Thursday 18 February 2016

‘Hanya Anwar sebagai PM mampu kembalikan maruah Malaysia’


'Hanya Anwar sebagai PM mampu kembalikan maruah Malaysia'
Veteran politik Dr Syed Husin Ali tegas mengatakan hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ‘disimpan’ di Penjara Sungai Buloh satu-satunya tokoh yang mampu mengembalikan maruah Malaysia dalam masa singkat di mata dunia.
Tokoh politik sejak 1950an yang pernah menjadi pensyarah Anwar ketika ikon berkenaan menuntut di Universiti Malaya itu yakin anak didiknya mempunyai kebolehan tersendiri mengubat pelbagai jenis skandal yang menjejaskan reputasi negara sejak dua dekad lalu.
“Saya percaya dia boleh. Susah, tetapi dia boleh.
“Susah sebab keadaan sekarang terlalu teruk. Boleh, sebab itu adalah kebolehan dia. Saya rasa dia sudah menghadam betul-betul masalah-masalah yang dihadapi oleh negara,” kata beliau dalam satu temubual bersama SK.
Ketika ditanya daripada pengalaman politik yang panjang, waktu manakah Malaysia pernah mempunyai detik-detik terbaik dalam sejarah selepas merdeka, Syed Husin tidak melihat negara ini pernah mempunyai period yang boleh dibanggakan sebagai negara demokrasi.
Katanya, detik tersebut pernah muncul tetapi tidak sempurna dan kemudian dibinasakan oleh pemerintah yang mahu terus berkuasa secara menekan rakyat.
“Sebenarnya selepas baru merdeka ada sinar-sinar harapan. Misalnya dari segi sastera, Asas 50, ada perkembangan idea-idea yang tidak serupa dengan apa yang kita nampak sekarang ini.
“Dari segi kebudayaan pun banyak pemikiran, persidangan dan perbincangan. Pada waktu itu juga orang membincangkan soal pendidikan dan soal ekonomi, tapi lama kelamaan ia merosot.
“Masa mula-mula Mahathir naik dulu (1981), kita mengharapkan satu perubahan kerana dia menjanjikan perubahan. Tapi lepas itu kebebasan makin disekat. Jadi sinar-sinar harapan itu hanya sekejap. Tapi yang saya lihat keadaan terburuknya adalah sekarang. Soal kaum makin teruk, soal agama makin sempit, soal korupsi makin teruk.
“Pemimpin tidak bertanggungjawab, di negara lain pemimpin akan bunuh diri disebabkan masalah tersebut (tuduhan derma politik). Akhbar antarabangsa menghentam Najib mengatakan dia tidak berguna. Dia Menteri Kewangan terburuk di Asia, dan beliau (Najib) hendak menyaman WSJ terhadap tuduhan 1MDB tapi sampai sekarang tidak disaman.
“Ertinya, kita mempunyai seorang pemimpin yang korup, yang tidak memberikan kebebasan kepada rakyat,” kata Syed Husin.
Syed juga menganggap skandal derma RM2.6 bilion sebagai melucukan dan tidak selayaknya berlaku dalam negara yang kononnya mahu mengejar status negara maju pada 2020.
“Bayangkan RM2.6 bilion masuk ke akaun sendiri dan dikatakan duit itu adalah duit derma
“Pada mulanya diberitahu derma itu untuk parti, selepas itu untuk pilihan raya, kemudian dia kata digunakan untuk melawan keganasan (IS), tapi baru-baru ini AG (Peguam Negara) berkata RM2 bilion sudah dipulangkan
“Mana ada orang dapat duit derma hendak pulangkan balik. Sekarang perkara itu (skandal pemindahan wang) disiasat di Hong Kong, Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat dan juga England.
“Jadi bila kita disiasat sebegitu rupa, mesti kita malu, tapi dia (Najib) masih lagi dengan cara dia,” kata Syed Husin sinis.

LEXUSFX MENGUBAH HIDUP AKHI

Team BestMobile ketika bergerak bersama
membuat penajaan suatu ketika dulu
Hidup Akhi kini telah sedikit berubah. Dari susah kepada senang sedikit sejak join lexusfx.com yang di perkenalkan oleh pasangan suami isteri Ustaz Noordin Sahlam dan Ustazah Junainah Mohd Nor. Akhi bersyukur sangat bila kenal dengan mereka. Mereka mengambil berat dan sentiasa memberi peluang kepada Akhi apabila ada program baru dipasaran.

Mula-mula dulu mereka perkenalkan kepada Akhi BestMobile tetapi BestMobile walaupun ianya di rancang dengan baik tetapi ternyata ianya berakhir dengan kehampaan walaupun sambutan agak hangat. Pihak BestMobile sendiri tidak berjaya mengatasi masaalah yang berbangkit hingga bonus pun sampai sekarang tidak dirasai langsung walaupun ramai yang telah membuat penajaan. Walaupun simkad Best Mobile masih ada yang menggunakannya tetapi syarikat itu sendiri tak tahu samaada masih ada atau tidak. Ianya hilang tanpa berita.

Sebelum itu kami bersama berada dalam perniagaan jam tawaf di syarikat T3Success yang di pimpin oleh Encik Amir tetapi semakin lama semakin terasa syarikat tersbut tidak boleh pergi jauh lalu kami sepakat meninggalkannya. Begitu juga beberapa buah syarikat yang kemudiannya tidak berjaya memberikan kami harapan. Ada yang pulang modal dan ada yang tidak.

Dan yang terkini kami bersama lagi dalam lexusfx, sebuah syarikat pelaburan yang berasaskan urusniaga forex. Dan perniagaan ini nampaknya berjaya memberi pulangan yang agak lumayan. Dengan modal pada mula RM400 kemudian setelah yakin di upgrade ke RM4,000 dalam masa sebulan sahaja Akhi berjaya menjana lebih RM15,000 secara tunai. Syukur dan ramai rakan-rakan yang turut serta pun berpuashati dengan apa yang mereka dapat. Alhamdullillah.