Sunday, 9 November 2014

4 Tips Untuk Berfikir “Out Of The Box


Berfikirlah di luar kotak untuk mencapai kejayaan gemilang
Persaingan di zaman ini sangat sengit dan sangat cepat berubah. Peluang perniagaan datang dan pergi dengan pantas. Idea bisnes, jika tidak segera direalisasikan akan menjadi tidak berguna dalam tempoh kurang dari 6 bulan. Apatah lagi yang berkaitan dengan dunia online. Idea yang dianggap baru, segar dan kreatif akan menjadi basi dalam jangka masa yang singkat.

Dalam menciptakan idea bisnes kita perlu sentiasa berfikiran kreatif dan “out of the box”. Hindari daripada membangunkan bisnes dengan bercerminkan kejayaan orang lain, melainkan anda membuat inovasi yang mampu menarik pelanggan dan unik. Jika anda menceburi bisnes yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang sengit. Daripada kita bersaing di ruang pasaran yang tepu dengan pesaing, lebih baik kita menciptakan sendiri ruang lain yang tiada pesaing, sehingga persaingan menjadi tidak relevan.

Jadi apa yang harus kita lakukan untuk sentiasa berfikir secara “out of the box”? Mungkin beberapa tips di bawah dapat membantu anda:

· Kaji Selidik
Pelajari mekanisma bisnes anda secara terperinci dari mula sampai akhir. Cari maklumat sebanyak mungkin, dari mana pun. Dengar cerita rakan-rakan anda yang sudah berjaya kerana anda dapat mempelajari bagaimana mencapai kejayaan daripada orang yang Anda percayai, seperti teman anda sendiri.

· Berfikir dari pelbagai sudut pandangan
Cuba cari idea bisnes baru daripada perspektif yang berbeza hasil daripada kajian anda di atas. Buat hipotesis idea bisnes dan ujilah ke atas beberapa senario bisnes. Jika dapat, lakukan ujian pasaran dalam jumlah yang kecil untuk mengetahui bagaimana respon pasaran terhadap produk anda.

Jangan pernah serik untuk terus mencoba....
· Bersedia menerima sesuatu yang baru
Lupakan segala pemikiran yang menjadi penghalang dan cuba hubungkan beberapa idea yang saling tidak berkaitan dan ciptakan inovasi baru.

· Berani gagal
Selalu sedia untuk mengambil jalan yang berbeza sama sekali daripada orang lain dan selalu bersedia menghadapi kesan/risiko. Yakinlah dengan keputusan anda. Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi diri dan ikut langkah-langkahnya yang dapat menuju kejayaan, tetapi lebih baik lagi jika kita tidak mengikut idea bisnesnya. Cari idea lain yang berbeza daripada orang lain.

Artikel ini disiarkan di: http://www.usahawan.com

Sedekah adalah amalan yang mulia

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Perkara-perkara untuk mendapat kesempurnaan dalam amalan sedekah
Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah. Bukan disebabkan nama dan balasan dikemudian hari. Bagi memastikan sedekah kita tidak sia-sia, Islam mengajar umatnya menyumbang dan bersedekah dengan menepati erti sedekah yang sebenar. Maka, beberapa perkara perlu diambil kira demi kesempurnaan dalam amalan bersedekah.

Barang yang elok dan baik
Antaranya, barang yang hendak disedekahkan itu mesti baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Jika kita sendiri tidak tergamak memakainya, tidak perlulah barang itu disedekahkan. Sedekahlah dengan barang yang disukai penerima. Allah melarang kita bersedekah dengan barang yang tidak elok kerana sedekah adalah ibadat dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. Buktinya telah Allah nyatakan dalam Surah Al- Baqarah ayat 267.

Hasil yang halal
Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.

