Thursday 16 October 2014

DEMOKRASI DAN PELAKSANAAN MENGIKUT CARA ISLAM

Kedudukan negara Islam telah berkembang sejak zaman kewujudannya hingga berakhirnya permerintahan Uthmaniyah. Setiap kali keadaan masyarakat menjadi kompleks dengan berkembangnya pendidikan dan pusat-pusat akademik, dan zaman ini pula dikenali dengan mengutamakan bdiang kepakaran, lalu orang-orang Islam  pun mencipta sistem pengurusan yang selari dengan perkembangan tersebut.

Kita lihat bagaimana Saidina Umar mewujudkan jabatan-jabatan dalan pentadbiran negara. Pada awal pemerintahan Daulah Umawiyah pula bermulanya diperkenalkan wang syiling, bermulanya sistem kuasa eksekutif dalam negara iaitu polis dan kekuatan pertahanan iaitu tentera dan pengasingan kuasa kehakiman pada keduanya. Begitu juga kuasa politik.
Islam mempunyai ruang lingkup  yang amat jelas yang boleh dipraktikkan pada semua zaman. Umat Islam pada zaman permulaan Islam boleh melaksanakannya walaupun dalam masyarakat yang baru dan sedikitnya beban pemerintah. Demikian juga umat Islam boleh melaksanakannya dalam masyarakat yang begitu kompleks dan bertambahnya beban pemerintahan negara.
Islam menjamin hak muslim dari segi [olitik dan yang paling masyhur ialah:
  • Pemilihan hakim dan redha dengan perlantikan tersebut. Ini ialah yang dinamakan didalam hukum Fekah sebagai akujanji (bai’ah)
  • Penglibatan anggota masyarakat dalam persoalan yang berkaitan dengan rakyat, iaitu konsep syura yang digalakkan oleh Islam
  • Perlantikan jawatan-jawatan politik didalam kerajaan atau institusi kerajaan.
  • Menasihati hakim dan peranannya dalam menyuruh kepada kebaikan dan menegah segala kemungkaran.
Sistem-sistem pengurusan dalam menentukan hak-hak berpolitik dan kaedah pelaksanaannya adalah berbeza-beza. Apa yang dititik beratkan oleh Islam ialah mencapai maksud dan membiarkan peraturan dan pelaksanaannya mengikut apa yang sesuai dengan keadaan semasa.

