Monday 18 July 2016

BERPECAHKAH PENYOKONG SETIA ANWAR BILA MAHATHIR TUBUH PMBB?

Dengan kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa Tun M tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. DSAI sudah di penjara atas motif politik selama hampir 2 tahun, dan kita semua tahu sejak mula lagi Anwar di penjara adalah bermula dari angkara Mahathir.


Hari ini Mahathir seolah-olah berjaya menjadi Ketua Pakatan Pembangkang mengambilalih tugas dan tanggungjawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil beri amaran kepada Datuk Seri Wan Azizah.

Katanya, "Saya ingatkan kepada Datuk Seri Wan Azizah jika mahu bersama PMBB (Parti Melayu Baru Bersatu), kita alu-alukan. Beliau tak perlu bagi syarat yang membebankan PMBB. Jangan persoalkan 'Bebaskan Anwar' itu tidak ada dalam agenda kita. Kalau dia tak mahu terpulanglah kepada beliau, dia bulihlah berbaik dengan PAS. Itupun kalau PAS mahu".


Persoalannya apa pendirian Otai dan pengikut setia DSAI. Adakah kita pun akan berpecah?

Pada Akhi Otai harus tegas dan tetapkan pendirian dalam hal ini. Kesetiaan kita kepada DSAI tidak usah dibiarkan tergugat, kita harus teguh dengan pendirian kita, dan meneruskan sokongan kita kepada DSAI dan Kak Wan.

Alasannya terlalu mudah, kita sedia maklum, selama ini Mahathir sebenarnya adalah tangan yang menghancurkan dan zalim bukan sahaja kepada DSAI tetapi juga kepada banyak pihak. Itu belum termasuklah memberikan sokongan dan kuasa kepada Najib yang kini menjadi penguasa yang serakah. Walaupun atas alasan untuk menurunkan Najib kerana kezalimannya dan yang juga terkenal dengan penyelewengannya yang terlampau, apakah kita harus mempercayainya dan 
menyokongnya pula. Dan apakah atas usaha untuk menurunkan Najib kita harus terus melupakan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Mahaftir selama ini.


Dan yang paling penting kita harus sedar bahawa Mahathir adalah seorang yang terlalu tinggi keegoannya. Kalau dia sedar apa yang dilakukan selama ini sepatutnya dia meminta maaf kepada DSAI dan kepada rakyat atas apa yang dilakukannya selama ini. Tetapi sebaliknya dia terus dengan memberikan tekanan kepada DSAI dengan menyatakan dalam gerakan barunya tiada agenda membebaskan Anwar, dan dia berkali-kali menegaskan bahawa dia dan barisan mereka yang menyokongnya akan FOKUS kepada agenda menurunkan Najib sahaja. Tumpuan itu perlu katanya agar menjadi keutamaan kepada semua yang terlibat. Baginya Anwar terlalu tua untuk jadi Perdana Menteri. Satu alasan yag dangkal dan yang sebenarnya dia ada agendanya yang tersendiri. Mungkin sebagai satu usaha untuk menjadikan Mukriz sebagai PM.

Akhi sebenarnya kesal dengan apa yang berlaku. Juga dengan kepimpinan yang dulunya menyokong Anwar tetapi kini beralih arah. Takkan mereka lupa siapa Mahathir sebenarnya?.

Itu semua Akhi tak kisah. Yang pentingnnya, apakah pendirian kawan-kawan dalam Otai Reformis 98 dan  kumpulan Reformis yang lain.

Dulu kita sudah merancang untuk menganjurkan Kovensyen Reformis pada bulan Mei tetapi semua itu nampaknya tak menjadi kenyataan juga di sebabkan oleh Gagasan Selamatkan Malaysia yang juga di terajui oleh Mahathir. Jawatankuasa Kovensyen pun sudah senyap begitu saja. Tak ada lagi kenyataan kenyataan bersangkutan dengan usaha itu. 


http://atomystars.com/dinsalleh313