Memberi sedekah barang yang disayangi
Kemudian, adalah sunat bagi kita untuk memberi sedekah barang yang menjadi kesayangan dan kesukaan kita tidak kira banyak atau sedikit. Allah juga telah membuktikan perkara ini dalam Surah Al-Imran ayat 92 bermaksud, “Kamu sekali-kali tidak akan mecapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa juga yang kamu dermakan maka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”

Sedekah dengan niat yang ikhlas
Sedekah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”
Sedekah yang tidak dihebahkan
Sedekah yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan keikhlasan itu sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh merosakkan amalan sedekah. Tidak berguna jika niat bersedekah itu untuk mendapat pujian daripada pihak lain. Allah juga telah memaklumkan perkara ini dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud, “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”

Sedekah untuk menyucikan diri dan harta
Surah Al-Taubah ayat 103 membuktikan bahawa, “Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ayat ini mewakili dua perkara utama iaitu barang yang harus disedekahkan dan sebab untuk bersedekah. Sedekah bertujuan membersihkan jiwa dan harta yang dimiliki.”
Sedekah bukan sekadar memberi, amalan ini mempunyai banyak manfaat yang perlu kita ketahui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh penerima atau pihak yang kita beri sedekah, namun manfaat sedekah itu juga mampu kita rasakannya. Amalan sedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana kita mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pihak yang memerlukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari amalan bersedekah ini.

Manfaat sedekah
Antaranya ialah, mengasingkan sebahagian kecil daripada harta kita untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sekiranya beban itu semakin ringan, kita turut merasai kebahagiannya. Manfaat bukan kerana wang dan harta yang dikeluarkan semasa bersedekah, Adakah anda memikirkan bahawa wang yang dikeluarkan itu mendatangkan manfaat? Sudah pasti bukan kerana wang yang dikeluarkan. Kita harus memikirkannya untuk jangka masa yang panjang.

Sedekah mampu memadam dosa
Pada masa hadapan kita bakal diberikan kebaikan oleh Allah dan kita akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Selain itu, kita juga akan mengurangi dosa lama yang telah kita lakukan. Menurut Hadis Riwayat At-Tirmizi, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” Senyum juga adalah sedekah. Hanya melemparkan senyuman sudah mendatangkan pahala buat kita. Tidak perlu mengeluarkan wang dan juga peluh. Jadi, mari kita bersedekah dan memadam dosa silam!

Sedekah mampu menghindar dari kematian Suul Khatimah
Di samping itu, amalan bersedekah juga mampu menghindarkan kita dari kematian yang Suul Khatimah. Suul Khatimah bermaksud kematian dalam keadaan yang tidak beriman. Sebagai contoh, seorang yang sangat leka dengan urusan dunia sehingga tidak bersedia untuk mati. Selain itu, orang itu juga tidak bersedekah kerana terlalu cintakan hartanya lebih dari cintanya kepada Allah SWT. Terdapat banyak hadith yang berkata, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan amarah Allah dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”
Sedekah mampu menghindarkan bala
Menurut beberapa hadith yang lain, memulakan hari kita dengan bersedekah akan menghindarkan kejadian buruk dan tidak diingini. Jika kita tidak mempunyai harta, doa untuk kebahagiaan peminta sedekah juga dikira. Boleh kita katakan bahawa sedekah itu mampu menolak bencana dan bala. Kerana kita telah bersedekah pada hari itu, Allah akan melindungi kita sepanjang hari kita besedekah. Adakah kita mahu diberkati sepanjang hari? Sudah pasti! Sedekah adalah pembuka amalan yang suci sepanjang hari.

Sedekah mampu menyucikan jiwa
Sedekah juga mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang bersedekah akan tenang dan aman. Selain itu jiwanya akan damai, bersih dan terhindar dari perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati Allah SWT. Sekiranya datang seorang peminta sedekah kepada kita, jangan dimarahi dan ditengking golongan itu. Jangan berkelakuan jahat dengannya walaupun sedikit. Kerana dosa menengking dan menyakiti hatinya adalah lebih besar daripada pahala jika bersedekah dengan separuh harta yang dimiliki. Jangan pula kita menolak orang yang mula-mula mendatangi kita, kerana kadang-kadang mereka itu bukan manusia. Mereka mungkin jin yang diamanahkan Allah untuk datang dan menguji kita dengan harta yang kita miliki. Jika kita menengking, kelak kita akan ditengking oleh Malaikat semasa hari Qiamat.

