Sunday 28 April 2019

BANTAHAN MUAFAKAT LEMBAH JAYA UTARA DAN KAMPUNG SEKITAR

Pada 27 April 2019 suatu bantahan telah dilaksanakan oleh Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara sebagai mewakili penduduk-penduduk kawasan sekitar termasuk Lembah Jaya Selatan, Kampung Muhibbah, Kampung Bukit Sungai Putih, Kampung Pinggiran dan beberapa buah kampung sekitar bagi membantah jalan pintas yang ditutup oleh Pemaju Perumahan di kawasan itu.

Jalan Alternatif yang menuju ke Kampung Tengah adalah juga merupakan jalan yang telah di gunakan sejak 40 tahun dulu lagi untuk ke Taman Kosas, Bukit Indah dan beberapa buah taman yang juga terletak 5 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan Taman Kosas dan Bukit Indah.


Dengan hanya mengambil masa kurang daripada 20 minit murid-murid dari Lembah Jaya Utara dan Selatan boleh sampai ke sekolah mereka melalui jalan alternatif itu, Tetapi setelah Jalan Alternatif itu ditutup oleh Pemaju maka murid-murid sekolah dan penduduk-penduduk yang ada urusan antara kedua-dua kawasan terpaksa menggunakan jalan yang jauh, sempit, tidak rata dan merbahaya oleh kesesakan lalu lintas. Apatah lagi diwaktu kemuncak apabila orang ramai mula dihambat waktu untuk ke pejabat dan waktu ke sekolah.

Beberapa insiden yang tidak diingini pernah berlaku apabila murid-murid yang berbasikal berlanggar dengan kenderaan yang lalu di jalan Ampang yang terlalu sibuk kerana masih  dalam pembinaan itu.

Seramai hampir 200 orang telah turun dalam demontrasi aman yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah menarik perhatian media massa dan media elektronik.

Alhamdullillah semoga ianya berjaya untuk membuka mata pihak pemaju agar akan dapat membuka semula jalan alternatif itu untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai terutama yang menggunakan jalan tersebut setiap hari.