Semasa minum kopi di bawah flat Lembah Permai Ampang bersama Duan, tercetus idea untuk menerbitkan buku yang berlatarbelakangkan kehidupan dan perjuangan reformis yang berjuang sejak tahun 1998. Pada ketika itu juga Duan bergegas mengambil buku terbitan beliau dari keretanya, selepas menatap buku bertajuk Aris Aziz sebuah catatan dan kompilasi biografi dengan bahasa dan susun grafik yang menarik, terasa nak menulis semakin membakar semangat. Bahan-bahan rasanya tidaklah sesusah mana kerana Akhi mengimbau kembali even setiap Khamis Malam Jumaat di Istana Segambut kediaman Anwar Ibrahim dan Kak Wan, dalam slot 'bicara santai' even tersebut sahaja sudah mampu menjadi bahan untuk sebuah buku setebal lebih 400 mukasurat. Ditambah dengan pengalaman Akhi selama 20 tahun dalam suka duka Gerakan Reformasi telah menyuburkan rasa untuk kembali menulis.
ANUAR SALLEH & RADUAN NORUDIN RN |
Untuk menerbitkan buku ini Akhi juga telah menalipon sahabat-sahabat Anwar, Dr. Hassan Jamil dan Sheikh Abdul Kadir dari Negara Brunei Darul Salam. Beliau adalah Timbalan Pengarah Jabatan Sejarah di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam, beliau juga bertanggungjawab sebagai Penyelidik dan Penterjemah Bahasa Arab di negara tersebut. Beliau telah menjadi kenalan Dato' Seri Anwar sejak zaman beliau menuntut lagi, sementara Dr. Hassan Jamil pula mempunya banyak kenangan manis dan rapat dengan Anwar sehinggakan beliau pernah berutusan surat dengan Dato' Seri semasa di penjara. Seorang lagi sahabat Akhi ialah Hasni Abbas yang turut terlibat dalam acara "Hari Khamis Malam Jumaat" di Istana Segambut telah Akhi jemput menulis dalam buku ini semoga dengan adanya beliau akan dapat mewarnai buku yang Akhi kelola - terbitkan dari pelbagai sudut. Penglibatan Saudara Hasni abbas dalam aktiviti kesatuan sekerja di negara ini akan memberi suatu sudut yang berbeza dengan penulis lain dan beliau menyatakan bahawa topik yang akan beliau paparkan adalah perbezaan antara gerakan reformasi Malaysia - Indonesia. Itu adalah hasil perbualan Akhi dalam talian telefon pada sebentar tadi (1 Ogos 2018).
Selain dari mereka Akhi juga akan menjemput YB. Fuziah Salleh, YB. Rodziah Ismail, YB. Saari Sungib, YB. Ronnie Liu, Saudara Haili (Pencipta Logo Otai Reformis '98) dan seorang reformis dari kaum India sebagai penulis jemputan.Semoga apa yang Akhi hasratkan ini akan mendapat dokongan dari mereka yang terlibat dan seterusnya akan ditaja penerbitannya oleh mereka-mereka yang sudi dan mahu melihat terbitnya sebuah buku yang di hasilkan oleh seorang reformis jalanan.