Sedekah mampu memanjangkan umur
Percayakah anda bahawa sedekah akan memanjangkan umur kita? Kerana Allah telah melanjutkan usia kerana amalan sedekah yang sering kita lakukan itu. Allah sendiri telah mengatakan kepada Rasulullah bahawa sedekah memang akan memanjangkan umur dan juga mampu menunda kematian seseorang


Sumber: USAHAWAN

Saturday, 8 November 2014

IRADAH DALAM ISLAM

BAB I: PENDAHULUAN

A. Latar belakang
Pendidikan Islam dimaksudkan sebagai upaya mengembangkan menjadi muslim yang berkompeten melaksanakan ajaran Islam. Sempit dan luasnya pertanyaan apa yang harus dikerjakan, bagaimana mengerjakan dengan cara demikian dan tidak dengan cara yang lain, sangat berkaitan dengan sempit dan luasnya wawasan tentang manusia dan pendidikan tersebut.menurut islam, jati diri manusia itu terletak pada fungsinya dalam arti melaksanakan Islam pada seluruh kepribadiannya.Hal ini tidak bisa lain, harus dilihat dari dua perspektif, yaitu perspektif subjek didik dan perspektif pendidik (guru). Dalam arti subjek didik harus punya potensi untuk Islam yaitu jadi muslim dan pendidik harus muslim terlebih dahulu sebelum melaksanakan upaya mengembangkan keislaman subjek didik. sebagai abdullah (hamba Allah).

B. Rumusan masalah
      1. Apakah yang di maksud dengan iradah?
      2. Apakah fungsi dan tujuan iradah dalam islam?               

C.   Tujuan Penulisan
       1. Kita dapat mengetahui apa itu iradah
       2. Kita dapat mengetahui fungsih dan tujuan iradah

Masjid Nabawi - Islam mula berkembang di sini
BAB II: PEMBAHASAN


A. Pengertian Iradah dalam Islam
Iradah adalah keinginan individu terhadap tujuan-tujuan tertentu. Iradah ini juga suatu hal yang membedakan manusia dengan hewan. Atas dasar ini, maka Pendidikan Islam memusatkan perhatiannya kepada pembentukan individu Muslim agar melakukan amal sholeh dalam dirinya, yaitu dengan mengembangkan kemampuan akal sampai ketingkat kematangan dan keahlian baik dalam bidang agama, sosial maupun kauni. Dalam kalimat yang lebih tergas, tujuan utama Pendidikan Islam adalah menciptakan muslim yang shaleh.Dengan kata lain ilmu dengan amal haruslah seiring. Ilmu tanpa amal maupun amal tanpa ilmu adalah kesia-siaan. Kemudian tempat yang tepat adalah kedudukan dan kondisinya dalam kehidupan sehubungan dengan dirinya, keluarga, kelompok, komunitas dan masyarakatnya, maksudnya dalam mengaktualisasikan dirinya harus berdasarkan kriteria Al-Quran tentang ilmu, akal, dan kebaikan (ihsan) yang selanjutnya mesti bertindak sesuai dengan ilmu pengetahuan secara positif, dipujikan serta terpuji.Dengan demikian dia akan tahu jati dirinya dengan benar, tahu "dari mana dia, sedang dimana dia, dan mau kemana dia kelak". Jika ia tahu jati dirinya, maka ia akan selalu ingat dan sadar serta mampu dalam memposisikan dirinya, baik terhadap sesama makhluk, dan yang terlebih lagi kepada Allah SWT. Ketiga realita yaitu, manusia, alam, dan Tuhan diakui keberadaannya, dengan Tuhan sebagai sumber dari segalanya (alam dan manusia).

