Thursday, 14 July 2016

Dalang Disebalik Kejatuhan Allahyarham P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu

post-feature-image
Siapa tak kenal dengan lagenda P. Ramlee yang sehingga kini masih lagi dikenali malah diminati oleh generasi baru. Untuk pengetahuan anda semua, sebelum meninggal dunia, P. Ramlee hidup dalam kemiskinan. Ikuti kisahnya.

P. Ramlee Berani Kerana Benar

Periuk nasi P. Ramlee ditutup oleh 2 syarikat yang dinaikkan oleh P. Ramlee:

1. Jaafar Abdullah, Eksekutif Shaw Brothers keluar surat memberhentikan khidmat P. Ramlee atas arahan RunRun Shaw dan RunMe Shaw. Ditulis, “Karya P. Ramlee tak bagus..”

2. EMI menamatkan kontrak P. Ramlee, Mrs Devan berkata “Lagu P. Ramlee dah tak laku.. orang tak beli”. EMI Malaysia juga kata kontrak P Ramlee adalah dgn EMI Singapura.

Harus diingat, P. Ramlee pulang ke Malaysia apabila Shaw Brothers yang suruh apabila pekerja Studio Jalan Ampas yang dibayar gaji amat rendah membentuk Union pekerja Melayu dan membuat banyak protes. Lee Kuan Yew arah Shaw Brothers ditutup utk sekat union itu. Apa tujuan LKY?

EMI pula seolah tidak lagi kenang jasa P. Ramlee. Seniman Agung ini telah memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada EMI hasil dari ratusan lagu dan album P. Ramlee, Saloma dll… Kenapa perlu buang terus P. Ramlee? Ikon terbesar industri musik semasa itu? Bukankah kompilasi lagu P. Ramlee dan hasil lirik setta lagu P. Ramlee masih popular?

Itu lah dua punca dari bidang lakonan dan lagu yang telah jatuhkan karier P. Ramlee. Ianya satu bentuk pengkhianatan P. Ramlee adalah seorang pejuang seni yang berjuang memartabatkan budaya Melayu dalam filem dan lagu Melayu fu dalam nyanyian.

Tak cukup dengan itu, wartawan tempatan juga kerap memperlekeh usaha P. Ramlee pada ketika irama Pop Yeh Yeh, Blues, Rock dan Pop sedang meresap ke dalam jiwa anak bangsa. P. Ramlee terpaksa memboikot media yang sering memutarbelit kenyataan nya.

Karyawan pula ramai dengki dan merasakan mereka lebih baik. Apabila P Ramlee tubuhkan PERFIMA bersama HM Shah.. Dan turut disertai Jaafar Abdullah, Jins Shamsuddin dan Salleh Ghani.. Maka BOD putuskan bahawa P. Ramlee tak bagus sebagai pengarah filem kerana ‘tiada kelayakan akademik’.. Maka Jins Shamsuddin yang dilantik jadi Pengarah Filem kerana dia baru balik dengan sijil pengarahan filem dari London.

Maka P. Ramlee dan HM Shah keluar dari PERFIMA pada Februari 1973. Segala usaha P. Ramlee disabotaj. 3 bulan selepas itu, P. Ramlee menjadi bertambah stress apabila menerima saman mahkamah. Beliau menjadi penjamin/guarantor kepada deorang kawan untuk satu pinjaman. ‘Kawan’ ini lesap, P. Ramlee berhadapan tindakan mahkamah yang boleh menjatuh hukum bankrapsi sedang P. Ramlee tidak ada wang untuk tebus diri.

Beliau mengalami kemurungan dan kekecewaan yang amat sangat. Sedang Nasir P. Ramlee pula kawin di usia 19 dan keluar rumah. P. Ramlee kecewa dan marah kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.. Beliau menjadi tidak terurus, tak bercukur sehingga hari tragik itu.. Sedih.. Kecewa.. Stress hampir maksima.

