bertindak itu adalah Pak Joko (nama sebenarnya Zakaria Sirat), Wak Amin, Saudara Suhaime Shamsuddin, Saudara Hissham Ismail, Puan Siti Mas Kalsum, Saudara Bahran Mohd Yatim, Saudara Kunjali Salleh, Saudara Ramzi Ahmad dan beberapa orang lagi.

Pertemuan yang diadakan pada 20 November 2018 itu telah dihadiri oleh seramai hampir 200 orang ianya diadakan di Aras Bawah Pangsapuri B2 dan telah mendapat cadangan agar sebuah persatuan di tubuhkan untuk menjaga kebajikan penghuni-penghuni Blok B2 yang sudah menghuni hampir 12 tahun.


Dan sebuah Jawatankuasa Penaja telah pun di bentuk pada hari tersebut dengan Saudara  Abdul Aziz Zin dilantik sebagai Pengerusi serta Naib-Naib Pengerusinya adalah terdiri dari Puan Dhavi a/p Ponnan, Saudara Idris Janil dan Saudara Bahran. Akhi dilantik sebagai Setiausaha dan Saudara Noor Shahmiran sebagai Bendaharinya.

Jawatankuasanya pula adalah terdiri dari Pak Joko (Zakaria Sirat),Wak AMin Kobro, Saudara Suhaime Shamsudin, Ramzi Ahmad, Siti Mas Kalsom, Hissham Ismail, Zainalabidin Ali, Amiruddin Hashim, James Raj, Razali Mustapha, Mohd Fadlullah, Muhammad Nizam, Paramespry a/p Samikanoo.

Saudara Shamsuri Roni pula telah dilantik sebagai Ketua Unit Gerak Muda dan Puan Lili Marlina Jusohpula di pertanggung-jawabkan mengetuai Unit Gerak Wanita. Penolong Setiauasaha pula telah dipersetujui dipertanggungjawabkan kepada Puan Juni Susantie binti Herman.

Projek sulong yang berjaya dilaksanakan ada mengadakan Dailog dengan MPAJ dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan Lembah Jaya iaitu YB. Hajjah Aniza Talha. Itu dilaksanakan pada 8 Disember 2018 di Dewan MPAJ Desa Lembah Permai. Banyak perkara dibangkitkan dihadapan Pegawai2 MPAJ yang hadir mewakili pelbagai Jabatan yang ada dalam struktur Majlis Pebandar
an Ampang Jaya. Sementara YB. Hajjah Aniza Talha pula berjanjji akan membawa ke pengetahuan MPAJ tentang sewa dewan yang dikenakan sebanyak apabila dewan digunakan oleh penduduk-penduduk Desa Lembah Permai ini memandangkan tiada lagi tempat untuk beriadah serta mesyuarat bagi penduduk terutama golongan belia.

Pada 18 Januari 2019 suatu mensyuarat penghuni telah sekali lagi diadakan dengan memilih Saudara Bahran Mohd Yatim sebagai Pengerusi dan Puan Dhavi a/p Ponnan sebagai Timbalannya serta mengekalkan jawatankuasa yang lain bertujuan untuk didaftarkan. 

12 tahun lamanya penghuni-penghuni Blok B2 Desa Lembah Permai tidak punyai tempat mengadu dan tiada yang mengambil berat hinggalah pada 16 November 2018 apabila gagalnya mesyuarat pihak pengurusan bangunan dan penghuni, maka satu kesedaran timbul dikalangan penghuni-penghuni yang sedar dan merasakan amat perlunya sebuah badan yang mewakili penghuni-penghuni serta menjaga kebajikan mereka diwujudkan.

Apa yang Akhi lihat dikalangan penghuni tidak ada yang berpengalaman mengendalikan persatuan sebab itu walaupun pernah ada persatuan yang diwujudkan suatu masa dulu tetapi terbengkalai separuh jalan. Kebetulan Akhi dan beberapa orang penghuni mempunyai sedikit pengalaman dalam menubuh dan mengendalikan persatuan maka dengan wujudnya persatuan yang baru di desa ini akan menjadi sandaran kepada penghuni-penghuni di Blok B2 ini agar maju setapak ke hadapan dan merangka beberapa aktiviti-aktuviti untuk kebaikan dan kebajikan bersama.  

Kemana saja  Akhi pergi InsyaAllah akan Akhi turut sama dengan masyarakat setempat dalam sebarang kegiatan kemasyarakatan. Memang dari dulu begitulah sikap Akhi dari muda hingga kini. Masa di Jelebu Negeri Sembilan, ketika bersama dengan Abang Angkat Akhi yang mengusahakan kontrak pendebungaan kelapa sawit di Felda Pasuh Satu, dengan idea Akhi maka tertubuh Gerakan Belia 4B di Felda Pasuh Satu pada tahun 1980an yang kemudiannya menjadikan Akhi sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Sembilan Barat kemudian di Kuala Lumpur Akhi telah menjadi Presiden Gerakan Belia Dinamik. Belia Dinamik begitu aktif pada waktu itu dengan pelbagai kegiatan dan satu unit remaja yang ditubuhkan serta dinamakan sebagai Pelapis Dinamik telah berjaya mendaki Gunung Sibayak, Brastagi Medan serta mendaki beberapa buah gunung di Semenanjung dan Malaysia Timur serta berkayak dibeberap tempat di Semenanjung ini. Dan Pergerakan Belia Dinamik sentiasa bergerak cergas di Kuala Lumpur ketika Almarhum Dato' Dr. Sulaiman Mohammed menjadi Menteri Wilayah Persekutuan serta Almarhum Datuk Elyas Omar menjadi Datuk Bandar Kuaka Lumpur. Semasa era mereka berdua ahli-ahli Gerakan Belia Dinamik yang mempunyai Kumpulan Koir Dinamik telah dibari penghormatan ketika lagu rasmi Wilayah Persekutuan di lancar dengan rasminya.  

Pengalaman sebagai Jurulatih Kegiatan Belia dan Sukan Negeri Perak pada tahun 1976 - 1979 telah mendorong Akhi untuk berusaha dalam kegiatan belia dan kemasyarakatan sampai kini. Pernah bekhidmat dengan Majlis Belia Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarang Suara Belia Malaysia yang menjadi lidah rasmi badan tertinggi pergerakan belia di negara ini. Begitu juga dengan Gerakan Belia 4B Malaysia selain pernah menjadi salah seorang yang bergiat cergas dalam kepimpinannya Akhi juga diamanahkan sebagai Pengarang Belia BERGERAK sebuah lagi buletin yang menjadi lidah rasmi kepada pergerakan belia yang terbesar dinegara ini. 

Dalam Gerakan politik tanahair Akhi aktif bergerak dalam kegiatan reformasi. Pernah menjadi Setiauasaha Otai Reformis '98 selama beberapa tahun. Otai Reformis '98 tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan tetapi aktif menegakkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penyelewengan.



Itulah Akhi. Walau dimana jua Akhi berada Akhi akan bersama masyarakat setempat atan sebarang kegiatan yang berfaedah kepada masyarakat.


BERSAMBUNG...... 
AKHI DALAM KEGIATAN SENI BUDAYA