B. Fungsi Iradah dalam Islam
Menurut  Islam, jati diri manusia itu terletak pada fungsinya sebagai abdullah (hamba Allah). Hal ini sejalan dengan pandangan Somad (1981), pendidikan Islam adalah pembentukan individu menjadi bercorak diri berderajat tertinggi menurut ukuran Allah.Dengan kata lain pendidikan Islam adalah suatu upaya mengembangkan subjek didik menjadi abdullah dalam arti melaksanakan Islam pada seluruh kepribadiannya. Hal ini tidak bisa lain, harus dilihat dari dua perspektif, yaitu perspektif subjek didik dan perspektif pendidik (guru). Dalam arti subjek didik harus punya potensi untuk Islam (lihat Q.S. 30: 30) yaitu jadi muslim dan pendidik (guru) harus muslim terlebih dahulu (paling tidak ia melaksanakan ajaran Islam) sebelum melaksanakan upaya mengembangkan keislaman subjek didik.

C. Tujuan Iradah dalam IslamTujuan utama pendidikan dalam Islam adalah mencari ridha Allah swt. Dengan pendidikan, diharapkan akan lahir individu-indidivu yang baik, bermoral, berkualitas, sehingga bermanfaat kepada dirinya, keluarganya, masyarakatnya, negaranya dan ummat manusia secara keseluruhan. Disebabkan manusia merupakan fokus utama pendidikan, maka seyogianyalah institusi-institusi  pendidikan memfokuskan kepada substansi kemanusiaan, membuat sistem yang mendukung kepada terbentuknya manusia yang baik, yang menjadi tujuan utama dalam pendidikan. Oleh sebab itu juga, ilmu pengetahuan yang diajarkan dalam institusi pendidikan  seyogianya dibangun di atas Wahyu yang membimbing kehidupan manusia. Kurikulum yang ada perlu mencerminkan memiliki integritas ilmu dan amal, fikr dan zikr, akal dan hati. Pandangan hidup Islam perlu menjadi paradigma anak didik dalam memandang kehidupan


BAB III : P E N U T U P

B.   Kesimpulan
Adapun kesimpulannya, Iradah merupakan keinginan individu terhadap tujuan-tujuan tertentu. Iradah ini juga suatu hal yang membedakan manusia dengan hewan. Atas dasar ini, maka Pendidikan Islam memusatkan perhatiannya kepada pembentukan individu Muslim agar melakukan amal sholeh dalam dirinya, yaitu dengan mengembangkan kemampuan akal sampai ketingkat kematangan dan keahlian baik dalam bidang agama, sosial maupun kauni. Dalam kalimat yang lebih tergas, tujuan utama Pendidikan Islam adalah menciptakan muslim yang shaleh.

B.   Saran
Mengharapkan muslim agar melakukan amal sholeh dalam dirinya, yaitu dengan mengembangkan kemampuan akal sampai ketingkat kematangan dan keahlian baik dalam bidang agama, sosial maupun kauni yang shaleh dan menjadi muslim yang berkompeten melaksanakan ajaran Islam, serta  memahami dan melaksanakan kewajiban-kewajibannya kepada dirinya dan yang lain dalam masyarakatnya dan berupaya terus-menerus untuk mengembangkan setiap aspek dari dirinya menuju kemajuan sebagai manusia yang beradab

Tuesday, 4 November 2014

APA ITU KES ANWAR IBRAHIM

HISHAMUDIN RAIS - penulis

Biar saya terangkan di sini sejelas mungkin. Perkara ini telah berkali-kali saya nyatakan. Di sini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 – saya telah menulis perkara yang sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang kes Anwar Ibrahim.

Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim ini tidak– baca tidak – sepenuhnya ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini bukan tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini dikatakan bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukkan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara.

Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar daripada dapat mempengaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Inilah sebenarnya kes liwat Azizan 1998. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara bertindak pada tahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan agenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014.

Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. Tapi tidak ada orang dalam yang berani pecah lubang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lubang.

Pecah lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah di serata pelosok dunia. Banyak syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah menteri kewangan. Mahathir Muhamad ketika itu ialah perdana menteri.

Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderung dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melingkupkan syarikat kroni dan juga syarikat cucu lelaki Iskandar Kutty.

Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty di satu pihak dengan Tun Daim sebagai panglima manakala Anwar Ibrahim di satu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin, Mat Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniaga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.

Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampuk kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang di kepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru satu konspirasi dirancang.

Hakikatnya – dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama orang Melayu.