Seminggu selepas menerima surat saman itu P. Ramlee meninggal dunia menjelang subuh 29 Mei, 1973 akibat serangan jantung. Sblm nya beliau mengadu sakit dada dan dalam kesakitan sempat berpesan kepada Sazali.. ” Jaga Mama baik-baik walau apapun yang terjadi…”

Innalillahi Wainna Illaihi Roji'un.
Fahamkan kenapa saya share benda ni? Kalau dah faham sila share.
Sumber: www.blogmazeer.com

Tuesday, 12 April 2016

SEJARAH PILIHAN RAYA DARI 1955- 2013

YTM TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ
Bapa Kemerdekaan Malaysia

SEJARAH PILIHAN RAYA DARI 1955- 2013 

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 
Diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada: 
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO);
  • Persatuan Cina Malaya (MCA); 
  • dan Kongres India Se-Malaya (MIC) 
dan yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 81% daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang ditanding. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Malaysia mememangi satu kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak, dan mendapat nama samaran, "Encik Pembangkang" daripada lain-lain ahli Parlimen. PAS telah ditubuhkan semata-mata untuk pilihan raya ini. Sebelum itu, PAS merupakan sebuah persatuan yang bernama "Persatuan Islam Se-Malaysia" dan telah memainkan peranan politiknya sebagai sebahagian UMNO. Kekuatan PAS berasal daripada daya tariknya untuk menjadikan agama Islam sebagai dasar masyarakat terhadap orang-orang Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami tahap pembangunan ekonomi yang terendah di negara. Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun yang lalu, iaitu tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. 

Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 

Merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di Semenanjung Malaysia. Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada: 
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO); 
  • Persatuan Cina Malaya (MCA); dan 
  • Kongres India Se-Malaya (MIC) 
yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 

Merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, serta pilihan raya umum yang kedua selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum ini dan oleh itu, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat dikekalkan pada bilangan 104. Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan memenangi 89 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 85.6% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 58.5% daripada jumlah undi. Bagaimanapun, prestasi ini merupakan satu perbaikan yang amat besar, iaitu satu kenaikan sebanyak 20.3% dalam bilangan kerusi berbanding pilihan raya umum yang dahulu. Pencapaian 85.6% ini juga adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 15 kerusi yang tinggal, berbanding 30 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang dahulu. Dengan kata yang lain, kekuatan mereka dalam Dewan Rakyat dikurangkan menjadi hanya separuh. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 

yang merupakan pilihan raya umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%. 

Keputusan pilihan raya 

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yamg dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi dalam pilihan raya yang lain, ini hanya merupakan 66% daripada Dewan Rakyat yang kini telah diperluaskan. Dengan kata yang lain, Parti Perikatan telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, ini bukan merupakan satu masalah yang besar disebabkan parti campuran ini hanya memerlukan lagi seorang sahaja daripada parti pembangkang ataupun calon bebas untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan untuk meneruskan pemerintahan. Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%. 

Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153[1], [2] dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-julukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 
Merupakan pilihan raya umum Malaysia yang keempat diadakan pada Ogos 1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sejak tahun 1971, keahlian Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan dinamakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara parti-parti komponennya sehingga ramai orang berpendapat bahawa parti campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama. Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.

