Thursday 16 October 2014

LOMBA MENGHAFAL AL QURAN DI INDONESIA



Seorang kanak-kanak bernama Musa yang baru berusia 5 tahun setengah telah membuktikan bahawa tidak boleh membaca bukan halangan untuk meghafal Al-Quran. Dalam usia semuda itu Musa telah berjaya menghafal 29 juz ayat AlQuran... Ini membanggakan seluruh hadirin dan mendapat komen dari dua orang juri dan yang paling trajis sekali, ramai penonton yang menyaksikannya terpegun dan ada yang sampai menitiskan airmata.

Juri 1 : Abi
Saya tidak punya bahasa.... Subhanallah

Ayah bunda semua... Inilah sebuah nilai bahawa anak kecil, sekali pun dia sangat  terbatas kemampuannyaketika dia menjadi mulia kerana Al Quran maka semua kita tunduk. Kerana Allah telah memuliakannya dengan AlQuran

Bapa ibu tau, ini wang…  perhatikan, ini wang…  ini kertas, ini tidak ada apa-apanya,  di injak-injaktetap dia berharga, kerna apa? kerana nilaisekalipun diinjak dia punya nilai, dia tetap menjadi berharga..

Ini anak, tidak punya kemampuan apa-apa tetapi kerna nilainya membawa Al Quran, dia menjadi mulia, Allah memuliakannya, saya tidak bisa menyatakan apa-apatetapi saya merasakan betapa Al Quran adalah fitrah manusia, satu-satunya kitab yang bisa dihafal, sampai anak yang paling kecil pun, yang tidak bisa membaca AlQuran pun bisa menghafalkan Al Quran,  itulah fitrah manusia

JURI 2: 
Itu sudah membuktikan janji Allah WT
Kami telah memudahkan Al-Quran  untuk di pelajari
saya percaya dan yakin bukan orang tua saja yang bangga,bukan kita sebagai juri disini bangga tapI saya juga yakin seratus persen Allah juga bangga terhadap seorang hamba  yang bisa berhasil menjadi seorang ahlul AlQuran dan saya percaya dan yakin seperti Musa ini masih banyak di negeri kita, mudah2an dengan wujudnya anak-anak saperti ini Allah berkahi negeri kita.


Sebutir Mutiara, sinar gemilangnya sudah nampak nyata diusia terlalu muda....
Cahaya sinarnya akan memancar ke seluruh nusantara, walaupun kerdil tubuhnya, belum boleh membaca tapi besar sungguh syufaatnya.


Anak kecil ini bukan sahaja memukau dan meruntun jiwa tapi juga bisa meluruhkan airmata sesiapa saja mendengar alun suaranya, akan terasa terlalu hiba melihat akan kemampuannya.

Itulah anugerah Allah SWT Yang Maha Esa, mengangkat martabat dipersada sungguh mulia dan tak ternilai karamahnya, disana sudah ada syurga menantinya, Insha Allah, begitulah hendaknya.

BUAH KURMA MAKANAN SUNNAH RASULLULLAH

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab Kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak danmenjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


ANTARA KHASIAT KURMA


1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .
Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.

Beginilah lebatnya buah kurma di Kota Bharu
Berita paling menggembirakan penggemar buah kurma adalah  pohon kurma di Kota Bharu, Kelantan berbuah lebat. Terdapat 30 pokok kurma yang ditanam di Bulatan Jam Besar berhampiran Mezeum Ibu Negeri yang popular dengan jolokan Serambi Mekah itu. Popular juga dengan nama Cik Siti Wan Kembang Negeri Kelantan dilihat sebagai negeri yang sesuai untuk menjadi pengeluar buah kurma di Malaysia.

Orang ramai seronok dengan fenomena ini. Beribu orang datang melihat pohon-pohon kurma yang berbuah lebat itu. Walau pun belum kesemua 30 pokok kurma yang ada disitu berbuah tetapi dengan lebih kurang 10 pokok sahaja yang berbuah tetapi orang ramai tetap teruja mengunjunginya. Apakah ini petanda Negeri Kelantan atau Serambi Mekah ini akan popular dengan hasil buah kurmanya suatu masa nanti. 

Pemandangan di Bulatan Jam Besar Kota Bharu yang terdapat 30 pohon kurma



Anda mungkin juga meminati:

NOSTALGIA PAK MAEL BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

Pak Mael pada mulanya Akhi kenal melalui Ruangan Mari Berpantun Laman Sosial FB, Dari berbalas-balas pantun hinggalah ke sembang FB. Dari situ Akhi yakin bahawa antara Akhi dan Pak Mael banyak persamaan. Dia minat Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, saya juga punyai minat yang sama. begitu juga berpantun, nampak banyak persamaan antara kami.

