Salah satu yang menjadi buruan jutaan jemaah haji atau
mereka yang mengerjakan umrah di Mekah adalah mengucup batu Hajarulaswad. Namun
bagi masyarakat bukan Islam di Barat melihat ia sebagai satu ritual walhal
sebenarnya mengucup Hajarulaswad bukanlah ritual dan ia tidak ada kena mengena
dengan syarat-syarat ibadah haji dan umrah.
Pertanyaan sebegini pernah di cetuskan oleh Saiyadina Umar
al-Khatab. “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya
dan manfaat. Jika aku tidak melihat Rasullullah mengucupmu nescaya aku tidak
akan mencium”. (hadis No. 228 Kitab Sahih Muslim).
Adalah satu perbuatan tidak masuk akal jika mereka mengangungkannya
kerana ia hanyalah sebuah batu. Namun perlu difahami, umat Islam bertindak
mencium dan mengusap batu itu bukanlah bertujuan menyembahkannya. Semua itu
adalah saksi ketaatan dan rasa tunduk umat manusia terhadap perintah Allah SWT menerusi
ajaran dan sunnah yang dibawa oleh Rasullullah SAW.
Rasullullah SAW juga pernah bersabda dalam hadis sahih
riwayat Imam Bathaqie dan Abbas ra bahawa “Allah SWT membangkitkan Hajarulaswad
pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan berkata-kata. Ia akan menjadi saksi
terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Sarah awal mendedahkan secara kasar, batu itu pernah pecah pada zaman Pertengahan menjadi lpan kepingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut Perak berukuran 25 sentimeter panjang dan 17 sentimeter lebar.
Orang petama yang memasang lingkaran pita perak itu adalah seorang ahli sejarah dari Mekah. Abdullah Zubair, selepas berlaku kebakaran pada kaabah. Pemasangan itu dilakukan agar Hajarulaswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pada tahun 189 Hijrah, Khalifah Uthmaniah, Sultan Harun al-Rasyid telah melakukan umrah di Mekah. Baginda memerintahkan seorang pengukir perak terkenal ketika itu, Ibnu at-Tahnan, untuk menyempurnakan lingkaran perak disekeliling Hajarulaswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.
Kenapa batu itu terlalu istimewa dikalangan umat Islam?,
tidak lain kerana batu Hajarulaswad diriwayatkan sebagai permata dari syurga dan
dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. Ia kemudian diberikan kepada Nabi
Ibrahim as untuk di letakkan disalah satu sudut Kaabah. Lokasinya kini terletak di sudut timur kaabah
dengan ketinggian 1.5 dari lantai Masjidil haram. Hajarulaswad menjadi tanda
permulaan dan penghabisan pusingan tawaf di Kaabah.
Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar |
Soalnya, mengapa batu itu berubah menjadi hitam? Rasullullah
SAW bersabda, “Dosa-dosa anak cucu Nabi Adamlah menjadikannya sebegitu rupa”. Sejak itu batu itu dinamakan Hajarulaswad yang
membawa maksud bati hitam.
Bagaimanapun, saintis Barat sukar mempercayai hal ini, malah
terus mempertikaikan asal usul batu itu. Lalu Ilmuan Islam dari Mesir, Prof.
Dr. Zaghul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi
membuktikan asal-usul Hajarulaswad dari syurga semamangnya benar.An-Najjar meyakinkan dunia Islam bahawa kajian itu tidak akan merosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah. Tiba disana penyelidik itu mengambil dua sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro. Sampel itu kemudiannya dihantar ke makmal untuk diuji kaji.
Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang
tertua didunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana
batu-batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu
Hajarulaswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan
dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia
Barat. Kesahihan itu sekaligus meletakkan kebenaran dalam ajaran Islam.
Sesungguhnya, mengucup dan mengusap Hajarulaswad bukanlah
satu perbuatan dogmatik semata-mata, tetapi ia adalah perlakuan logis yang
tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi. Justeru, kalau ada peluang,
kucuplah kerana Siti Aisyah ra meriwayatkan. Rasullullah SAW bersabda,
“Nikmatilah (peganglah) Hajarulaswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia
berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke
syurga sebelum kiamat”.Sumber: Majallah Infiniti.