Keputusan pilihan raya 
Walaupun kemenangan Barisan Nasional merupakan sesuatu yang sudah pasti, parti campuran ini mencatat satu pencapaian yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pemerolehan 135 kerusi yang merupakan 87.7% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat adalah melebihi pencapaian sebanyak 85.6% yang dicapai pada tahun 1964. Jumlah undi sebanyak 60.7% juga merupakan satu perbaikan sebanyak 23.1% berbanding tahun 1969 yang hanya mencatat 49.3% jumlah undi. Pencapaian ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Majoriti sebanyak 87.7% jelas jauh melebihi dua pertiga Dewan Rakyat yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional juga memenangi semua kerajaan negeri, termasuk Kelantan, disebabkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini merupakan sebahagian parti campuran Barisan Nasional. Sebaliknya, parti-parti pembangkang pada keseluruhannya mengalami kekalahan yang amat teruk dan mencatat rekod yang terendah sejak kemerdekaan dengan jumlah undi hanya sebanyak 39.3%. Bilangan kerusinya sebanyak 19 hanya merupakan 12.3% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Ini merupakan satu penurunan sebanyak 63.7% dalam bilangan kerusinya. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 
yang merupakan pilihan raya umum ke-5 di Malaysia diadakan pada 8 Julai 1978. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dalam pilihan raya ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meninggal parti campuran Barisan Nasional untuk bertanding sebagai parti pembangkang. Keputusan pilihan raya Sebagaimana yang dijangka, Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan. Dengan kemenangan Barisan Nasional sebanyak 130 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, iaitu kurang lima kerusi berbanding pencapaian dalam pilihan raya 1974, ini masih merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, satu pencapaian yang jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Jumlah undi sebanyak 57.2% juga merupakan satu penurunan berbanding 60.7% yang dicapai pada tahun 1974. Ini mungkin disebabkan oleh keputusan PAS untuk menarik diri daripada penyertaannya dalam Barisan Nasional. Bagaimanapun, PAS hilang kubu lamanya di negeri Kelantan buat pertama kali sejak kemerdekaan kepada gabungan UMNO-Berjasa. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 42.8% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 24 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusannya, Lim Kit Siang daripada DAP mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 
Merupakan pilihan raya umum yang ke-6 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang pertama sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan. Keputusan pilihan raya Dengan kemenangan 132 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 85.7% daripada jumlah kerusi, dan merupakan pencapaian yang kedua tertinggi sejak kemerdekaan ketika itu. Pencapaian tertinggi adalah pada tahun 1974 semasa Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri dan ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 39.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 22 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 
Merupakan pilihan raya umum yang ke-7 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang kedua sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan. Keputusan pilihan raya Dengan kemenangan 148 kerusi daripada 177 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 83.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir. Bagaimanapun, bilangan undi sebanyak 55.8% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 29 kerusi yang tinggal, iaitu 16.4% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Sementara PAS hanya memenangi satu kerusi iaitu kerusi Parlimen Pengkalan Chepa,Kelantan melalui Allahyarham Haji Nik Abdullah Arsyad 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 
Merupakan pilihan raya umum yang ke-8 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang ketiga sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya ini juga merupakan kali buat pertama "UMNO Baru" bertanding dalam pilihan raya umum. Selepas pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah di bawah parti Semangat 46 (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru. Keputusan pilihan raya Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan. Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan perpecahan UMNO. Namun UMNO-BN hilang kuasa di Kelantan di tangan PAS-Angkatan Perpaduan Ummah dan Sabah ditangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal, iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Namun bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi BN itu telah menunjukkan kemerosotan yang cukup ketara. BN telah mengalami kekalahan mutlak di Kelantan. Sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah menunjukkan penguasaan Parti Demokratik (DAP) yang menguasai 14 daripada 35 kerusi. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memenangi 12 buah kerusi dan Gerakan sebanyak 9 buah kerusi sementara MCA gagal memenangi sebarang kerusi. Pengaruh besar Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang telah menyekat DAP daripada mendapat sokongan lebih ramai orang Cina untuk membentuk kerajaan negeri. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 
Merupakan pilihan raya umum yang ke-9 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang keempat sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 1994.[1] Keputusan pilihan raya Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan. Dengan kemenangan 162 kerusi daripada 192 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu kenaikan sebanyak 19.6% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 65.2% merupakan satu kenaikan sebanyak 22.0%. Ini adalah satu perbaikan yang amat besar bagi kerajaan Dr. Mahathir. Parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 34.8% daripada jumlah undi, dengan 30 kerusi yang tinggal, iaitu 15.6% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Jumlah undinya merupakan rekod yang terendah dalam pilihan raya ini sejak kemerdekaan, berbanding rekod yang lama sebanyak 39.3%. Bagaimanapun, perwakilan parti-parti pembangkang dalam Dewan Rakyat bukannya rekod yang terendah sejak kemerdekaan, tetapi rekod yang ketiga terendah. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 
Merupakan pilihan raya umum yang ke-10 di Malaysia diadakan pada 29 November 1999. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, disebabkan skandal mengenai Anwar Ibrahim, kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya ini merupakan salah satu pencapaian yang paling rendah bagi parti campuran ini sejak kemerdekaan, kecuali dalam Pilihan Raya Umum 1969. Gambaran keseluruhan Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 merupakan kali pertama di Malaysia yang mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang keunggulan Barisan Nasional yang telah memerintah secara berterusan sejak kemerdekaan. Digelarkan Barisan Alternatif (BA), parti campuran ini terdiri daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Keadilan. Parti Keadilan telah ditubuhkan oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 4 April 1999, selepas suaminya, bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan-tuduhan yang dianggap secara meluas sebagai ditimbulkan oleh alasan politik dan pertentangan pendapat antara Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad dengan timbalannya. Dengan sentimen-sentimen anti-Mahathir yang amat kuat ketika itu, khususnya di kalangan orang-orang Melayu, pilihan raya ini memberikan peluang yang terbaik untuk parti-parti pembangkang menafikan Barisan Nasional satu majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, jika bukan untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Selain itu, BA sebagai satu kumpulan pembangkang yang padu jelas merupakan satu kuasa yang lebih sukar diatasi berbanding pilihanraya-pilihanraya yang lalu: kepaduan BA membolehkannya untuk menentang BN dalam satu pertandingan satu lawan satu antara dua parti. Ini bermakna bahawa BN tidak boleh mengharapkan undi perpecahan antara pesaing-pesaing pembangkang yang sering berlaku pada masa dahulu. 