Inilah Pasangan Bahagia Pak Mael dan Isterinya Puan Naeimah Hanif
Dari situlah rakan FB ini semakin rapat dengan Akhi. Apa saja aktiviti Akhi dia akan 'Like'. Sebagai penghargaan Akhi kepadanya Akhi buatkan sebuah foto cover majallah 'FAMILY & FRIEND', kemudian Akhi edit sekeping foto dia dan isterinya semasa dalam percutian di Gambang.

Dan atas rasa teruja Akhi dengan perhatian dan doa-doa Pak Mael Akhi edit foto-foto percutianya ke Pahang dan Trengganu. Walaupun hanya berkongsi Akhi melalui foto-fotonya Akhi tersentuh kerana dapat melihat sebuah keluarga yang pastinya dirahmati Allah SWT dan disinari dengan kejayaan dan kebahgiaan. Selain itu Akhi juga telah menyiapkan sebuah slideshow untuknya.

Album dan Slideshow tersebut Akhi beri judul "Percutian Pak Mael dan keluarga bahgianya". Album dan slideshow ini telah mendapat komen yang sungguh menggalakkan dari Rakan-Rakan FB. Terimakasih atas penghargaan dan aprisiasi yang diberikan.



Kedua-dua gambar diatas ini Akhi ceriakan. Dua orang anak Pak Mael ini merakamkan gambar mereka berlatarbelakangkan laut yang membiru tetapi Jurufoto yang mengambil foto asal (Foto 1) telah merakamkan foto
dengan tidak mengimbangkan latar belakang foto asal maka foto tersebut jelas memperlihatkan garis laut tidak
seimbang manakala foto 2 adalah foto yang edit akan nampak lebih hidup dengan menambah objek bot pelancongan dan speed bot agar nampak lebih seimbang, ceria dan segar.
Ini adalah foto cucu Pak Mael yang saya jadikan cover majallah
Gambar2 Percutian sahabatku Pak Mael dengan keluarga bahagianya.dalam FB
Anda mungkin juga meminati:

STROKE RINGAN

Ketika seseorang mengalami stroke, mereka mungkin mengalami stroke berat atau stroke ringan. Banyak orang yang mengalami stroke ringan tidak mencari bantuan medis yang diperlukan untuk kodisi tersebut, sehingga menempatkan mereka pada resiko lebih tinggi mengalami stroke yang mengancam jiwa.

Stroke ringan disebut sebagai Transient Ischemic Attack (TIA) dalam bahasa medis. Gejala-gejala yang dialami pada stroke ini mirip dengan gejala yang dialami oleh mereka yang mengalami stroke berat. Namun, gejala ini tidak sepanjang gejala yang menyertai stroke berat.
Hal ini terjadi ketika seseorang mengalami penyumbatan atau pengurangan aliran darah yang mengalir menuju bahagian tertentu dari otak. Halangan aliran darah ini biasanya berupa pembekuan darah. Dalam waktu singkat, pembekuan biasanya akan menjadi cair atau melalui vena atau arteri dan memungkinkan aliran darah lancar lagi.
Stroke ringan adalah sebuah peringatan bahwa seseorang bisa mengalami stroke berat di masa depan. Jika memang demikian penting untuk menghindari menunda pengobatan karena boleh menyebabkan stroke berat. 

Gejala jenis stroke antara lain :
  • Mati rasa dan sensasi kesemutan mungkin dialami pada satu sisi tubuh.
  • Banyak orang mendapati bahawa mereka mampu secara tepat memindahkan salah satu sisi tubuh ketika mereka menderita stroke ringan.
  • Bahasa dapat menjadi sulit. Banyak orang mendapati bahwa mereka tidak mampu berbicara dengan petah dan bahwa mereka bingung mengguna atau memilih  kata-kata.
  • Banyak orang yang menderita TIA mengalami kesulitan untuk memahami kata-kata yang diucapkan kepada mereka.
  • Banyak penderitanya mengalami komplikasi fisik seperti pusing atau tantangan belajar.
Dalam beberapa minit saja mengalami stroke, sel-sel otak mulai mati. Jadi penting sekali untuk mengenali gejala-gejalanya, agar segera ditangani dan mendapatkan perawatan yang tepat untuk pemulihan. Stroke ringan mungkin tidak akan menimbulkan gejala namun tetap dapat merosak jaringan otak.
Tanda-tanda stroke antara lain:

ABAL UHUD (BUKIT UHUD)

Bukit ini merupakan bukit terpanjang di Madinah. Panjangnya dari Timur ke barat lebih kurang 6 km. Letaknya lebih kurang 4 km ke sebelah utara dari pusat bandar Madinah.

