Thursday 16 October 2014

ABAL UHUD (BUKIT UHUD)

Bukit ini merupakan bukit terpanjang di Madinah. Panjangnya dari Timur ke barat lebih kurang 6 km. Letaknya lebih kurang 4 km ke sebelah utara dari pusat bandar Madinah.

Ia dinamakan ‘UHUD’, mengikut sesetengah pendapat kerana kewujudannya berasingan dari bukit-bukit sekitarnya. Didalam Al-Quran ia disebut “Ahad”.
Jabal Uhud di Madinah


1.       Kemuliaan Bukit Uhud
Diantara kelebihan Bukit Uhud ialah: Rasulluulah bersabda bermaksud: “Uhud ada bukit yang mecintai kami dan kami mencintainya” (Riwayat al-Bukhari)
Rasullullah SAW juga bersabda baermaksud: “Bukit Uhud adalah sebuah bukit daripada bukit-bukit syurga”

Bukit Uhud mengingatkan kita tentang satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu peperangan Uhud. Peperangan ini berlakunya pada tahun 3 hijrah. Di medan Uhudlah berlakunya peperangan yang dahsyat itu dimana kaum muslimin yang hanya berjumlah 700 orang melawan tentera kuffar Makkah yang berjumlah 3000 orang.

2.       Detik-detik Peperangan Uhud
Setelah kaum musyrikin Makkah mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan Badar dan terbunuhnya ramai pemuka-pemuka Quraisy. Kepimpinan pihak musyrikin dipimpin oleh Abu Sufian bin Harb. Demi menebus malu terhadap kekalahan yang lalu itu dan membalas dendam diatas pemuka-pemuka Quraisy. Abu Sufian bangun dan mengumpulkan hampir 3000 orang bala tentera yang terdiri daripada kaum Quraisy, sekutu-kutu mereka dan hamba-hamba Habsyi, turut serta adalah wanita-wanita mereka untuk membangkit semangat supaya mereka tidak mudah berundur. Gerombolan yang besar itu bertolak menuju Madinah untuk menyerang Easullullah SAW dan kaum muslimin. Peristiwa itu berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke 3 Hijrah.

PEPERANGANG UHUD (Gambaran Pelukis)
Waktu kaum musyrikin tiba disempadan Madinah, Rasullullah SAW mengumpulkan para sahabat untuk mengadakan musyawarah, adakah perlu keluar dari kota Madinah atau bertahan sahaj di Madinah?. Rasullullah SAW bercadang bertahan sahaja di Madinah. Para wanita dan kanak-kanak diletakkan di atas bumbung rumah. Sekiranya kaum msuyrikin masuk, baru diperangi mereka. Cadangan itu dipersetujui oleh Abdullah bin Ubai, ketua nunafiqin.

Tetapi ramai para sahabat mengusulkan agar umat Islam menghadapi serangan pihak musyrikin diluar kota Madinah. Usul itu akhirnya dipersetujui oleh Rasullullah SAW, lalu baginda masuk kedalam rumahnya memakai pakaian perang.

Para sahabat rasa bersalah dengan usul itu, kerana mereka merasakan telah memaksa Rasullullah SAW dan mereka cuba meminta maaf dari kepada baginda. Tetapi baginda bersabda: “Sesungguhnya bukannya bagi seorang nabi apabila dia memakai baju perangnya, dia kan menanggalkannya sehingga dia berperang, akan berlaku kepada kamu satu musibbah” 

Para peringkat awal, Rasullullah SAW keluar bersama seribu orang tentera Islam. Tetapi dipertengahan jalan antara Madinah dan Uhud, Abdullah bin Ubai berjaya menghasut 300 orang tentera Islam supaya berpatah balik ke Madinah. Hanya 700 orang sahaja yang meneruskan azam untuk berjihad. 
Pasukan Berkuda Quraisy merampas Jabal Uhud sebaik sahaja
Tentera Muslim berundur
Apabila sampai di Uhud, baginda SAW menempatkan 50 pemanah diatas Bukit ‘Ainain (dikenali selepas ini sebagai Jabal Rumah yang beerti Bukit Para Pemanah) untuk mengawal tentera Islam agar tidak diserang dari arah belakang. Baginda juga berpesan agar mereka tidak meninggalkan bukit tersebut walau apapun terjadi.