Oleh itu, Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 bukannya satu pilihan raya biasa yang mana keputusannya merupakan sesuatu yang sudah pasti seperti dahulu. Bagaimanapun, ideologi-ideologi yang bertentangan sama sekali antara parti-parti komponen BA, khususnya antara PAS dan DAP, telah mengakibatkan pertikaian-pertikaian dalam Barisan Alternatif yang mengurangkan keberkesanan parti campuran pembangkang ini. Oleh sebab PAS merupakan "Abang" dalam parti campuran ini, parti ini telah berjaya untuk memaksakan manisfesto partinya yang menegaskan pembentukan sebuah negara Islam untuk dijadikan manisfesto Barisan Alternatif. Akhirnya, keputusan pilihan raya 1999 hanya merupakan satu lagi pengulangan keputusan dari segi bahawa Barisan Nasional masih membentuk kerajaan dan parti-parti pembangkang kekal merupakan parti pembangkang. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 
Diadakan  pada 21 Mac 2004 setelah Parlimen dibubarkan pada 4 Mac 2004 diikuti dengan hari penamaan calon sembilan hari selepas tarikh tersebut. Hari pembuangan undi pula berlangsung pada 21 Mac 2004. Penyandang kerajaan (Barisan Nasional) yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipilih semula dengan majoriti yang terbesar sejak 1978. Latar belakang Pada 2 Mac, Parlimen Malaysia dan semua dewan undangan negeri (kecuali Sarawak) dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Pengecualian Sarawak disebabkan pilihan raya negerinya yang terakhir telah diadakan pada tahun 2001 dan oleh itu, pilihan raya yang berikut tidak cukup tempoh sehingga 2006. Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan sembilan bulan lebih awal daripada keperluan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia memerlukan Parlimen untuk memperoleh mandat yang baru setiap lima tahun, dan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan. Oleh itu, kerajaan Malaysia mempunyai masa sehingga akhir November 2004 untuk mengadakan pilihan raya umumnya. Pencalonan diadakan pada 13 Mac, dengan Barisan Nasional memenangi 15 kerusi tanpa pertandingan, dengan lagi dua kerusi tambahan selepas calon-calon pembangkang menarik diri. Hak untuk menarik diri hanya diperkenalkan sebagai satu peraturan baru dalam pilihan raya ini. Di bawah peraturan ini, seseorang calon dibenarkan menarik diri dalam tempoh tiga hari selepas hari pencalonan. Daripada 17 kerusi parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional tanpa pertandingan, sembilan kerusi adalah dari negeri Sabah, enam dari Sarawak, dan dua lagi dari Johor. PAS memenangi satu kerusi dewan undangan negeri di Johor buat pertama kali, selepas seorang calon Barisan Nasional tidak melayakkan diri kerana penyokong pencalonannya bukannya seorang pengundi yang berdaftar di kawasan pilihan rayanya. Keperluan untuk penyokong berdaftar dalam kawasan pilihan raya yang sama hanya diperkenalkan pada tahun 2004. 

Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003.[1] Keputusan pilihan raya Barisan Nasional (BN) mencapai kenaikan undi popular sebanyak 63.9%, tetapi sepatutnya mendapat undi yang lebih tinggi sekiranya kesemua kerusi dipertandingkan. Laporan dalam media Malaysia pada 23 Mac menunjukkan BN memenangi 198 kerusi parlimen berbanding 20 kerusi gabungan parti pembangkang, dengan satu calon bebas. Ini merupakan majoriti terbesar sejak pilihan raya 1978. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam Barisan Nasional, memenangi 109 kerusi, iaitu satu kenaikan sebanyak 32 kerusi. Parti-parti sekutu UMNO juga memperoleh kenaikan bilangan kerusi, dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA) memenangi 31 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi, dan Kongres India Se-Malaysia (MIC) memenangi 9 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi juga. 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hanya dapat mengekalkan tujuh daripada 27 kerusinya. PAS bertanding berdasarkan manifesto yang berjanji sebuah negara Islam. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang PAS, gagal untuk mengekalkan kerusi parlimennya. Parti Keadilan, lagi sebuah parti pembangkang, gagal untuk mengekalkan empat daripada lima kerusinya. Selepas pengiraan semula sebanyak lima kali, ketua parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim), mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi. Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti pembangkang yang ditewaskan dengan begitu teruk dalam pilihan raya 1999, memperbaik prestasinya dengan pemilihan semula pengerusinya Lim Kit Siang serta timbalannya, Karpal Singh. DAP memenangi 12 kerusi dan memperoleh semula kepimpinan pembangkang yang rasmi dalam parlimen negara daripada PAS. Kebanyakan calon yang berkempen atas persoalan-persoalan Islam kalah kerusi mereka. Ini adalah satu patah balik yang utama berbanding pilihan raya yang lalu yang secara amnya, calon-calon yang lebih bersifat Islam mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang di tanah air orang Melayu ini. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 

Merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 setelah parlimen Malaysia dibubarkan pada 13 Februari 2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008. Akhirnya, Barisan Nasional masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) , Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Banyak calon UMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan , MIC dan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS. Gelombang baru ini merupakan permulaan kepada rentetan fenomena politik di Asia seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia. Keputusan Pilihan Raya Kekalahan Teruk Barisan Nasional Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi). Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. Pilihan raya kali ini juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Zainuddin Maidin . 

Manakala kemenangan kerusi Parlimen Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004. Harus diperhatikan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab rakyat di negeri terbabit masih percaya dan yakin dengan kemampuan Barisan Nasional. Rekod kekalahan Barisan Nasional kali ini adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999. Empat negeri berubah angin Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor setelah selama ini diperintah oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional. Angin perubahan ini jelas kelihatan apabila diumumkan bahawa parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS bersama-sama memperoleh undian yang banyak lantas bakal menguasai negeri-negeri itu dengan majoriti yang menunjukkan bahawa angin perubahan telah melanda pihak pengundi. Bagaimanapun, secara teknikal parti-parti terlibat tidak memenangi negeri berkenaan kerana, menurut SPR, gagal memperoleh majoriti mudah.[11] Maka, perikatan atau gabungan parti diperlukan untuk membolehkan kerajaan campuran diwujudkan. 

Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) 

Pilihan raya Malaysia kali ke-13 pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Pada pilihan Pemerintah pilihan raya umum 2008 yang lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi dengan 140 kerusi, menjadikannya keputusan terburuk gabungan itu sejak pilihan raya 1969 (sebagai Parti Perikatan). Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendapat 82 kerusi, dengan itu menghalang BN mendapatmajoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat juga mendapat lima daripada 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) (namun tinggal empat selepas krisis politik Perak) serta 10 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada pilihan raya umum ini, BN yang diketuai oleh Perdana Menteri ke-6, Dato Seri Najib Tun Razak akan menentang seteru utama, PKR yang ditunjangi oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim Pada 6 Mei 2013, parti gabungan penyandang Barisan Nasional telah mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Kerusi yang selebihnya jatuh kepada gabungan Pakatan Rakyat iaitu sebanyak 89 kerusi. Di peringkat negeri pula, BN berjaya menawan kembali Kedah.[7] Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat.[7] Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali

Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Thursday, 18 February 2016

‘Hanya Anwar sebagai PM mampu kembalikan maruah Malaysia’