Ia dinamakan ‘UHUD’, mengikut sesetengah pendapat kerana kewujudannya berasingan dari bukit-bukit sekitarnya. Didalam Al-Quran ia disebut “Ahad”.
Jabal Uhud di Madinah


1.       Kemuliaan Bukit Uhud
Diantara kelebihan Bukit Uhud ialah: Rasulluulah bersabda bermaksud: “Uhud ada bukit yang mecintai kami dan kami mencintainya” (Riwayat al-Bukhari)
Rasullullah SAW juga bersabda baermaksud: “Bukit Uhud adalah sebuah bukit daripada bukit-bukit syurga”

Bukit Uhud mengingatkan kita tentang satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu peperangan Uhud. Peperangan ini berlakunya pada tahun 3 hijrah. Di medan Uhudlah berlakunya peperangan yang dahsyat itu dimana kaum muslimin yang hanya berjumlah 700 orang melawan tentera kuffar Makkah yang berjumlah 3000 orang.

2.       Detik-detik Peperangan Uhud
Setelah kaum musyrikin Makkah mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan Badar dan terbunuhnya ramai pemuka-pemuka Quraisy. Kepimpinan pihak musyrikin dipimpin oleh Abu Sufian bin Harb. Demi menebus malu terhadap kekalahan yang lalu itu dan membalas dendam diatas pemuka-pemuka Quraisy. Abu Sufian bangun dan mengumpulkan hampir 3000 orang bala tentera yang terdiri daripada kaum Quraisy, sekutu-kutu mereka dan hamba-hamba Habsyi, turut serta adalah wanita-wanita mereka untuk membangkit semangat supaya mereka tidak mudah berundur. Gerombolan yang besar itu bertolak menuju Madinah untuk menyerang Easullullah SAW dan kaum muslimin. Peristiwa itu berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke 3 Hijrah.

PEPERANGANG UHUD (Gambaran Pelukis)
Waktu kaum musyrikin tiba disempadan Madinah, Rasullullah SAW mengumpulkan para sahabat untuk mengadakan musyawarah, adakah perlu keluar dari kota Madinah atau bertahan sahaj di Madinah?. Rasullullah SAW bercadang bertahan sahaja di Madinah. Para wanita dan kanak-kanak diletakkan di atas bumbung rumah. Sekiranya kaum msuyrikin masuk, baru diperangi mereka. Cadangan itu dipersetujui oleh Abdullah bin Ubai, ketua nunafiqin.

Tetapi ramai para sahabat mengusulkan agar umat Islam menghadapi serangan pihak musyrikin diluar kota Madinah. Usul itu akhirnya dipersetujui oleh Rasullullah SAW, lalu baginda masuk kedalam rumahnya memakai pakaian perang.

Para sahabat rasa bersalah dengan usul itu, kerana mereka merasakan telah memaksa Rasullullah SAW dan mereka cuba meminta maaf dari kepada baginda. Tetapi baginda bersabda: “Sesungguhnya bukannya bagi seorang nabi apabila dia memakai baju perangnya, dia kan menanggalkannya sehingga dia berperang, akan berlaku kepada kamu satu musibbah” 

Para peringkat awal, Rasullullah SAW keluar bersama seribu orang tentera Islam. Tetapi dipertengahan jalan antara Madinah dan Uhud, Abdullah bin Ubai berjaya menghasut 300 orang tentera Islam supaya berpatah balik ke Madinah. Hanya 700 orang sahaja yang meneruskan azam untuk berjihad. 
Pasukan Berkuda Quraisy merampas Jabal Uhud sebaik sahaja
Tentera Muslim berundur
Apabila sampai di Uhud, baginda SAW menempatkan 50 pemanah diatas Bukit ‘Ainain (dikenali selepas ini sebagai Jabal Rumah yang beerti Bukit Para Pemanah) untuk mengawal tentera Islam agar tidak diserang dari arah belakang. Baginda juga berpesan agar mereka tidak meninggalkan bukit tersebut walau apapun terjadi.

Pada hari Sabtu berlakulah pertembungan yang sengit diantara tentera Islam dan tentera syirik. Pada peringjat mula, umat Islam mendapat kemenangan yang gemilang sehingga memaksa kaum musyrikin berundur jauh dan meninggalkan harta benda mereka di medan peperangan itu.
Tentera-tentera pemanah yang berada di atas Bukit ‘Ainain, setelah melihat tentera musyrikin yang telah berundur kalah dan melihat harta yang begitu banyak ditinggalkan oleh musuh, mereka menyangka perang sudah pun selesai, lalu mereka tu turun dari bukit bersama-sama mengumpul harta rampsan dan mereka lupa arahan Rasullullah SAW agar jangan meninggalkan tempat itu.