Semua yang berlaku hanyalah berita untuk mengolah persetujuan orang ramai agar melihat timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden parti sebagai orang jahat. Orang jahat wajib dipenjarakan.

Kepada anak-anak muda, atau pembaca yang tidak mengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya ini. Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi bohong.

Jangan silap, bunyinya memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media. Berita berita ini muncul pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September 1998. Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar Ibrahim. Jika tidak yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk kepada arkib negara.

Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar bukan meliwat. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari gerombolan Ketuanan Melayu.

Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.

Kenapa Anwar belot?

Dari segi pensejarahan, selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal perdana menteri. Ketika di puncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.

Sebagai Mat Santa Klaus, sebagai pemegang mohor gula melaka, Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis 'contract junkies' yang mahukan projek. Saya memanggil era ini zaman pink form . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampuk kuasa.

Pada awalnya ketika di tampuk kuasa, Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikehendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni.

Dasar 'bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini berulang. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.

Di sini saya ingin memberitahu bahawa mahkamah wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga seperti SPRM wujud untuk membanteras rasuah. Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera daulah.

Dalam negara Dunia Ketiga seperti Malaysia, jentera jentera daulah ini memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London, di Sweden atau di Norway. Dalam buku, dalam kertas, memang mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Tetapi dalam negara Dunia Ketiga, mahkamah ialah jentera dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya'. Mahkamah tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpas dan memenjarakan musuh politik. Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah.

Biar saya beri tahu di sini, pada 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila peguam bela membuktikan tarikh Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud.. ops... lalu tarikh liwat diubah suai. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999.

Dalam kes liwat Saiful, ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah pergi mengadap sebelum membuat aduan polis. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini laporan media.

Saya tidak akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih berharap keadilan akan dinobatkan dalam kes ini. Saya juga angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang turun ke Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim sepanjang kesnya berjalan. Salut.

Kepada kawan-kawan para reformis dan anak anak muda yang akan turun ke jalan raya saya ada pesanan:

Jika inilah harga yang wajib dibayar
maka inilah harganya
datanglah penjara tali gantung
perjuangan ini tetap disambung.


Sumber: MALAYSIAKINI

WARKAH TERAKHIR BUAT SAUDARAKU

'Warkah akhir untuk saudaraku'


Berdepan dengan kemungkinan menjalani hukuman penjara sekiranya rayuannya terhadap sabitan kes Liwat 11 di Mahkamah 'Persekutuan menemui kegagalan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis 'warkah akhir' kepada rakyat Malaysia malam tadi.

Berikut adalah 'warkah akhir' Anwar:

Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.

Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihatan amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara.

Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.

Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.

Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini. Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia di tangan kamu semua. Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.

Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.

Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini. Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Reformasi! Allahuakbar!


Sumber: Malaysiakini

Thursday, 30 October 2014

KENALI DR. AZIZAN OSMAN: MENTOR YANG BERJAYA MELAHIRKAN RAMAI USAHAWAN

Dr Azizan Osman merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif kepada Richworks International Sdn Bhd. Ianya merupakan satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam penganjuran pelbagai seminar dan program dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi. Sehingga hari ini, Dr Azizan telah melatih lebih daripada 500,000 peserta dan setiap seminar Dr Azizan, pasti dibanjiri oleh beribu-ribu peserta sehingga melimpah ke luar dewan.
Sebagai seorang pemimpin di dalam bidang kejurulatihan, penceramah, penulis buku-buku pemasaran dan kejayaan yang terlaris di pasaran “Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan” dan buku Magnet Kekayaan dan Kejayaan, Dr Azizan merupakan seorang usahawan melayu yang telah mengasaskan 27 buah syarikat di dalam pelbagai industri. Antaranya ialah agensi pengiklanan berakreditasi ke penerbitan, pencetakan, rekacipta, jenama dan produk, pelaburan hartanah dan syarikat perkhidmatan korporat.