'Hanya Anwar sebagai PM mampu kembalikan maruah Malaysia'
Veteran politik Dr Syed Husin Ali tegas mengatakan hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ‘disimpan’ di Penjara Sungai Buloh satu-satunya tokoh yang mampu mengembalikan maruah Malaysia dalam masa singkat di mata dunia.
Tokoh politik sejak 1950an yang pernah menjadi pensyarah Anwar ketika ikon berkenaan menuntut di Universiti Malaya itu yakin anak didiknya mempunyai kebolehan tersendiri mengubat pelbagai jenis skandal yang menjejaskan reputasi negara sejak dua dekad lalu.
“Saya percaya dia boleh. Susah, tetapi dia boleh.
“Susah sebab keadaan sekarang terlalu teruk. Boleh, sebab itu adalah kebolehan dia. Saya rasa dia sudah menghadam betul-betul masalah-masalah yang dihadapi oleh negara,” kata beliau dalam satu temubual bersama SK.
Ketika ditanya daripada pengalaman politik yang panjang, waktu manakah Malaysia pernah mempunyai detik-detik terbaik dalam sejarah selepas merdeka, Syed Husin tidak melihat negara ini pernah mempunyai period yang boleh dibanggakan sebagai negara demokrasi.
Katanya, detik tersebut pernah muncul tetapi tidak sempurna dan kemudian dibinasakan oleh pemerintah yang mahu terus berkuasa secara menekan rakyat.
“Sebenarnya selepas baru merdeka ada sinar-sinar harapan. Misalnya dari segi sastera, Asas 50, ada perkembangan idea-idea yang tidak serupa dengan apa yang kita nampak sekarang ini.
“Dari segi kebudayaan pun banyak pemikiran, persidangan dan perbincangan. Pada waktu itu juga orang membincangkan soal pendidikan dan soal ekonomi, tapi lama kelamaan ia merosot.
“Masa mula-mula Mahathir naik dulu (1981), kita mengharapkan satu perubahan kerana dia menjanjikan perubahan. Tapi lepas itu kebebasan makin disekat. Jadi sinar-sinar harapan itu hanya sekejap. Tapi yang saya lihat keadaan terburuknya adalah sekarang. Soal kaum makin teruk, soal agama makin sempit, soal korupsi makin teruk.
“Pemimpin tidak bertanggungjawab, di negara lain pemimpin akan bunuh diri disebabkan masalah tersebut (tuduhan derma politik). Akhbar antarabangsa menghentam Najib mengatakan dia tidak berguna. Dia Menteri Kewangan terburuk di Asia, dan beliau (Najib) hendak menyaman WSJ terhadap tuduhan 1MDB tapi sampai sekarang tidak disaman.
“Ertinya, kita mempunyai seorang pemimpin yang korup, yang tidak memberikan kebebasan kepada rakyat,” kata Syed Husin.
Syed juga menganggap skandal derma RM2.6 bilion sebagai melucukan dan tidak selayaknya berlaku dalam negara yang kononnya mahu mengejar status negara maju pada 2020.
“Bayangkan RM2.6 bilion masuk ke akaun sendiri dan dikatakan duit itu adalah duit derma
“Pada mulanya diberitahu derma itu untuk parti, selepas itu untuk pilihan raya, kemudian dia kata digunakan untuk melawan keganasan (IS), tapi baru-baru ini AG (Peguam Negara) berkata RM2 bilion sudah dipulangkan
“Mana ada orang dapat duit derma hendak pulangkan balik. Sekarang perkara itu (skandal pemindahan wang) disiasat di Hong Kong, Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat dan juga England.
“Jadi bila kita disiasat sebegitu rupa, mesti kita malu, tapi dia (Najib) masih lagi dengan cara dia,” kata Syed Husin sinis.

LEXUSFX MENGUBAH HIDUP AKHI

Team BestMobile ketika bergerak bersama
membuat penajaan suatu ketika dulu
Hidup Akhi kini telah sedikit berubah. Dari susah kepada senang sedikit sejak join lexusfx.com yang di perkenalkan oleh pasangan suami isteri Ustaz Noordin Sahlam dan Ustazah Junainah Mohd Nor. Akhi bersyukur sangat bila kenal dengan mereka. Mereka mengambil berat dan sentiasa memberi peluang kepada Akhi apabila ada program baru dipasaran.

Mula-mula dulu mereka perkenalkan kepada Akhi BestMobile tetapi BestMobile walaupun ianya di rancang dengan baik tetapi ternyata ianya berakhir dengan kehampaan walaupun sambutan agak hangat. Pihak BestMobile sendiri tidak berjaya mengatasi masaalah yang berbangkit hingga bonus pun sampai sekarang tidak dirasai langsung walaupun ramai yang telah membuat penajaan. Walaupun simkad Best Mobile masih ada yang menggunakannya tetapi syarikat itu sendiri tak tahu samaada masih ada atau tidak. Ianya hilang tanpa berita.