Adapun demokrasi secara khusus adalah tidak dapat digambarkan, bahkan demokrasi yang dipertahankan oleh pihak barat dan mereka berulangkali berbalah untuk pertahankan diri dari sistem autokrasi dan diktator, ia dianggap sistem yang mungkar dan kafir, sedangkan intipati sistem demokrasi itu adakah daripada Intipati Islam.
politik yang pelbagai dibolehkan dalam sistem demokrasi Malaysia
Islam bersetuju dengan prinsip pemilihan pemerintah. Dalil yang paling nyata mengenai perkara tersebut ialah bahawa Islam menolak menjadi Imam dalam solat bersama orang yang disukai oleh makmum, apa lagi yang ada kaitan dengan kepimpinan dalam politik. Oleh itu, manusia mengadakan sistem demokrasi sama dari segi gaya dan bentuk  pelaksanaannya seperti mengundi, soal selidik dan memberikan mandat pemerintahan kepada bilangan yang majoriti, kepelbagaian parti politik, kebebasan media cetak, pengasingan kuasa kehakiman, hak golongan minoriti untuk bersuara dan sebagainya. Kesemua bentuk amalan demokrasi tersebut dicipta oleh barat, sedangkan Islam lebih mendahuluinya. 
Adalah lebih sesuai kita sebagai umat Islam yang menjadi peneraju kerana Islam mendahului dalam demokrasi seribu tahun yang lalu dengan menekankan kaedah yang diamalkan oleh konsep demokrasi.
Islam tidak menghalang umatnya meniru atau mengambil idea dari segi teori atau penyelesaian secara amali daripada orang bukan Islam. Rasullullah SAW telah meniru idea pembuatan parit (khandaq) daripada orang Parsi, sebagaimana baginda menjadikan tawanan peperangan Badar daripada orang musyrikin untuk mengajar orang Islam membaca dan menulis. Begitu juga baginda meniru membuat cop mohornya daripada raja-raja bukan Islam. Saidina Umar Al-Khattab meniru sistem pembahagian jabatan, sistem cukai. Justeru kita perlu mengetahui pada akhirnya, bahawa hikmah (ilmu) itu adalah sesuatu yang hilang (yang mesti dituntut) daripada orang mukmin, dimana sahaja ia menemuinya dialah yang paling berhak mendapatkannya.
Dari sini tidak semestinya seruan untuk mengamalkan demokrasi itu adalah kerana mengambil kira peraturan rakyat untuk mengendalikan hukum Allah, kerana tidak ada percanggahan antara keduanya. Demokrasi yang dilaksanakan di negara Islam adalah dianggap sebagai suatu bentuk pemerintahan yang bersebati dengan prinsip Islam dari segi politik dalam memilih pemimpin, mengiktiraf keuasa mesyuarat, nashat menasihati, amar maaruf dan nahi mungkar serta menghapus-kan keburukan dan kemungkaran. Dengan lain perkataan, ketika umat Islam dituntut melaksanakan amalan demokrasi, maknanya mereka dituntut menggunakan sistem yang membantu merealisasikan tujuan kehidupan mulia yang mampu bersamanya berdakwah ke jalan Allah SWT.
Sistem Demokrasi Islam adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan
Syariat Islam
Tidak memberi sebarang mudarat kepada mereka untuk menggunakan lafaz yang asing seperti demokrasi, kerana penilaian hukum bukan pada nama tetapi pada apa yang dimaksudkan dan isi kandungannya.
Walau pun begitu, kita tidak boleh selamanya menganggap pelaksanaan mesyuarat itu sebagai satu salinan daripaada demokrasi. Umat Islam tidak menggunakan apa yang ada pada demokrasi Barat dan melaksanakannya tanpa berfikir dan tanpa penelitian. Kita kena mengakui bahawa pemikiran orang lain itu ada juga yang betul dan jauh dari kesilapan. Seseorang muslim itu tidak meniru tetapi dia mengambil faedah dari pengalaman orang lain berdasarkan ukuran yang dikurniakan oleh Allah kepada kita iaitu ukuran syara’.
Pemimpin demokrasi Barat juga bersependapat dengan kita bahawa pemikiran manusia tidak maksum atau tidak terpelihara dari salah dan silap, penambahbaikan dan penyempurnaan. Demikian juga halnya dengan demokrasi menurut pengertian barat, memerlukan kepada pengubahsuaian seandainya kita ingin menjadikannya sebagai demokrasi mengikut Islam. In kerana untuk menyesuaikannya dengan kebudayaan, adat istiadat dan gaya hidup bangsa yang diamalkan bagi menjamin keamanan dan kestabilan hidup.
Demokrasi yang diakui oleh Islam dan disarankan untuk mengamalkannya ialah demokrasi yang tidak menjadi perkara yang tetap bagi manusia sepertu akidah dan adat budaya, sebagai tempat untuk disishkan dan diperdebatkan sebagaiman demokrasi Barat yang menjadi penjaga skularisma dan bangsawan sebagai garisan merah yang tidak boleh sesiapa pun melangkauinya. Demikian juga umat Islam menganggap bahawa akidah Islam dan hukum yang ditetapkan dalam agama dan adat budaya sebagai garis merah dan garis sempadan bagi melaksanakan demokrasi.
Oleh itu, demokrasi sekiranya tidak mencabuli hak-hak sesuatu bangsa dalam memeilhara identiti, akidah dan personaliti mereka, dan tidak menjadikan hukum yang tetap bagi manusia sebagai tempat untuk ditukar dan diubah, maka ia merupakan demokrasi yang berkhidmat kepada Islam dan mencapai matlamatnya. Jika sekiranya ia adalah demokrasi yang ditetapkan daripada orang luar yang bertujuan untuk mengawal bangsa dan sistem mereka, maka ia merupakan suatu bentuk baru daripada bentuk-bentuk penjajahan yang amat dibenci. Marilah kita memohon kepada Allah untuk keselamatan kita dan tanahair kita.

No comments:

Post a Comment