Pada hari Sabtu berlakulah pertembungan yang sengit diantara tentera Islam dan tentera syirik. Pada peringjat mula, umat Islam mendapat kemenangan yang gemilang sehingga memaksa kaum musyrikin berundur jauh dan meninggalkan harta benda mereka di medan peperangan itu.
Tentera-tentera pemanah yang berada di atas Bukit ‘Ainain, setelah melihat tentera musyrikin yang telah berundur kalah dan melihat harta yang begitu banyak ditinggalkan oleh musuh, mereka menyangka perang sudah pun selesai, lalu mereka tu turun dari bukit bersama-sama mengumpul harta rampsan dan mereka lupa arahan Rasullullah SAW agar jangan meninggalkan tempat itu.

Dengan pengosongan bukit itu oleh tentera-tentera pemanah tersebut telah diambil peluang oleh Khalid bin Al-Walid (ketika itu belum lagi memelok Islam) yang memimpin tentera berkuda kuffar, beliau  menggerakkan tenteranya menyerang umat Islam dari belakang. Serangan mengejut itu telah mengkucar kacirkan tentera Islam yang sedang asyik mengumpul harta rampasan dan mereka lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri dan menyusun semula   barisan pertahanan.
Tentera musyrikin cuba menyerang Rasullullah SAW. Baginda diserang dengan panah, dilempar dengan batu dan dibaling dengan telor ke kepalanya. Sehingga baginda terjatuh ke dalam lubang yang digali oleh seorang fasik untuk memerangkap tentera Islam. Rasullullah SAW mendapat luka-luka di muka dan gigi taring baginda disebelah bawah patah. Ramai tentera Islam yang menjadi perisai Rasullullah SAW gugur syahid kerana badan mereka penuh dengan tusukan panah dan tombak. Mus’ab bin ‘Umair, pemegang panji Islam juga gugur dihadapan baginda. Sebelum panji itu gugur ke bumi, Saidina Ali sempat menyambarnya dan menjulangnya semula.

Kisah terperinci boleh dibaca dalam buku ini
Ketika itu juga syaitan memainkan peranan dengan menyebarkan berita palsu bahawa Muhammad SAWtelah terbunuh. Keadaan semakin gawat dang semangat tentera Islam untuk berperang terus malap. Melihat keadaan tentera Islam yang sudah longlai dan putus asa, bangun Anas bin Nadhir sambil berteriak, “Apa yang kamu semua tunggu lagi?”. Tentera Islam menyahut, “Rasullullah SAW telah terbunuh”. Dia melaung lagi, “ Apa yang kamu hendak dengan hidup ini selepasnya, ayuh bangunlah! Mari kita semua mati sepertimana baginda mati”. Ketika itu beliau terserempak dengan Sa’ab bin Mu’az seraya berkata, “Wahai Sa’ad, aku telah pun dapat mencium bau syurga....” Beliau terus mara menghadapi musuh sehingga akhirnya beliau juga terbunuh dan gugur syahid dan dibadannya terdapat hampir 70 tikaman dan tetakan.

Antara yang gugur syahid juga ialah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, bapa saudara Rasullullah SAW. Beliau dibunuh oleh Wahsyi, seorang hamba milik Jubair bin Mut’im. Wahsyi di upah oleh Hindun bin ‘Uthah semata-mata untuk membunuh Hamzah kerana menuntut bela kematian bapanya dan bapa saudaranya yang dibunuh oleh Hamzah semasa Perang Badar, Jubair bin Mut’im juga berjanji sekiranya Hamzah dapat dibunuh, Wahsyi akan dimerdekakan dari perhambaannya oleh Hindun bin ‘Uthah. Jasad Hamzah ditemui dalam keadaan yang amat menyedihkan oleh Rasullullah SAW. Hidung dan telinganya dipotong, manakala dadanya dirobek oleh Hindun.

Jumlah tentera Islam yang di kurniakan “as-syahadah” (mati syahid) oleh Allah ialha seramai 70 orang.
Setelah peperangan itu tamat dan kaum musyrikin mengundurkan diri kembali ke Makkah. Rasullullah SAW memerintahkan mereka yang gugur syahid itu dikebumikan di medan Uhud juga.

Kekalahan tentera Islam dalam peperangan ini sebagai ujian keimanan terhadap umat Islam. Juga sebagai 
pengajaran yang besar kepada umat Islam diwaktu itu dan generasi seterusnya. Peristiwa ini juga telah menyaring mereka yang benar-benar beriman daripada golongan munafiqin yang hanya menunjukkan keislaman tetapi hati mereka penuh dengan kekufuran yang amat banyak di Madinah ketika itu.

Diabadikan kisah ini didalam Al-Quran, Friman Allah (ertinya): “(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapapun, sedang Rasullullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasullullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu. Dan (Ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Ali-Imran:157)

No comments:

Post a Comment