Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif
kepada Richworks International Sdn Bhd. Ianya merupakan satu-satunya syarikat
yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai
syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan
program dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi. Sehingga
hari ini, Dr Azizan telah melatih lebih daripada 500,000 peserta dan setiap
seminar Dr Azizan, pasti dibanjiri oleh beribu-ribu peserta sehingga melimpah ke
luar dewan.
Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan,
penceramah, penulis buku-buku pemasaran dan kejayaan yang terlaris di pasaran
“Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku Magnet Kekayaan dan
Kejayaan, Dr Azizan merupakan seorang usahawan melayu yang telah mengasaskan 27
buah syarikat di dalam pelbagai industri. Antaranya ialah agensi pengiklanan
berakreditasi ke penerbitan, pencetakan, rekacipta, jenama dan produk,
pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhd5WaWjlIpQ2_e1KJvgjeoKolENs-nEm4-Bqq4Z3eR3LQ2vVcFvPJp0ewog4hW-75nBb61loA0ZT69-8Hz34CepEeIi25bUPkHtDt_t8Nua5HGKA8GZ2n4jkqLkk8PffwWBk3WtbsWba8b/s1600/1001472_504592832945973_1382417843_n.jpg)
Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor
kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, bahkan juga
sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di
dalam bidang latihan pembangunan usahawan. Melalui “Sentuhan Emas” beliau, Dr
Azizan telah membuktikan kejayaan di dalam melahirkan ramai usahawan yang
bermula dari kosong sehingga mencapai tahap jutawan melalui formula kejayaan
beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.
Dr Azizan yang mempunyai pengalaman luas, terlibat di dalam
pengurusan portfolio pengiklanan dan pemasaran sejak tahun 2001 untuk beribu
buah syarikat kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, DIGI,
Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF dan Majlis Kanser Nasional
(MAKNA).
Dr Azizan pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan
Perdana Menteri (JPM) iaitu siri program pembangunan usahawan di seluruh
Malaysia yang mana ianya merupakan inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia.
Selain daripada itu, Dr Azizan juga turut diundang untuk bercakap kepada
usahawan dan bakal usahawan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi
MARA, Universiti Utara Malaysia dan juga di Expo Usahawan di London, United
Kingdom serta Chicago, United States of America untuk berkongsi pengetahuan
mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran.
No comments:
Post a Comment