Dr Azizan merupakan antara pemegang saham terbesar di sebuah syarikat bioteknologi di Bursa Malaysia dan pengasas kepada Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) yang membantu sekelompok usahawan untuk memperluaskan portfolio mereka.
Dr Azizan bukan sahaja telah menjadi inspirasi dan mentor kepada ramai usahawan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, bahkan juga sentiasa menjadi pusat rujukan oleh pelbagai agensi kerajaan dan organisasi di dalam bidang latihan pembangunan usahawan. Melalui “Sentuhan Emas” beliau, Dr Azizan telah membuktikan kejayaan di dalam melahirkan ramai usahawan yang bermula dari kosong sehingga mencapai tahap jutawan melalui formula kejayaan beliau yang efektif, efisien dan terbukti berkesan.

Dr Azizan yang mempunyai pengalaman luas, terlibat di dalam pengurusan portfolio pengiklanan dan pemasaran sejak tahun 2001 untuk beribu buah syarikat kecil & sederhana (IKS) serta organisasi seperti TM, DIGI, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered, WWF dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Dr Azizan pernah diundang untuk bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu siri program pembangunan usahawan di seluruh Malaysia yang mana ianya merupakan inisiatif YB Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu, Dr Azizan juga turut diundang untuk bercakap kepada usahawan dan bakal usahawan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia dan juga di Expo Usahawan di London, United Kingdom serta Chicago, United States of America untuk berkongsi pengetahuan mengenai keusahawanan dan strategi pemasaran.

Dr Azizan telah mengasaskan pelbagai siri klinik usahawan dan seminar berkaitan topik keusahawanan, perniagaan dan pemasaran. Beliau kini telah diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia. Beliau kini juga sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya, Doctor of Philosophy in Business Administration (PhD) di City University College of Science and Technology.

AKHI dan Ieteri ketika mengikuti seminar Dr Azizan Osman




TADIKA DEWAN : KENANGAN TERINDAH BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNGKU

Ramai yang tahu dan dengar tentang Tadika Kemas atau Tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) tetapi nama Tadika Dewan mungkin agak asing dari pengetahuan para pembaca.

Tadika Dewan seperti juga tadika yang lain, menempat dan memberi didikan pada anak-anak dibawah umur 6 tahun cuma Tadika Dewan ini adalah kerana ianya di buka di Dewan Orang Ramai kampung kami, yang dinamakan Kampung Sayong Lembah di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Tadika ini diwujudkan semasa akhi memimpin Gerakan Belia 4B Cawangan kampung kami.

Inilah foto yang menjadi sejarah dan kenangan manis Tadika Dewan

Pergerakan Belia sebenarnya sudah lama wujud di kampung akhi itu tetapi bukan Belia 4B tetapi Angkatan Pemuda Pengkalan Tambang khusus untuk Pemuda yang dipimpin oleh Allahyarham Hamdan dan Angkatan Pemudi Pengkalan Tambang yang dipimpin oleh Cikgu Norizan Abdul Rahman, pemuda dan pemudi mempunyai badan atau persatuan belia berasingan. Bila akhi terlibat kedua-dua badan ini telah bersetuju untuk digabungkan. Inisiatif ini diambil bersama dengan kerjasama Pegawai Kebudayaan, Belia dan Sukan Daerah masa itu, Encik Abdul Rahman Ahmad (sekarang Datuk). Dengan inisiatif beliau juga kemudiannya persatuan kami bergabung dengan Gerakan Belia 4B Malaysia.

Masa itu seluruh warga kampung bersatu bila melibatkan program kemasyarakatan walaupun dari segi ideologi politik kampung akhi meriah dengan kepelbagaian ideologi politik. Kalau sekarang ada UMNO, tPKR, PAS dan DAP tetapi dulu meriah dengan adanya UMNO, PAS, DAP dan Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM).

