Monday 26 January 2015

MENILAI DIRI

Udah lama akhi tidak menulis di sini. Bukan ketandusan idea tetapi sifat malas yang terus-terusan melanda diri ini. Tetapi hari ini akhi akan mula menulis kembali. Tetapi tetap tidak tahu apa yang mau akhi ceritakan malam ini.

Sekadar melepaskan rasa dan keinginan, akhi perahkan juga otak yang dah terkedu ini. Uhhh apa yang nak ditulis, semacam terlindung sahaja idea di sebalik kebekuan otak yang udah lama tak di asah.

Akhi imbas kembali, episod hidup seminggu dua ini. Pada awal tahun akhi rasa semacam rezeki agak mudah mengalir masuk tetapi oleh kerana keperluan lebih besar dari yang datang maka akhi masih juga rasa tak mencukupi.

Pada waktu yang sama kertas cadangan untuk memohon bantuan baitulmal masih juga tak dapat dilengkapkan, entah apa yang tak kena, ada saja halangannya. Akhi tidak dapat membezakan mana yang perlu di utamakan mana yang harus ditangguhkan. Mungkin kerana keperluan tunai membuatkan akhi buta dalam bab menentukan 'keutamaan' itu. Tetapi apa pun hari-hari yang berlalu 'smooth' - berjalan lancar.

Dalam pada itu, semacam ada gangguan apabila projek kedua yang murah dan dijangkakan senang tetapi tidak juga memberansangkan berbanding projek jam tawaf T3 Success. Antara kudrat dan kebijaksanaan akhi hampir tidak berdaya ditengah-tengah kedua-duanya.

Mungkin yang membaca tidak faham apa yang akhi katakan namun luahan ini mungkin dapat meredakan kebimbangan yang terus-terusan melanda diri dan fikiran tetapi biarlah kerana akhi dalam keadaan yang terpaksa meredhakan apa saja yang akan ditunjuk dan ditentukan.

Apa yang penting perjuangan akan akhi teruskan demi kesinambungan hidup. Juga demi cucu, anak dan isteri akhi yang telah banyak berkorban. Doakan kebahgian akhi, Itu harapan akhi kepada sahabat pembaca sekelian.