Dengan pengosongan bukit itu oleh tentera-tentera pemanah tersebut telah diambil peluang oleh Khalid bin Al-Walid (ketika itu belum lagi memelok Islam) yang memimpin tentera berkuda kuffar, beliau  menggerakkan tenteranya menyerang umat Islam dari belakang. Serangan mengejut itu telah mengkucar kacirkan tentera Islam yang sedang asyik mengumpul harta rampasan dan mereka lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri dan menyusun semula   barisan pertahanan.
Tentera musyrikin cuba menyerang Rasullullah SAW. Baginda diserang dengan panah, dilempar dengan batu dan dibaling dengan telor ke kepalanya. Sehingga baginda terjatuh ke dalam lubang yang digali oleh seorang fasik untuk memerangkap tentera Islam. Rasullullah SAW mendapat luka-luka di muka dan gigi taring baginda disebelah bawah patah. Ramai tentera Islam yang menjadi perisai Rasullullah SAW gugur syahid kerana badan mereka penuh dengan tusukan panah dan tombak. Mus’ab bin ‘Umair, pemegang panji Islam juga gugur dihadapan baginda. Sebelum panji itu gugur ke bumi, Saidina Ali sempat menyambarnya dan menjulangnya semula.

Kisah terperinci boleh dibaca dalam buku ini
Ketika itu juga syaitan memainkan peranan dengan menyebarkan berita palsu bahawa Muhammad SAWtelah terbunuh. Keadaan semakin gawat dang semangat tentera Islam untuk berperang terus malap. Melihat keadaan tentera Islam yang sudah longlai dan putus asa, bangun Anas bin Nadhir sambil berteriak, “Apa yang kamu semua tunggu lagi?”. Tentera Islam menyahut, “Rasullullah SAW telah terbunuh”. Dia melaung lagi, “ Apa yang kamu hendak dengan hidup ini selepasnya, ayuh bangunlah! Mari kita semua mati sepertimana baginda mati”. Ketika itu beliau terserempak dengan Sa’ab bin Mu’az seraya berkata, “Wahai Sa’ad, aku telah pun dapat mencium bau syurga....” Beliau terus mara menghadapi musuh sehingga akhirnya beliau juga terbunuh dan gugur syahid dan dibadannya terdapat hampir 70 tikaman dan tetakan.

Antara yang gugur syahid juga ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, bapa saudara Rasullullah SAW. Beliau dibunuh oleh Wahsyi, seorang hamba milik Jubair bin Mut’im. Wahsyi di upah oleh Hindun bin ‘Uthah semata-mata untuk membunuh Hamzah kerana menuntut bela kematian bapanya dan bapa saudaranya yang dibunuh oleh Hamzah semasa Perang Badar, Jubair bin Mut’im juga berjanji sekiranya Hamzah dapat dibunuh, Wahsyi akan dimerdekakan dari perhambaannya oleh Hindun bin ‘Uthah. Jasad Hamzah ditemui dalam keadaan yang amat menyedihkan oleh Rasullullah SAW. Hidung dan telinganya dipotong, manakala dadanya dirobek oleh Hindun.

Jumlah tentera Islam yang di kurniakan “as-syahadah” (mati syahid) oleh Allah ialha seramai 70 orang.
Setelah peperangan itu tamat dan kaum musyrikin mengundurkan diri kembali ke Makkah. Rasullullah SAW memerintahkan mereka yang gugur syahid itu dikebumikan di medan Uhud juga.

Kekalahan tentera Islam dalam peperangan ini sebagai ujian keimanan terhadap umat Islam. Juga sebagai 
pengajaran yang besar kepada umat Islam diwaktu itu dan generasi seterusnya. Peristiwa ini juga telah menyaring mereka yang benar-benar beriman daripada golongan munafiqin yang hanya menunjukkan keislaman tetapi hati mereka penuh dengan kekufuran yang amat banyak di Madinah ketika itu.

Diabadikan kisah ini didalam Al-Quran, Friman Allah (ertinya): “(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapapun, sedang Rasullullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasullullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu. Dan (Ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Ali-Imran:157)

KEMUSNAHAN TANAH SUCI MAKKAH YANG CUBA DISEMBUNYIKA

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.



Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat.

Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”

PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!


Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.


Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu d
ibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

Sumber : http://www.mediasensasipanas.com/