Murid Tadika Dewan: Badrol Hisham, Hassan Yus, Nasir Jepun & Lelawati







Tradisinya, rata-rata di kampung-kampung melayu pada ketika itu akan ada dua parti saja yang bersaing mencari pengaruh iaitu UMNO dan PAS tetapi di kampung akhi agak lain keadaannya kerana Parti Sosialist Rakyat Malaya (PSRM) bertapak kukuh malah beberapa orang kuatnya ada dikampung kami malah Setiausaha Negeri Perak pun ada dikampung akhi itu. Namun demikian bila tibanya penganjuran program kemasyarakatan kesemua pemimpin-pemimpin sama ada UMNO, PAS atau PSRM akan utuh bersatu menjayakan program kemasyarakatan yang dianjurkan itu. Dan dalam keadaan sedemikian pergerakan belia menjadi tunjang yang amat penting dalam menyatukan semua mereka itu. Dan realitinya akhi dan Jawatankuasa pergerakan belia memilih pemimpin dari ketiga-tiga badan-badan politik itu untuk menjadi anggota Lembaga Penasihat pergerakan belia kami.


Bersama Kamal Ariffin (Kiri) dan Hisham Albakri (Kanan)











Kembali kepada Tadika Dewan yang menjadi topik perbincangan kita kali ini, ianya mempunyai seramai lebih kurang 25 orang murid, kebanyakan murid tadika itu kini sudah berusia lebih 40 tahun.

Sekarang, setelah lebih 40 tahun, akhi dapat berjumpa semula dengan mereka yang pernah menjadi murid-murid Tadika Dewan itu malah ada diantara mereka yang bergiat bersama akhi dalam Persatuan Anak-Anak Rantau Sayong Lembah atau dikenali sebagai Perantau Sayong Lembah di Facebook. Perantau Sayong Lembah ini yang akhi dan beberapa orang anak-anak rantau menjadi pengasasnya menjalankan kegiatan kebajikan sesama sendiri dan juga untuk membantu kampung dalam beberapa aspek. Program yang pernah dianjurkan ialah Perjumpaan Hariraya, Pungutan derma untuk menggantikan karpet masjid, penganjuran program motivasi untuk anak-anak kampung yang masih bersekolah, menjayakan kurban sempena hariraya kurban, mencari anak-anak hilang dan berbagai lagi.


Rakan Sekampung: dari kiri Alkhushairi,
Zainuddin Yatim & Tajuddin Rahman
Beberapa orang murid yang pernah akhi jumpa semula dan telahpun berkerjaya adalah Nasirudin Din (Nasir Jepun), Kamal Ariffin Kamaruzaman, Lela Wati Zahari. Badrol Hisham. Hisham Albakri dan beberapa orang lagi. Alhamdullillah mereka masih lagi menghargai dan memanggil akhi sebagai Cikgu, dan ada juga yang menggelar akhi sebagai Cikgu Beso (Besar) Tadika Dewan.

Dan akhi sama sekali tidak pernah lupa zaman belia yang dipenuhi dengan warna warni, termasuk juga rakan-rakan seperjuangan seperti Hajar Rashdi, Zakiah dan Zainal Amri Jahidin (Cikgu Jidin), Hasnah Dawam, Khadijah Osman Puteh, Azean Khusairi dan Asma Zainab Omar Baki (kedua-duanya menjadi guru Tadika), Cikgu Jan (Norizan Abdul Rahman), Zainuddin Mohd Yatim, Burhanudin Ali,Yusop Rahman, Roslan Rashdi. Isa Ahmad (sekarang Haji) dan adiknya Ramli Ahmad, Rosli Abdulah, (Yang Dollah), Ami Meor Kasah, Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa orang lagi yang akhi hanya ingat wajah tetapi dah lupa nama.

Yang masih menetap di kampung adalah Mat Salaam (sekarang Imam) dan Isterinya Badariah Meor Kasah, Hishamudin Mohd Ali, Mazlan Pakngah Ni sementara Alkhushairi Mohd Nor sekarang menetap di Tambunan dan sering berulang alik dari Sabah ke Semenanjung kerana anak-anaknya dan bekerja dan menetap di semenanjong belaka.

Setahu akhi yang telah kembali ke rahmatullah ialah Omar Mydin, Omar Razak, Fauzi Rashdi dan Ahmad Jamili Ramli. Omar Razak terlibat dalam trajedi sampan karam menjelang hariraya bersama anak-anaknya sejumlah 8 orang kesemuanya dan Ahmad Jamili Ramli meninggal dalam satu kemalangan jalanraya di Rawang ketika masih berusia remaja.