Friday 28 November 2014

KESAN SELEPAS BERHENTI MEROKOK

Hanya perokok tegar saja yang berdepan masalah untuk berhenti walaupun sedar terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti. Hanya golongan perokok tegar saja yang sanggup mengetepikan segala maklumat yang mereka ketahui mengenai bahayakan merokok kerana masing-masing sukar untuk berhenti



Walaupun pelbagai kenyataan sudah dibuat pihak berkuasa kesihatan mengenai bahayanya, semua buat pekak dan buta saja kerana hanya mereka saja tahu betapa susahnya untuk berhenti dan meninggalkan tabiat meng-hisap rokok dan kepuasan menghembuskan kepulan asap dari mulut.

Tapi Generasi Y ingin berkongsi satu fakta menarik mengenai kesan dan perubahan yang berlaku kepada kamu yang mencuba untuk berhenti. Kami lakukan secara berperingkat dan susun-kan perubahan yang berlaku secara terperinci untuk panduan kamu.

Selepas 20 minit kamu berhenti merokok yang terakhir, tekanan darah dan kadar denyutan nadi akan kembali pada paras normal, pengaliran oksigen meningkat dan aliran darah berjalan lancar. Baguskan? Lapan jam selepas berhenti merokok terakhir, kandungan karbon monoksida di dalam sistem tubuh kamu akan tersingkir 100 peratus dan digantikan dengan oksigen untuk darah berjalan seperti normal.

Seharian atau 24 jam selepas berhenti merokok terakhir, risiko kamu untuk diserang sakit jantung mula berkurangan malah kadar denyutan jantung, tekanan darah dan pengoksigenan darah juga kembali normal. Dalam tempoh dua hari atau 48 jam selepas berhenti merokok terakhir, saraf yang lemah akan kembali normal, deria hidu dan rasa juga akan kembali pulih seperti biasa.

Satu hingga sembilan bulan selepas berhenti merokok terakhir, kamu mula perasan anda sudah tidak lagi batuk. Masalah hidung tersumbat dan keletihan sudah tidak ada. Paru-paru menjadi aktif dan tidak lagi mengalami sakit dada.

Ini mungkin sukar tapi tak salah kita kongsikan sekiranya kamu berjaya berhenti merokok sepanjang tempoh setahun, risiko diserang sakit jantung berkurangan berbanding rakan kamu yang hanya merokok suka-suka. Lima hingga 15 tahun selepas berhenti merokok terakhir, kamu tidak perlu risau diserang strok.

Sepuluh tahun berhenti selepas merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan. Malah kanser lain seperti mulut, kerongkong, pundi, buah pinggang dan pankreas ternyata menurun.

Bergelar perokok tegar tapi sudah berhenti mungkin masih berisiko untuk mendapat kanser tetapi sekurang-kurangnya, tindakan kamu berhenti merokok sekarang mampu membantu menurunkan sedikit risiko pendek umur ini. Menakutkan bukan? Tapi itulah fakta dan realitinya.

Justeru apa kata gantikan rokok kamu dengan gula-gula kunyah lebih berbaloi selain boleh menjadikan muka awet muda.-hmetro

Read more: http://hmetroo.blogspot.com/2014/09/kesan-selepas-behenti-merokok-yang-anda.html#ixzz3KPkTBqmR

WANITA CANTIK MENYESAL DINIKAHKAN DENGAN SEORANG USTAZ

Seorang gadis yang terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorang suami yang 'ultra warak'. 

Dipendekkan cerita dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saja yang ingin menikahinya dengan syarat:
1) lelaki itu hendaklah berpuasa sepanjang tahun
2) lelaki itu juga kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada seorang pun lelaki sanggup nak terima ketiga-tiga syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut. Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.
"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya perempuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipunya Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"
"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat-syarat nikah yang isteri kamu letakkan?"

"Ingat, Yang Arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.


Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat pun?"

Pemuda tu selamba jawab, "saya buat Yang Ari."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat Yang Arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!

Hakim tidak puas hati, "Baik, hari ni kamu puasa tak?"

"Tak !!" kata si jejaka.

Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"


Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seseorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

Rasulullah bersabda sesiapa yang membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah-olahnya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Pemuda itu sekali lagi senyum. 
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah-olahnya dia telah beribadah sepanjang malam"


Dia terus menyambung,"Islam itu indah, Yang Arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. 


Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas.

* amalan 3 ini bukan hanya dikhususkan kpd lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah‬ Islam Itu Indah

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....


Read more: http://hmetroo.blogspot.com/2014/09/kisah-gadis-cantik-menyesal-berkahwin.html#ixzz3KNIfmIV3