Dalam menciptakan idea bisnes kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dan “out of the box”. Hindari daripada membangunkan bisnes dengan bercerminkan kejayaan orang lain, melainkan anda membuat inovasi yang mampu menarik pelanggan dan unik. Jika anda menceburi bisnes yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang sengit. Daripada kita bersaing di ruang pasaran yang tepu dengan pesaing, lebih baik kita menciptakan sendiri ruang lain yang tiada pesaing, sehingga persaingan menjadi tidak relevan.
Jadi apa yang harus kita lakukan untuk sentiasa berfikir
secara “out of the box”? Mungkin beberapa tips di bawah dapat membantu anda:
· Kaji Selidik
Pelajari mekanisma bisnes anda secara terperinci dari mula
sampai akhir. Cari maklumat sebanyak mungkin, dari mana pun. Dengar cerita
rakan-rakan anda yang sudah berjaya kerana anda dapat mempelajari bagaimana
mencapai kejayaan daripada orang yang Anda percayai, seperti teman anda
sendiri.
· Berfikir dari pelbagai sudut pandangan
Cuba cari idea bisnes baru daripada perspektif yang berbeza
hasil daripada kajian anda di atas. Buat hipotesis idea bisnes dan ujilah ke
atas beberapa senario bisnes. Jika dapat, lakukan ujian pasaran dalam jumlah
yang kecil untuk mengetahui bagaimana respon pasaran terhadap produk anda.
Lupakan segala pemikiran yang menjadi penghalang dan cuba
hubungkan beberapa idea yang saling tidak berkaitan dan ciptakan inovasi baru.
· Berani gagal
Selalu sedia untuk mengambil
jalan yang berbeza sama sekali daripada orang lain dan selalu bersedia
menghadapi kesan/risiko. Yakinlah dengan keputusan anda. Jadikan kejayaan orang
lain sebagai motivasi diri dan ikut langkah-langkahnya yang dapat menuju
kejayaan, tetapi lebih baik lagi jika kita tidak mengikut idea bisnesnya. Cari
idea lain yang berbeza daripada orang lain.
Artikel ini disiarkan di: http://www.usahawan.com
No comments:
Post a Comment