Sebelum itu kami bersama berada dalam perniagaan jam tawaf di syarikat T3Success yang di pimpin oleh Encik Amir tetapi semakin lama semakin terasa syarikat tersbut tidak boleh pergi jauh lalu kami sepakat meninggalkannya. Begitu juga beberapa buah syarikat yang kemudiannya tidak berjaya memberikan kami harapan. Ada yang pulang modal dan ada yang tidak.

Dan yang terkini kami bersama lagi dalam lexusfx, sebuah syarikat pelaburan yang berasaskan urusniaga forex. Dan perniagaan ini nampaknya berjaya memberi pulangan yang agak lumayan. Dengan modal pada mula RM400 kemudian setelah yakin di upgrade ke RM4,000 dalam masa sebulan sahaja Akhi berjaya menjana lebih RM15,000 secara tunai. Syukur dan ramai rakan-rakan yang turut serta pun berpuashati dengan apa yang mereka dapat. Alhamdullillah.                                                                                                        
                                                    

Thursday, 31 December 2015

PERBICARAAN LIM GUAN ENG: Antara Maruah UMNO dan LGE...

MENGIMBAS KEMBALI KES ROGOL GADIS BAWAH UMUR MELIBATKAN KETUA MENTERI MELAKA TAHUN 1994

Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan penderitaan yang ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang mengetahui akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu, RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya berlaku, 18 tahun lalu!

Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997


Perbicaraan LIM GUAN ENG, 1997 adalah perbi
caraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.

Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak.

Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan. Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta pertolongan.

Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.

Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Lim berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita.

Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."

Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti...

Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"

Ulang siar kenyataan nenek kepada mangsa rogol Rahim Tamby Chik

Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:

Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik.

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.

Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.

Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka

l

Saturday, 5 December 2015

Akhirnya mereka disatukan....

Akhi terasa amat bersyukur bila melihat dua orang sahabat yang udah Akhi anggap macam saudara sendiri ini disatukan dalam sebuah rumah tangga. Walaupun Akhi hanya mendapat tahu dari FB tapi Akhi tidak pun rasa kecil hati kerana kalaupun Akhi tahu dari awal, mungkin Akhi tak mampu pergi meraikan Majlis Pernikahan mereka.


Tapi tentu sahaja majlis itu berlangsung dengan meriah kerana ramai juga sahabat rapat hadir untuk memeriahkannya.  Akhi bersyukur kerana mereka yang di temukan dalam Grup Seroja dan akhirnya mereka bertemu jodoh sebagai pasangan suami isteri.

Masing-masing ada masaalah tersendiri, Rahim Bakar kematian isteri Ina Masran pula ada masaalah dengan rumahtangganya. Mereka bertemu dan mengikat tali persahabatan, dengar-dengar dah bercinta dan akhirnya mereka disatukan dalam suasana yang membahagiakan. Alhamdullillah.

Akhi berdoa semoga kehidupan mereka di sinari cahaya kegembiraan dan kebahagian.

Sunday, 11 October 2015

SHAHRIZA MAHMUD & KHEMAH SANTAI SENILAKUN

Shahriza Mahmud
Menarik. Kalau sebut saja Shahriza Mahmud ramai yang sudah kenal. Akhi juga sudah mengenalinya sejak tahun 80an.... ketika kami bersama-sama dalam APA (Artis Penjuru Alam). Dan diantara artis yang seangkatan dengan beliau adalah Nasir Ali (Allahyarham) dan Roslan Madun (Penyanyi dan Pencipta Lagu2 Rakyat dan juga pelakun).

Sampai hari ini Shahriza masih aktif berlakun, menulis skrip dan puisi serta mengarah dan menjadi pembimbing kepada bakat-bakat baru. Lakunan beliau amat berkesan dan akhi amat suka menonton drama yang dilakunkannya.

Akhi juga pernah menulis skrip tetapi sekadar suka-suka tidak se aktif Shahriza Mahmud. Dia bukan sahaja berjaya mengolah hidup sebagai artis dan pelakun tetapi telah mampu memberi bimbngan dalam bidang senilakun.

Bagi anda yang meminati senilakun boleh mengikuti bimbingan beliau melalui Khemah Santai Senilakun di Janda Baik pada 17 dan 18 Novembar ini atau 24 dan 25 November 2015 ini.


Hubungi beliau melalui 

 Whatsapp 0129213224 PM FB/Shahriza Mahmud.
 

Boleh juga dapatkan DI SINI